kekurangan eksokrin pankreas
Kekurangan eksokrin pankreas boleh menyebabkan anda susah untuk mencerna makanan

Kekurangan eksokrin pankreas boleh menyebabkan anda susah untuk mencerna makanan. Ini berlaku kerana pankreas anda tidak mempunyai enzim yang mencukupi dan diperlukan oleh tubuh untuk memecahkan dan menyerap nutrien.

Enzim noleh mempercepat reaksi kimia di dalam badan anda. Selain itu, enzim-enzim yang dihasilkan oleh pankreas anda bergerak ke dalam usus kecil, di mana mereka membantu untuk memecahkan makanan yang anda makan.

Apabila anda mengalami kekurangan eksokrin pankreas, anda tidak mendapat nutrien yang diperlukan kerana badan tidak dapat menyerap lemak serta beberapa vitamin dan mineral daripada makanan. Oleh itu, anda mungkin mengalami penurunan berat badan atau mengalami sakit perut.

Terdapat ubat-ubatan yang berfungsi untuk memberikan bekalan enzim baru bagi kebanyakan orang, jadi anda boleh kembali mencerna makanan dengan cara yang betul.

Selain pengambilan ubat, anda boleh menguruskan gejala dengan memastikan anda mengikuti diet yang betul. Doktor anda mengesyorkan makanan yang akan membantu anda mendapatkan nutrien mencukupi dan protein yang tidak cukup sebelum ini.

Simptom Kekurangan Eksokrin Pankreas

Anda mungkin tidak mempunyai sebarang gejala pada mulanya. Namun, sebaik sahaja pankreas anda rosak sehingga mula mengganggu keupayaan anda untuk menyerap lemak, anda mungkin mendapat beberapa gejala, seperti:

  • Sakit atau rasa lembut di perut anda.
  • Pergerakan usus yang berbau busuk.
  • Cirit-birit.
  • Rasa berangin.
  • Rasa penuh.

Anda juga mungkin kehilangan berat badan dan mendapat masalah-masalah lain, kerana badan anda tidak dapat menyerap vitamin yang mencukupi. Sebagai contoh, anda boleh mengalami pendarahan jika anda tidak mendapat vitamin K yang mencukupi. Selian itu, anda juga boleh dapat sakit tulang jika kekurangan vitamin D.

Punca Kekurangan Eksokrin Pankreas

Kerosakan pada pankreas boleh menyebabkan masalah kekurangan eksokrin pankreas. Terdapat banyak sebab mengapa keadaan ini boleh berlaku tetapi beberapa yang paling biasa adalah:

  • Pankreas anda sering meradang. Doktor memanggil ini sebagai pankreatitis kronik. Ia berlaku apabila enzim yang dihasilkan oleh pankreas mula berfungsi semasa mereka masih berada di dalamnya, sebelum sampai ke usus kecil.
  • Mengambil minuman keras dengan banyak juga boleh menyebabkan keadaan ini walaupun ada sebab lain juga. Sebagai contoh, pankreas anda boleh meradang jika ada laluan di dalamnya yang disekat, mempunyai tahap trigliserida yang sangat tinggi (sejenis lemak darah) atau gangguan sistem imun.
  • Mempunyai salah satu daripada penyakit yang diwarisi iaitu “Fibrosis Sistik” atau “Sindrom Shwachman-Diamond”. Sekiranya anda mempunyai fibrosis sistik, badan anda menghasilkan lendir tidak normal yang melekit dan tebal. Blok lendir ini menghalang laluan dalam pankreas anda dan menghentikan enzim daripada keluar.

Jika anda mempunyai sindrom Shwachman-Diamond pula, anda mungkin kehilangan sel dalam pankreas yang menghasilkan enzim.

Diagnosis Kekurangan Eksokrin Pankreas

Doktor boleh mendiagnosis keadaan anda dengan memeriksa gejala anda. Selain itu, doktor juga mungkin bertanya soalan seperti:

  • Adakah anda mengalami kesakitan di atas perut anda?
  • Adakah anda mempunyai pergerakan usus berbau busuk dan berminyak serta sukar untuk dipam di tandas?
  • Adakah anda mempunyai perut berangin atau cirit-birit?
  • Adakah anda kehilangan berat badan?

Beberapa ujian boleh membantu mendiagnosis kekurangan eksokrin pankreas. Pertama, anda mungkin memerlukan beberapa ujian darah yang memeriksa adakah anda mendapat vitamin yang cukup serta sama ada pankreas anda menghasilkan enzim yang mencukupi atau tidak. Ujian darah lain boleh memeriksa perkara-perkara lain yang boleh mendorong kepada kekurangan eksokrin pankreas, seperti penyakit seliak.

Anda juga mungkin perlu mengambil ujian ” 3 hari ujian kotoran”. Ia memeriksa jumlah lemak dalam pergerakan usus anda. Anda perlu mengumpul sampel najis anda dalam bekas khas selama 3 hari.

Doktor anda juga boleh meminta anda mengambil ujian yang dikenali sebagai “najis elastas-1.” Untuk ini, anda juga perlu mengumpul sampel pergerakan usus anda dalam bekas. Ia akan dihantar ke makmal untuk mencari enzim yang penting dalam pencernaan. Ujian boleh memberitahu anda jika pankreas anda membuatnya mencukupi.

Anda juga mungkin perlu mendapatkan beberapa ujian yang memeriksa jika pankreas anda meradang atau tidak, termasuk:

  • Imbasan tomografi berkomputer (CT scan).  Prosedur ini menggunakan sinar-X yang kuat untuk membuat gambaran terperinci di dalam badan anda.
  • Imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI scan). Prosedur ini menggunakan magnet dan gelombang radio yang kuat untuk membuat gambar-gambar organ dan struktur di dalam badan anda.
  • Ultrabunyi endoskopik. Ujian ini menggunakan gelombang bunyi untuk mengambil gambar dalam sistem pencernaan anda. Gelombang bunyi dihantar melalui tiub nipis yang dimasukkan oleh doktor melalui mulut ke dalam sistem pencernaan anda.

Rawatan Kekurangan Eksokrin Pankreas

Terapi penggantian enzim pankreas

Selain diet yang sihat, rawatan utama bagi masalah kekurangan eksokrin pankreas ialah terapi penggantian enzim pankreas (pancreatic enzyme replacement treatment-PERT). Anda perlu mengambil pil preskripsi bagi menggantikan enzim pankreas yang tidak dihasilkan.

Enzim-enzim ini memecahkan makanan anda supaya anda dapat mencerna dan menyerapnya dengan mudah. Anda perlu mengambilnya semasa tempoh makan. Jika anda mengambilnya sebelum makan, enzim penggantian boleh bergerak melalui perut anda sebelum makanan anda sampai ke sana. Jika anda mengambil pil selepas makan, anda akan mempunyai masalah yang bertentangan.

Selain itu, anda juga perlu mengambil antasid untuk menjaga perut anda daripada memecahkan enzim pankreas sebelum mereka mula bekerja.

Terdapat enam produk enzim pankreas yang diluluskan dan hanya boleh didapati dengan preskripsi doktor iaitu:

  • Creon
  • Pankreaze
  • Pertzye
  • Ultresa
  • Viokace
  • Zenpep

– Ubat-ubatan

Anda juga mungkin memerlukan ubat untuk merawat kesakitan. Biasanya, ia bermula dengan ubat tahan sakit seperti acetaminophen (Tylenol) atau ibuprofen (Advil, Motrin). Sekiranya mereka tidak melegakan anda, doktor mungkin memberikan ubat tahan sakit yang lebih kuat seperti hidrokodon dan oksikodon.

Namun, harus diingatkan bahawa ibuprofen boleh membawa kepada kesakitan perut dan ubat-ubatan seperti hidrokodon dan oksikodon perlu digunakan dengan berhati-hati kerana ada potensi bahawa anda akan ketagih dengannya.

Rawatan boleh membantu seseorang makan dan mencerna makanan mereka secara normal. Ini membolehkan mereka menyerap nutrien dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik.

Petua gaya hidup

Selain mengambil enzim gantian, individu dengan kekurangan eksokrin pankreas perlu menghentikan tabiat yang boleh memburukkan kesihatan pankreas dan kualiti hidup keseluruhan. Perubahan ini termasuk:

  • Elakkan merokok dan berhenti jika anda sudah melakukannya.
  • Makan makanan yang seimbang, dengan lemak yang berkurangan.
  • Kurangkan saiz makanan tetapi tingkatkan kekerapan untuk makan.
  • Tidak mengambil minuman keras.
  • Ambil suplemen vitamin, terutama vitamin larut lemak A, D, E dan K di bawah bimbingan seorang pakar perubatan

SUMBER

https://www.webmd.com/digestive-disorders/exocrine-pancreatic-insufficiency

https://www.healthline.com/health/exocrine-pancreatic-insufficiency/causes

https://www.identifyepi.com/what-is-epi/epi-symptoms

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/pancreatitis/symptoms-causes/syc-20360227

Tagged: