Kek Coklat Kukus

Kek coklat kukus moist atau apa-apa pun jenis kek sudah pasti sangat diminati oleh semua peringkat umur. Anda tidak mempunyai oven untuk membuat kek coklat? Jangan risau, disini kami akan kongsikan resepi kek coklat yang hanya perlu dikukus di atas api.

Resepi kek coklat kukus ini sangatlah moist sehingga mampu membuatkan anda berasa asyik ketika makan. Jom lihat resepinya!

Bahan-Bahan Kek: –

  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan-Bahan Topping: –

  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu besar mentega

 Cara-Cara Penyediaan Kek

  1. Pertama sekali, campurkan gula, susu cair, susu pekat manis dan minyak masak ke dalam kuali.
  2. Masak atas api sehingga adunan tersebut benar-benar larut.
  3. Sementara itu, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat di dalam bekas yang berasingan.
  4. Kemudian, pukul telur hingga kembang.
  5. Masukkan campuran gula, susu cair, susu pekat manis dan minyak masak kedalam adunan telur yang sudah dipukul hingga kembang tadi.
  6. Selepas itu, masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum dan beberapa bahan lain yang sudah diayak bersama.
  7. Kacau hingga sebati.
  8. Kemudian, masukkan esen vanilla ke dalam adunan tersebut.
  9. Panaskan air di dalam pengukus dulu di atas api yang kecil. Sekiranya anda tiada pengukus, anda boleh juga menggunakan oven.
  10. Sapukan marjerin seratanya di dalam loyang.
  11. Masukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat tersebut apabila air sudah mendidih.
  12. Tutup loyang dengan aluminium foil.
  13. Biarkan kek dikukus selama kurang dari satu jam.
  14. Sementara menunggu, anda boleh teruskan dengan membuat topping coklat.

Cara-Cara Penyediaan Topping Kek

  1. Masukkan susu pekat manis, serbuk koko dan mentega ke dalam kuali.
  2. Kacau perlahan lahan sehingga ia larut dan sebati.
  3. Apabila Sudah mendidih, angkat dan sejukkan dulu sebelum dituang diatas kek.
  4. Tuangkan di atas kek.
  5. Tambahkan chocolate chip dan sprinkle yang bewarna warni sebagai hiasan.

Resepi ini khas untuk yang ingin merasa kenikmatan kek tapi tetap menjaga pengambilan gula. Sekiranya anda ingin kek coklat yang manis, anda boleh tambahkan amaun gula dalam bahan bahan anda. Jadi, mudah bukan? Sesiapa sahaja boleh mencuba resepi ini tanpa perlu risau jadi ke tidak. Apa apa pun, selamat mencuba!

SUMBER

https://www.rasa.my/kek-coklat-kukus-moist-sukat-guna-cawan-lembut-dan-gerenti-jadi/

https://saji.my/resepi-kek-coklat-kukus/

https://cikmatahariku.blogspot.com/2014/07/tips-mudah-buat-kek-coklat-kukus-dengan.html

Summary
Kek Coklat Kukus Moist Yang Sangat Senang Dibuat
Article Name
Kek Coklat Kukus Moist Yang Sangat Senang Dibuat
Description
Kek coklat kukus moist atau apa-apa pun jenis kek sudah pasti sangat diminati oleh semua peringkat umur. Anda tidak mempunyai oven untuk membuat kek coklat? Jangan risau, disini kami akan kongsikan resepi kek coklat yang hanya perlu dikukus di atas api.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: