kekoyakan pelapik lutut
Seperti kebanyakan kecederaan lutut, kekoyakan pelapik lutut adalah suatu keadaan yang menyakitkan dan melemahkan.

Seperti kebanyakan kecederaan lutut, kekoyakan pelapik lutut adalah suatu keadaan yang menyakitkan dan melemahkan. Malangnya, ia adalah perkara yang agak biasa berlaku. Malah, kekoyakan pelapik lutut merupakan salah satu kecederaan rawan yang paling kerap berlaku di bahagian lutut.

Jadi apakah itu pelapik lutut? Ia adalah sejenis tulang rawan di lutut anda yang berfungsi seperti kusyen dan menstabilkan sendi. Ia melindungi tulang daripada menjadi haus dan lusuh. Namun, apa yang diperlukan hanyalah satu putaran yang baik pada lutut untuk mengoyak pelapik lutut itu. Dalam sesetengah kes, sekeping tulang rawan yang pecah akan tertangkap dalam sendi lutut lalu menyebabkannya ia terperangkap di situ.

Seterusnya, masalah kekoyakan pelapik lutut adalah perkara biasa dalam aktiviti sukan seperti bola sepak dan sukan tanpa hubungan yang memerlukan lompatan dan pukulan seperti bola tampar dan bola sepak. Ia boleh berlaku apabila seseorang mengubah arah secara tiba-tiba semasa berlari dan sering berlaku pada masa yang sama seperti kecederaan lutut lain. Contohnya adalah seperti kecederaan ligamen ‘anterior cruciate’ (ACL). Kekoyakan pelapik lutut adalah risiko khusus bagi atlet yang lebih tua memandangkan pelapik lutut menjadi semakin lemah seiring dengan usia yang meningkat. Lebih daripada 40% individu berusia 65 tahun dan ke atas mengalami masalah ini.

Simptom Kekoyakan pelapik lutut

Rasa sengal pada lutut adalah gejala yang paling jelas. Sesetengah orang mungkin berasa letupan yang muncul ketika kecederaan berlaku. Gejala biasa bagi masalah kekoyakan pelapik lutut termasuk:

  • Bengkak dan rasa kaku pada lutut yang terlibat.
  • Sakit di lutut.
  • Kesukaran untuk meluruskan lutut.
  • Berasakan lutut seperti terkunci.
  • Banyak pergerakan menjadi terhad.
  • Berasa seperti lutut sudah kehausan (giving out).

Ramai orang dengan masalah ini masih boleh berjalan walaupun mengalami kecederaan. Sesetengah atlet mungkin masih terus bersukan walaupun mereka tercedera, terutama sejurus selepas kejadian itu kerana ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum simptom kekejangan dan bengkak itu terjadi dengan sepenuhnya.

Sekiranya aktiviti berlanjutan terlalu lama, kepingan pelapik lutut boleh pecah dan bergerak ke sendi lalu menyebabkan gejala yang lebih teruk, iaitu:

  • Tempurung tutut tergelincir.
  • Letupan yang menyakitkan di lutut.
  • Lutut yang terkunci.

Punca Kekoyakan pelapik lutut

Kekoyakan pelapik lutut boleh terjadi kerana anda berpusing atau memutarkan lutut anda secara agresif atau secara tiba-tiba. Selain itu, membongkok atau mengangkat sesuatu yang berat kadangkala boleh menyebabkan masalah yang sama.

Dalam kalangan orang dewasa yang lebih tua, perubahan pada lutut seperti kecederaan kecil atau tiada kecederaan langsung juga boleh menyumbang kepada kekoyakan pelapik lutut.

Diagnosis Kekoyakan pelapik lutut

Walaupun sesetengah orang masih boleh terus berjalan atau bermain sukan dengan pelapik lutut yang koyak, diagnosis kecederaan adalah penting agar rawatan dan pemulihan yang sewajarnya dapt dibuat.

Seorang doktor mungkin akan mula denga mengkaji sejarah dan gejala perubatan seseorang. Doktor kemudiannya akan memeriksa lutut supaya dapat mengesan sebarang bengkak dan kelembutan di sepanjang garis sendi.

Semasa pemeriksaan ini, doktor boleh melakukan ujian McMurray. Untuk berbuat demikian, doktor akan membengkok dan meluruskan lutut seseorang dan kemudian memutarkannya. Jika doktor mendengar bunyi “klik” ketika itu, ini menunjukkan adanya berlaku kekoyakan pelapik lutut pada individu tersebut.

Memandangkan banyak masalah lutut lain mungkin menyerupai masalah kekoyakan pelapik lutut, seorang doktor mungkin akan melakukan ujian pengimbasan, seperti imbasan MRI untuk melihat jika ada kerosakan yang berlaku pada tulang rawan atau mana-mana tisu lembut yang lain.

Seterusnya, walaupun sinar-X tidak akan menunjukkan kekoyakan pelapik lutut, seorang doktor masih boleh memilih untuk melakukannya untuk memastikan tidak ada kecederaan lain pada tulang di sekelilingnya atau untuk menolak faktor kesihatan lain, seperti masalah osteoartritis.

Faktor Risiko Kekoyakan pelapik lutut

Melakukan aktiviti yang melibatkan pusingan dan putaran lutut secara agresif menjadikan anda lebih berisiko mengalami kekoyakan pelapik lutut. Risikonya amat tinggi untuk golongan atlet, terutamanya bagi mereka yang menyertai sukan seperti bola sepak, atau aktiviti yang melibatkan aktiviti berputar seperti tenis atau bola keranjang.

Risiko berlakunya masalah ini juga meningkat seiring dengan peningkat usia begitu juga dengan faktor obesiti.

Rawatan Kekoyakan pelapik lutut

Rawatan awal

Rawatan untuk masalah ini bermula secara konservatif, bergantung pada jenis, saiz dan lokasi kekoyakan itu.

Kekoyakan yang dikaitkan dengan artritis sering pulih dari masa ke masa dengan rawatan artritis, jadi pembedahan biasanya tidak diperlukan. Kebanyakan kes kekoyakan lain yang tidak berkaitan dengan penguncian atau sekatan gerakan lutut menjadi kurang menyakitkan dari masa ke masa, jadi mereka juga tidak memerlukan sebarang pembedahan.

Doktor mungkin mengesyorkan anda:

  • Rehat. Elakkan aktiviti yang memperburukkan lagi kesakitan lutut anda, terutamanya apa-apa aktiviti yang melibatkan pemutaran lutut anda. Sekiranya kesakitan anda adalah teruk, penggunaan tongkat boleh mengurangkan tekanan pada lutut dan menggalakkan penyembuhan.
  • Ais. Ais boleh mengurangkan kesakitan dan bengkak pada lutut. Gunakan pek sejuk, beg beku atau tuala yang dipenuhi dengan kiub ais selama kira-kira 15 minit pada satu masa. Lakukan ini setiap empat hingga enam jam pada hari pertama atau hari kedua, dan kemudian seberapa kerap yang diperlukan.
  • Ubat. Ubat yang dipreskripsi juga boleh membantu meredakan kesakitan lutut.

Terapi

Terapi fizikal boleh membantu anda menguatkan otot di sekeliling lutut dan untuk membantu menstabilkan dan menyokong sendi lutut anda.

Pembedahan

Sekiranya lutut anda masih sakit walaupun selepas melakukan terapi pemulihan atau jika lutut anda terkunci, doktor mungkin mengesyorkan prosedur pembedahan. Kadangkala, ia boleh dilakukn untuk memperbaiki kekoyakan pelapik lutut, terutamanya pada golongan kanak-kanak dan orang dewasa muda.

Jika kekoyakan ini tidak dapat diperbaiki, pelapik lutut mungkin dipotong melalui pembedahan iaitu melalui potongan kecil menggunakan ‘arthroscope’. Selepas pembedahan, anda perlu melakukan latihan untuk meningkatkan dan mengekalkan kekuatan serta kestabilan lutut anda.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/toxic-shock-syndrome

https://www.medicinenet.com/torn_meniscus/article.htm

https://www.webmd.com/pain-management/knee-pain/meniscus-tear-injury

Summary
Kekoyakan pelapik lutut (Torn meniscus) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Kekoyakan pelapik lutut (Torn meniscus) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Kekoyakan pelapik lutut adalah suatu keadaan yang menyakitkan dan melemahkan. Hanya satu putaran baik pada lutut diperlukan untuk mengoyak pelapik lutut.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: