Rumah Kontena

Rumah kontena adalah salah satu alternatif memilki sebuah tempat tinggal pada harga yang lebih murah. Rumah adalah salah satu pelaburan terbesar yang akan dilakukan seseorang sepanjang hayatnya, terutama ketika harga harta tanah melambung tinggi.

Setiap orang perlu memiliki tempat tinggal sendiri sehingga banyak perkara yang perlu dipertimbangkan untuk memilikinya. Salah satu alternatifnya adalah dengan memiliki tempat tinggal yang diperbuat daripada bekas kontena dimana harganya yang lebih berpatutan. Bekas kontena ini boleh digunakan sebagai tempat tinggal dengan menggabungkan beberapa buah kontena untuk membina kediaman bertingkat.

Rumah diperbuat daripada kontena bekas perkapalan ini semakin popular kerana berpotensi menjadi alternatif bagi penyelesaian untuk rumah tradisional dengan banyak bilik. Anda harus mengetahui apakah kebaikan dan keburukan dengan memilih alternatif ini.

Apa Kelebihan Rumah Kontena?

1. Lebih Menjimatkan Kos

Anda boleh membeli rumah ini dengan harga serendah $10,000. Rumah daripada kontena lebih menjimatkan kos daripada rumah konvensional kerana bahan binaan dan tenaga kerja yang diperlukan lebih sedikit diperlukan. Anda boleh mengubahsuai sendiri rumah ini menggunakan kemahiran sendiri tanpa perlu berbelanja bahan binaan yang mahal.

2. Pembinaan Rumah Yang Lebih Cepat

Kebanyakkan kontraktor dapat menyiapkan rumah dalam masa kurang dari sebulan. Walau bagaimanapun, pengambilan tenaga kerja profesional untuk membina rumah ini mungkin memerlukan perbelanjaan kos yang agak tinggi. Jika anda ingin mengelakkan perbelanjaan kos yang besar, anda boleh membeli rumah pasang siap dari senarai syarikat yang semakin berkembang dan yang mengkhususkan diri dalam membina rumah pasang siap di luar lokasi.

3. Rumah modular

Rumah daripada kontena penghantaran lebih mudah untuk diubah suai. Anda boleh membina rumah dengan campuran kontena bersaiz 20 dan 40 kaki. Anda juga boleh menggabungkan beberapa kontena untuk membuat rumah yang lebih besar lengkap dengan ruang tamu, ruang makan, bilik tidur tambahan, dan tingkat atas.

4. Bersifat Tahan Lama

Pengilang biasanya menggunakan bahan baja korten untuk membina bekas kontena. Baja korten ini melindungi kargo semasa pengangkutan merentasi lautan. Rumah daripada kontena perkapalan yang diperbuat daripada besi luluhawa dapat menahan keadaan cuaca yang ekstrem lebih daripada ketahanan perumahan tradisional.

Kontena penghantaran cukup kukuh untuk didiami kerana ia digunakan untuk mengangkut jentera berat. Malah, Angkatan Darat AS juga menggunakannya sebagai tempat perlindungan kerana ia terbuat dari besi yang kukuh yang dapat menahan berat beban hingga tiga puluh tan!

Rumah Kontena

Apa Kelemahan Rumah Kontena Penghantaran?

Rumah daripada kontena penghantaran mempunyai beberapa kelemahan yang ketara:

1. Kontena penghantaran tidak selalu mesra alam 

Ramai yang bersetuju untuk mengitar semula bekas kontena adalah cara yang terbaik, namun sebilangan pembeli lebih suka menjadikan kontena sebagai rumah berbanding hanya dikitar semula. Kontena penghantaran terpakai lebih mesra alam bergantung pada sejarah penggunaannya.

Bekas kontena penghantaran boleh sahaja mengalami kerosakan ketika mengangkut barang ataupun mempunyai sejarah mengangkut bahan kimia berbahaya. Faktor-faktor ini menjadikan kontena penghantaran yang dikitar semula menjadi pilihan yang kurang sesuai untuk beberapa penggemar konsep ini.

2. Kelengkapan elektrik dan air boleh menjadi sukar 

Sekiranya anda merancang untuk tinggal di dalam rumah daripada kontena, anda perlu mencari juruelektrik berlesen yang boleh dipercayai dan biasa dengan seni bina kontena penghantaran untuk merancang dan memasang pemasangan elektrik khas untuk rumah anda.

Anda juga perlu menyewa tukang paip untuk melakukan kerja pemasangan paip yang diperlukan. Sekiranya lokasi tempat tinggal anda tidak mempunyai bekalan elektrik, anda mungkin perlu menyewa kontraktor untuk memasang panel solar di atas bumbung.

3. Rumah daripada Kontena erlu penyelenggaraan yang kerap untuk

Walaupun kontena dibina daripada keluli tahan lama, strukturnya tetap boleh diubah dengan pengubahsuaian tertentu misalnya, memotong lubang untuk pintu atau tingkap besar pada kontena. Walaupun kontena penghantaran dapat menahan keadaan cuaca tertentu, berat dari timpaan salji yang lebat dapat menyebabkan atap kemik jika balingan sudut tidak cukup kuat. Anda tetap perlu menyewa kontraktor untuk mengukuhkan dinding atau memasang bumbung yang landai.

Kesimpulan

Demikianlah serba sedikit yang anda perlu ambil tahu tentang kelebihan dan keburukan memiliki rumah diperbuat daripada kontena sebagai tempat tinggal. Menjadikan rumah daripada kontena sebagai tempat tinggal memang ada baiknya, namun anda juga harus mengambil kira keburukan dan kelemahan rumah ini sebelum membelinya. Pastikan anda berfikir dengan bijak sebelum membuat keputusan terutama dalam pilihan membeli rumah.

Sumber:

https://www.iproperty.com.my/lifestyle/what-is-a-container-home

https://www.masterclass.com/articles/shipping-container-homes-understanding-the-pros-and-cons

Summary
Rumah Kontena: Kelebihan Dan Kelemahan!
Article Name
Rumah Kontena: Kelebihan Dan Kelemahan!
Description
Rumah kontena adalah salah satu alternatif memilki sebuah tempat tinggal pada harga yang lebih murah. Rumah adalah salah satu pelaburan terbesar yang akan dilakukan seseorang sepanjang hayatnya, terutama ketika harga harta tanah melambung tinggi.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: