Kek keju matcha
Nikmati kek keju Jepun yang berkrim dan lazat ini. Ianya benar-benar bebas gula dan gluten.

Nikmati kek keju Jepun yang berkrim dan lazat ini. Ianya benar-benar bebas gula dan gluten. Jom cuba sediakan kek keju matcha sekarang!

  • Masa persediaan – 15 minit
  • Masa memasak – 1 jam 20 minit
  • Masa sejuk – 8 jam
  • Tahap – Sederhana
  • Saiz hidangan: 10 keping

Peralatan yang diperlukan:

  • Talam bakar bulat berdiameter 23cm
  • Ketuhar
  • Pengadun tangan
  • Kertas parchment

Bahan-bahan:

  • Adunan kek keju matcha
  • 450g keju krim
  • 180g (3/4 cawan) krim masam
  • 180ml (3/4 cawan) krim padat
  • 2 sudu teh serbuk matcha
  • 120g Erythritol
  • 3/4 sudu teh serbuk stevia
  • 1 sudu teh ekstrak vanila
  • 3 biji telur

Bagi penyediaan kerak kek matcha:

  • 75g tepung badam
  • 40g kacang pistachio dicincang
  • 1/4 sudu serbuk ekstrak stevia (pengganti gula)
  • 2 sudu besar mentega cair
  • 1 sudu teh serbuk matcha

Cara penyediaan:

  1. Panaskan ketuhar kepada suhu 150°C.dan tuangkan kira-kira satu inci air panas ke dalam dulang pembakar yang dalam dan letakkan di rak bawah dalam ketuhar.
  1. Campurkan bahan-bahan kerak matcha bersama-sama. Ia seharusnya membentuk menjadi adunan berminyak.
  1. Alas tray bakar dengan kertas parchment. Pindahkan adunan kerak ke dalam tray bakar dan tekan dengan jari dan telapak tangan anda sehingga semuanya sama rata. Letakkan kerak matcha ke dalam ketuhar yang dipanaskan dan bakar selama 10 minit.
  1. Semasa kerak dibakar, kacak krim keju menggunakan pengadun tangan. Pastikan tiada benjolan keju dan ia telah menjadi berkrim.
  1. Tambahkan Erythritol, Stevia dan esen vanila. Gaulkan semua sekali lagi sehingga sebati. Tambah krim masam, serbuk matcha dan kacau lagi.
  1. Perlahan-lahan tuangkan krim sedikit demi sedikit. Pastikan anda melakukan ini sedikit demi sedikit atau krim akan memercik pada seluruh baju dan kaunter dapur anda. Gaulkan dengan baik selama sekitar satu minit. Anda akan mempunyai adunan hijau tebal yang bagus sekarang.
  1. Tambahkan satu telur pada satu masa dan hanya pukul sehingga ia dicampur dengan baik. Jangan terlebih pukul telur sampai berbuih.
  1. Keluarkan kerak daripada ketuhar. Tuangkan adunan keju ke dalam kerak yang disediakan. Pastikan ia sebati dan sekata. Letakkannya balik ke dalam ketuhar selama 70 minit.
  1. Selepas dibakar, buka pintu ketuhar sedikit dan biarkan kek keju sejuk sepenuhnya di dalam ketuhar selama 1 hingga 2 jam.
  1. Setelah disejukkan, pindahkan kek ke dalam peti sejuk untuk berehat selama 8 jam atau lebih ataupun semalaman.
  1. Anda boleh hidangkannya mengikut ‘topping’ kesukaan anda selepas itu.

Selamat mencuba!

Summary
recipe image
Recipe Name
Kek Keju Matcha Cheesecake
Published On
Preparation Time
Cook Time
Tagged: