santan
Santan adalah susu putih yang diekstrak daripada isi kelapa matang.

Santan adalah susu putih yang diekstrak daripada isi kelapa matang. Ia dapat memberi manfaat kepada kesihatan dalam beberapa cara, seperti merangsang penurunan berat badan dan menurunkan tahap kolesterol.

Selain itu, santan telah digunakan selama bertahun-tahun sebagai bahan pencuci mulut, sup dan sos. Ini adalah komponen popular dalam masakan India, Thai, Hawaii dan Amerika Selatan. Proses pengekstrakan santan melibatkan proses memarut bahagian buah yang berisi dan merendamnya di dalam air panas.

Krim yang terbentuk di permukaan cecair kemudian dikumpulkan untuk dijadikan krim kelapa sementara baki cecair kemudian diayak dan dipisahkan dari isi untuk mendapatkan santan.

Bahan ini telah mendapat populariti dalam komuniti penjagaan kesihatan serta boleh digunakan sebagai alternatif kepada susu tenusu.

Kandungan nutrien santan

Santan adalah makanan yang berkalori tinggi. Kira-kira 93% kalorinya berasal dari lemak, termasuk lemak tepu yang dikenali sebagai trigliserida rantai sederhana (MCT).

Ia juga merupakan sumber yang baik beberapa vitamin dan mineral. Satu cawan (240 gram) santan mengandungi:

  • Kalori: 552
  • Lemak: 57 gram
  • Protein: 5 gram
  • Karbohidrat: 13 gram
  • Serat: 5 gram
  • Vitamin C: 11% daripada RDI
  • Folat: 10% daripada RDI
  • Zat besi: 22% daripada RDI
  • Magnesium: 22% daripada RDI
  • Potassium: 18% daripada RDI
  • Tembaga: 32% daripada RDI
  • Manganese: 110% daripada RDI
  • Selenium: 21% daripada RDI

Di samping itu, sebilangan pakar mempercayai bahawa santan mengandungi protein unik yang boleh memberi manfaat kesihatan. Walau bagaimanapun, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk menyokong kenyataan tersebut.

Manfaat kesihatan bagi penggunaan santan

Berikut adalah senarai faedah kesihatan santan.

1. Membantu mengurangkan berat badan

Santan kaya dengan trigliserida rantai pendek dan sederhana yang dianggap sebagai lemak sihat. Jadi, ia boleh membuatkan anda berasa kenyang lebih lama dan menyebabkan anda makan dengan kurang dan mengelakkan diri daripada mengidam. Sebagai tambahan, santan lebih cenderung ditukarkan kepada tenaga berbanding dengan asid lemak rantai yang lebih panjang. Bahan-bahan ini disimpan di dalam badan dan menyumbang kepada masalah kegemukan.

2. Mencegah penyakit jantung

Santan diketahui dapat meningkatkan kadar kolesterol HDL (kolesterol baik) dalam badan. Penyelidikan saintifik menunjukkan bahawa santan dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol LDL (kolesterol buruk) dalam tubuh jika diambil dalam jumlah yang rendah. Kolesterol HDL mempunyai sifat anti-radang yang melindungi lapisan ‘endothelium’ atau saluran darah. Kolesterol LDL sebaliknya, mendorong pembentukan plak pada saluran darah yang boleh menyebabkan penyempitan patologi. Apabila saluran darah yang membekalkan otot jantung menyempit, serangan jantung boleh berlaku.

3. Membantu mendapatkan rambut dan kulit yang sihat

Baru-baru ini, santan mendapat populariti kerana penggunaannya sebagai rawatan bagi mendapatkan rambut yang sihat. Kandungannya yang tinggi lemak bertindak sebagai ‘sealant’ untuk mengekalkan kelembapan. Apabila disapu pada kulit kepala, santan membantu mengurangkan masalah kelemumur dan kegatalan kulit kepala  dengan kandungan asid ‘lauric’ yang mempunyai sifat antibakteria dan anti-kulat. Seterusnya, apabila digunakan secara topikal pada kulit, ia membantu mengekalkan keanjalan kulit. Ini berkesan dalam mengurangkan kedut bagi memberikan anda penampilan yang lebih muda.

4. Mengimbangkan elektrolit

Santan kaya dengan elektrolit seperti potassium, magnesium dan fosforus. Potassium adalah penting untuk mengekalkan irama jantung yang normal. Ia juga penting untuk fungsi otot yang sihat. Seterusnya, magnesium pula diperlukan untuk sistem imun yang sihat serta pemeliharaan fungsi saraf dan otot yang normal. Fosforus pula adalah komponen struktur penting bagi kesihatan tulang dan gigi. Dengan menambahkan bahan ini ke dalam pemakanan anda, ia membantu tubuh mendapatkan bekalan fosforus yang mencukupi untuk memenuhi keperluan ini.

5. Mengandungi antioksida

Santan kaya dengan vitamin C dan E yang terkenal dengan sifat anti-oksida. Radikal oksigen bebas terbentuk oleh tisu badan semasa proses metabolisme. Ia berbahaya bagi komponen selular dan menyumbang kepada masalah penuaan dan pertumbuhan tumor. Antioksida yang terdapat dalam santan boleh membantu meneutralkan bahan berbahaya ini.

6. Membantu mencegah anemia

Santan mempunyai jumlah zat besi yang banyak. Zat besi adalah mineral penting dalam pembentukan sel darah merah yang sihat dengan kadar hemoglobin normal. Memasukkan bahan ini ke dalam makanan akan membantu anda mengelakkan keadaan anemia yang sering berlaku disebabkan pengambilan zat besi yang tidak mencukupi.

7. Menguatkan sistem ketahanan badan

Santan mengandungi asid ‘lauric’ yang terkenal dengan khasiat antiseptiknya. Ini membantu tubuh melawan jangkitan disebabkan oleh bakteria, virus dan kulat. Satu kajian yang dilakukan di Filipina menunjukkan bahawa kanak-kanak dengan masalah keradangan paru-paru memberi respon lebih cepat pada rawatan dengan antibiotik dan santan dibandingkan dengan mereka yang dirawat dengan antibiotik sahaja.

Cara menambahkan santan ke dalam diet anda

Terdapat banyak peluang untuk anda tambahkan santan ke dalam makanan dan minuman anda. Santan adalah ramuan utama dalam kebanyakan hidangan Asia, misalnya.

Selain itu, bahan ini juga boleh digunakan dengan baik bagi:

  • Bijirin. Cuba gantikan susu tenusu tradisional dengan santan.
  • ‘Smoothie’. Gunakan santan dalam apa sahaja jenis smoothie.
  • Sup. Gantikan santan sebagai asas untuk sup yang lebih berkrim.
  • Oatmeal. Gunakan santan sebagai cecair dalam oatmeal.
  • Kari ayam. Gunakan santan untuk mendapatkan hidangan kari ayam yang berlemak dan lebih sedap.

Malah, individu juga boleh membuat santan segar di rumah, dengan menggabungkan kelapa parut tanpa gula dengan air suam dalam pengisar. Tumis campuran, kemudian tapiskannya melalui kain lap.

Adakah terdapat risiko pengambilan santan yang perlu dipertimbangkan?

Secara sederhana, bahan ini boleh memberi manfaat kesihatan, tetapi terlalu banyak santan boleh menyebabkan masalah. Santan mengandungi kalori dan lemak yang tinggi. Mengambil terlalu banyak susu dan makan makanan kaya karbohidrat boleh mengakibatkan kenaikan berat badan.

Di samping itu, ia juga mengandungi karbohidrat yang boleh ditapai. Ini boleh menyebabkan masalah pencernaan, seperti cirit-birit atau sembelit pada individu dengan sindrom keradangan usus.

Biasanya, individu yang mempunyai alahan kacang pokok boleh mengambil produk kelapa tanpa masalah. Walau bagaimanapun, beberapa protein dalam kelapa adalah serupa dengan yang terdapat pada kacang pokok, dan reaksi alahan boleh berlaku.

Alahan kepada kelapa sangat jarang berlaku. Sesiapa yang alah kepada kelapa tidak boleh mengambil bahan ini.

SUMBER

https://www.medicalnewstoday.com/articles/323743

https://www.healthline.com/nutrition/coconut-milk#5

https://www.ballerinichiropractic.com/9-amazing-benefits-coconut-milk/

Tagged: