Kelebihan kesihatan diet Paleo
Kelebihan diet Paleo adalah untuk menangani masalah kesihatan abad ini dengan mengambil contoh cara pemakanan manusia era Paleolitik.

Kelebihan diet Paleo adalah untuk menangani masalah kesihatan abad ini dengan mengambil contoh cara pemakanan manusia era Paleolitik. Pengamal diet Paleo yakin bahawa diet ini boleh mengurangkan risiko terhadap isu kesihatan yang berlaku sekarang seperti masalah Obesiti, Kencing Manis dan Penyakit Jantung.

Sebenarnya, terdapat banyak kajian yang telah menunjukkan bahawa diet Paleo boleh menyumbang kepada penurunan berat badan secara ketara dan memberi manfaat pada kebanyakan keadaan kesihatan yang lain.

Jadi, mari kita lihat kelebihan aspek kesihatan diet Paleo..

1. Mengurangkan berat badan

Aspek utama dalam diet Paleo adalah pengambilan makanan yang tidak diproses. Ini bermaksud bahawa diet Paleo menitikberatkan pengambilan makanan yang rendah karbohidrat dan mengelakkan makanan yang diproses yang boleh meningkatkan kadar gula dalam darah.

Di samping itu, diet ini juga membantu anda mengurangkan lemak dalam badan. Justeru, ia akan menurunkan berat badan pada waktu yang sama.

Memandangkan anda hanya makan makanan penuh dengan nutrien seperti daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan, ia akan mengurangkan tahap kelaparan anda. Malah, makanan seperti ini juga tidak mempunyai kadar kalori yang tinggi berbanding makanan ringan biasa.

Satu kajian mengenai kelebihan kesihatan diet Paleo telah mendapati bahawa diet ini mempunyai manfaat dari segi aspek jisim lemak, obesiti abdomen dan tahap trigliserida dalam wanita obes yang telah melalui tempoh menopaus. Manakala, dalam satu kajian lain yang melibatkan wanita sihat yang mengamalkan diet Paleo secara rawak, mendapati mereka telah mencapai penurunan berat badan lebih baik berbanding mereka yang mengikuti diet rendah lemak biasa.

2. Meningkatkan sensitiviti terhadap insulin dan mengurangkan kadar gula dalam darah

Sensitiviti terhadap insulin bermakna betapa mudahnya sel anda memberi reaksi terhadap insulin. Meningkatkan sensitiviti terhadap insulin adalah satu langkah positif, kerana ia meningkatkan keberkesanan proses mengasingkan gula dalam darah anda. Jadi, kadar gula dalam darah anda akan berkurangan.

Dalam satu kajian, 24 orang individu obes yang menghidap penyakit Kencing Manis jenis 2 telah mengikuti sama ada diet Paleo atau diet yang menetapkan pengambilan garam, susu rendah lemak, bijirin dan kekacang secara sederhana. Pada akhir kajian itu, kedua-dua kumpulan mempunyai peningkatan tahap sensitiviti pada insulin namun kelebihan kesihatan diet Paleo yang lebih besar didapati pada kumpulan yang mengamalkan diet Paleo.

3. Mengurangkan faktor risiko Penyakit Jantung

Diet Paleo adalah hampir sama dengan diet-diet lain yang dikatakan boleh membantu merawat Penyakit Jantung. Ia melibatkan pengambilan garam yang rendah dan menggalakkan makanan bersumberkan protein, lemak yang menyihatkan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

Jadi, ianya bukanlah satu kebetulan kerana banyak kajian telah menunjukkan bahawa kelebihan kesihatan diet Paleo boleh mengurangkan faktor risiko berkaitan dengan Penyakit Jantung seperti:

  • Tekanan darah – Satu analisis telah mendapati bahawa diet Paleo mengurangkan tekanan darah sistolik dengan purata sebanyak 3.64 mmHg dan tekanan darah diastolik sebanyak 2.48 mmHg.

  • Kadar trigliserida – Beberapa kajian telah mendapati bahawa pemakanan berdasarkan diet Paleo boleh mengurangkan kadar trigliserida dalam darah sehingga 44%.

  • Kadar kolesterol LDL – Beberapa kajian menunjukkan bahawa individu yang mengamalkan diet Paleo mempunyai pengurangan kolesterol LDL ‘jahat’ sebanyak lebih 36%.

4. Mengurangkan masalah keradangan

Keradangan merupakan satu proses semulajadi yang membantu badan untuk pulih dan melawan jangkitan. Walau bagaimanapun, keradangan yang serius adalah berbahaya dan boleh meningkatkan risiko individu mendapat penyakit seperti Penyakit Jantung dan Kencing Manis.

Oleh itu, diet Paleo adalah pilihan yang baik kerana ia menekankan pengambilan makanan tertentu yang boleh mengurangkan masalah keradangan kronik. Antaranya termasuklah makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar kerana ia merupakan sumber antioksidan yang baik. Anda patut tahu bahawa antioksidan membantu mengikat dan meneutralkan kembali radikal bebas dalam tubuh. Radikal bebas boleh merosakkan sel semasa keradangan kronik berlaku.

Di samping itu, kelebihan kesihatan diet Paleo ini juga menggalakkan pemakanan makanan seperti ikan yang kaya dengan protein. Ikan mengandungi kandungan asid lemak omega-3 dan boleh mengurangkan keradangan serius dengan menghalang hormon seperti TNF-α, IL-1 dan IL-6 yang menyebabkan masalah tersebut.

5. Mengurangkan lemak perut

Lemak perut adalah lemak yang sangat tidak menyihatkan. Sekiranya anda mempunyai lemak perut yang banyak, anda lebih berisiko mendapat Kencing Manis, Penyakit Jantung dan pelbagai masalah kesihatan yang lain.

Satu kajian melibatkan 10 wanita sihat yang mengikuti diet Paleo selama 5 minggu mendapati bahawa mereka mengalami penurunan ukur lilit pinggang sebanyak 3 inci (8cm) secara purata dan penurunan berat badan sebanyak hampir 5kg.

Jadi, mereka yang mengikuti diet Paleo boleh memperolehi kelebihan kesihatan diet Paleo yang meningkatkan pengeluaran hormon seperti kortisol dan insulin yang menyebabkan pengumpulan lemak perut kembali  normal.

6. Meningkatkan tenaga dalam badan

Makanan berasaskan diet Paleo mengandungi kadar protein dan lemak yang lebih banyak dan lebih mengenyangkan. Pada waktu yang sama, makanan sebegini juga memberikan keperluan tenaga yang tahan lebih lama.

Kelebihan kesihatan diet Paleo sebenarnya melatih badan mereka untuk menggunakan makronutrien badan dengan lebih cekap. Badan harus menyesuaikan diri dengan keadaan baharu kerana ia tidak lagi membakar lemak sebagai sumber tenaga sebaliknya mendapat tenaga daripada sumber lain.

KESIMPULAN

Diet Paleo ternyata boleh membantu individu untuk mengurangkan berat badan. Malah, ia juga menawarkan manfaat lain buat badan anda. Ia merupakan diet yang tinggi dengan kandungan protein, rendah kandungan karbohidrat dan boleh mengurangkan selera makan anda terhadap makanan yang diproses atau mengandungi gula.

Di samping itu, sekiranya anda bukanlah seseorang yang suka mengira pengambilan kalori setiap hari, diet Paleo boleh menjadi satu pilihan baik buat anda. Namun begitu, harus diingatkan bahawa diet ini bukanlah sesuai buat semua individu. Sebagai contoh, sekiranya anda boleh mendapat masalah apabila mengehadkan pengambilan makanan tertentu, ianya mungkin sukar untuk menyesuaikan diri dengan kaedah diet ini.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/paleo-diet/art-20111182

https://www.everydayhealth.com/diet-nutrition/paleo-diet/what-are-risks-benefits-paleo-diet/

Summary
Kelebihan diet Paleo
Article Name
Kelebihan diet Paleo
Description
Kelebihan kesihatan diet Paleo adalah untuk menangani masalah kesihatan dalam abad ke-21 ini dengan mengambil contoh cara pemakanan manusia era Paleolitik dahulu.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: