doa iftitah

Tanpa kita sedar, kita kerap membaca doa iftitah dalam apa-apa ibadah solat fardhu mahupun solat sunat. Ifitah bermaksud pembuka dan dibacakan selepas takbiratul ihram sebelum membaca surah Al-Fatihah dalam mana-mana solat khususnya solat fardhu . 

Tetapi sekiranya anda sudah membaca Al- Fatihah dan terlupa membacanya, anda hendaklah terus membaca Al-Fatihah dan tidak perlu membaca doa iftitah.

Tapi kalau tidak hafal macam mana? Bagi sesiapa yang belum tahu doa Iftitah ini sunat hai’at yang sangat lah digalakkan untuk dibaca kerana banyak manfaatnya. Namun Ia bukanlah rukun yang wajib dan membatalkan solat jika tidak dibaca.

Doa Iftitah merupakan sunnah baginda Rasulullah SAW, malah ada dalil daripada Rasulullah SAW bersabda bahawa doa iftitah antara perbuatan yang berupaya menyempurnakan ibadah solat.

لاَ تَتِمُّ صَلاَةٌ لأَحَدٍ مِنْ النَّاسِ حَتَّى يَتَوَضَّأَ فَيَضَعَ الْوُضُوءَ يَعْنِي مَوَاضِعَهُ ثُمَّ يُكَبِّرُ وَيَحْمَدُ اللَّهَ جَلَّ

وَعَزَّ وَيُثْنِي عَلَيْهِ وَيَقْرَأُ بِمَا تَيَسَّرَ مِنْ الْقُرْآنِ.

Maksudnya, “Tidak sempurna solat seseorang sehingga dia menyempurnakan wuduknya sebelum dia bertakbir, memuji Allah SWT, menyanjung-Nya, dan membaca ayat-ayat al-Qur’an yang mudah baginya (dihafalnya)…” [Sahih: Sebahagian daripada hadis yang panjang yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no. 856.]

Namun, untuk makluman anda doa iftitah ini tidak lagi disunatkan untuk dibaca sekiranya anda melaksanakan solat dihujung waktu dan apabila anda merupakan makmum masbuk. Keadaan masbuk bererti orang yang solat lewat daripada imam.

Disini kami kongsikan sekali bacaan doa iftitah dalam jawi, rumi dan maksudnya.

Lafaz Bacaan (Jawi)

اَلله أَكَبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً

وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ

المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ

شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن

Lafaz Bacaan (Rumi)

 Allaahu Akbaru kabiiraa

 Walhamdu lillaahi katsiiraa

Wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila.

Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardh

Haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiin.

 Inna solaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiin.

 Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin

Maksudnya adalah seperti berikut:

Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah.

Maha Suci Allah pagi dan petang.

Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam.

Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan.

Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya.

Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.

Cara bacaan Yang Betul

اَلله أَكَبَر كَبِيْرًا (‘Allahu AkbaRU Kabiroo’). Jangan dimatikan huruf U tersebut contoh bacaan salah ( Allahu Akbar Kabiroo )

2. Rata-rata ada yang Tidak memberhentikan bacaan pada kalimah ini ( مُسْلِمًا) dan membaca (muslimaa) dan terus sambung bacaan (وَمَا). Sebutan (Muslimaa) adalah sebutan jika kita berhentikan bacaan. Jika ingin sambung bacaan, sebutannya (Musliman) atau (Muslimau wa maa).

3. Ini antara paling kerap berlaku kesilapan menyebutnya. وَمَحْيَايَ. Sebutan yang betul – Mahyaaya. Tetapi ramai menyebut – Maa yaa yaa

4. Ini juga antara paling kerap berlaku. Kalimah ini bertukar tempat. Ada yang membacanya terbalik, sepatutnya baca Musyrikin,tetapi membaca Muslimin. Begitulah sebaliknya.

Jelas ia memberi perubahan makna yang sangat besar dan bahaya. وما أن من المشركين “Dan aku bukan dari kalangan orang Musyrikin (Orang yang mensyirikkan Allah) Jika diubah وما أنا من المسلمين Makna ayat akan berubah “Dan aku bukan dari kalangan orang Islam” Wa Allahu ‘Alam.

Kelebihan Doa Iftitah

Abu Hurairah ada menyatakan bahawa:

“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila telah bertakbir memasuki solat (yakni takbiratul-ihram), baginda senyap seketika sebelum mula membaca (al-Fatihah). Lalu aku bertanya baginda; ‘Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku melihat engkau senyap di antara takbir dan bacaan (al-Fatihah). Apa yang engkau ucapkan?’.

Baginda menjawab; ‘Aku membaca;

اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ، اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنْ خَطَايَايَ كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، اللَّهُمَّ اغْسِلْنِي مِنْ خَطَايَايَ بِالثَّلْجِ وَالْمَاءِ وَالْبَرَدِ

“Ya Allah! Jauhkanlah aku dari dosa-dosaku sebagaimana Engkau menjauhkan Timur dan Barat. Ya Allah! Bersihkanlah daku dari dosa-dosaku sebagaimana dibersihkan pakaian putih dari kotoran. Ya Allah! Sucikanlah daku dari dosa-dosaku dengan salji, air dan embun”. (Riwayat Imam Muslim)

Berdasarkan huraian di tas bacaan doa iftitah adalah sunat. Walaupun hukum membacanya adalah sunat namun, makna doa yang dibacakan itu amatlah baik untukkita amalkan. Kita juga bebas untuk memilih mana-mana doa iftitah yang di amalkan Rasulullah SAW berdasarkan hadis Rasulullah SAW.

Sesungguhnya amalan yang baik semestinya mendatangkan pahala kepada yang melaksanakannya. Kita juga sedia maklum doa adalah senjata kita untuk memohon hajat dan kesejahteraan kepada Allah SWT. Oleh itu, bersama-samalah kita memperelokkan ibadah kita. Semoga kebaikan juga pulangan kepada kita. Selamat beramal. Wallahu’alam!

Sumber:

https://akuislam.com/blog/ibadah/doa-iftitah/

https://www.sislin76.com/2020/12/kelebihan-doa-iftitah-dalam-solat-yang.html

Summary
Keindahan Doa Iftitah
Article Name
Keindahan Doa Iftitah
Description
Tanpa kita sedar, kita kerap membaca doa iftitah dalam apa-apa ibadah solat fardhu mahupun solat sunat. Ifitah bermaksud pembuka dan dibacakan selepas takbiratul ihram sebelum membaca surah Al-Fatihah dalam mana-mana solat khususnya solat fardhu . Tetapi sekiranya anda sudah membaca Al- Fatihah dan terlupa membaca doa iftitah, anda hendaklah terus membaca Al-Fatihah dan tidak perlu membaca doa iftitah.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: