hrmis2

HRMIS 2 .0 merupakan website atau laman sesawang yang dapat memudahkan penggunanya. Setiap perincian direka khas dan berperanan penting dalam memberi kemudahan kepada pengguna terutamanya bagi segala urusan dengan pihak berkanun kerajaan.

Objektif HRMIS2.0 secara khususnya adalah untuk, membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat PSM yang lebih lengkap. Bukan itu sahaja, ia juga untuk mengautomasikan proses-proses operasi PSM, membangunkan maklumat sumber manusia yang bersepadu dan kemas kini untuk tujuan perancangan sumber manusia yang berkesan.

HRMIS 2.0 ini dapat memudahkan komunikasi dan integrasi secara horizontal dan penyelarasan proses-proses sumber manusia melalui single window. Dengan menggunakan sistem online, ia dapat menyumbang ke arah pewujudan persekitaran paper-less dan menyediakan satu sistem maklumat sumber manusia yang terbuka, fleksibel serta kemaskini bagi memenuhi keperluan pengurusan dipelbagai peringkat agensi.

Anda boleh memuat turun aplikasi HRMIS dengan menggunakan sistem android atau IOS. Pinjaman perumahan, komputer dan kenderaan juga boleh dimohon menggunakan HRMIS2.0

Namun demikian, mohon maklum bahawa laman web rasmi HRMIS 1.0 sudah tidak dapat dilayari lagi, https://www.eghrmis.gov.my.

Kegunaan Sistem HRMIS Untuk Penjawat Awam

Selain menyimpan dan mengemaskini rekod, sistem ini membolehkan penjawat awam memohon pelbagai kemudahan yang disediakan dalam perkhidmatan.

Melalui kemudahan layan diri yang disediakan, pegawai dapat mengemas kini rekod peribadi, memohon dan menyemak cuti rehat, mengemukakan tuntutan, memantau prestasi kerja, memohon kursus yang bersesuaian, membuat penilaian kompetensi dan memohon pertukaran memohon kaunseling.

Cara-cara untuk Login HRMIS 2.0

  1. Layari laman web rasmi HRMIS 2.0; https://hrmis2.eghrmis.gov.my
  2. Kemudian anda akan dibawa ke login page HRMIS dengan pautan ini; https://hrmis2.eghrmis.gov.my/HRMISNET/Common/Main/Login.aspx
  3. Pada laman tersebut, scroll ke bawah sehingga jumpa ikon 2.0, klik ikon 2.0 tersebut untuk ke portal baru HRMIS, HRMIS 2.0.
  4. Seterusnya, di bahagian Log Masuk Pengguna, isi ruangan yang disediakan dengan maklumat yang diminta untuk tujuan login.
  5. Pastikan anda ingat ID yang telah didaftarkan, kerana ia diperlukan untuk diisi di ruangan ID Pengguna.
  6. Kepada yang bukan warganegara Malaysia, anda perlu menekan link Klik Sini yang terdapat di ruangan ID pengguna.
  7. Oleh kerana portal HRMIS telah dikemaskini, kata laluan anda juga perlu dikemaskini. Sekarang anda hanya perlu login secara biasa dengan memasukkan kata laluan lama anda di ruangan Kata Laluan.
  8. Setelah selesai, klik butang Hantar untuk membolehkan anda login.
  9. Setelah berjaya untuk login, anda perlu mengemas kini kata laluan anda. Kata laluan yang direka perlulah menepati ciri-ciri yang berikut:
  10. Mengandungi sekurang-kurangnya 12 aksara;
  11. Gabungan huruf dan nombor;
  12. Mengandungi aksara khas atau simbol;
  13. Kombinasi huruf besar dan huruf kecil
  14. Setelah selesai mengemaskini kata laluan, proses untuk login ke HRMIS 2.0 sudah selesai.

6 Aplikasi MyHRMIS Kepada Penjawat Awam

Semua kemudahan dalam sistem HRMIS ini boleh dimuat turun menggunakan Google Play Store atau Apple AppStore. Dengan menggunakan applikasi di telefon pintar anda, ia boleh dilakukan dengan mudah dan cepat.

6 aplikasi MyHRMIS tersebut adalah:

1. MyHRMIS Cuti (Login HRMIS 2.0 terlebih dahulu) 

Permohonan cuti juga boleh dibuat melalui portal HRMIS 2.0. Kepada sesiapa yang ingin memohon cuti, anda boleh mengikuti langkah mudah seperti di bawah:

  1. Layari portal HRMIS 2.0 dan login seperti langkah di atas
  2. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan anda
  3. Klik Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran
  4. Klik Pengurusan Cuti
  5. Pergi ke Fungsi – Permohonan Cuti – Permohonan Cuti
  6. Kemudian pilih Kategori Cuti
  7. Pilih Jenis Cuti, contohnya;
  8. Cuti sakit
  9. Cuti kuarantin
  10. Cuti rehat khas
  11. Cuti tanpa gaji
  12. Cuti kerana perkhidmatan
  13. Masukkan maklumat yang diperlukan berkaitan dengan cuti yang ingin dipohon
  14. Setelah selesai membuat semakan, maka permohonan cuti anda melalui HRMIS 2.0 sudah berjaya.

2. MyHRMIS eGL : Jana eGL melalui aplikasi HRMIS2

Aplikasi MyHRMIS eGL memaparkan rekod Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai (GL) untuk penjawat awam sebagai kaedah alternatif kepada eGL online atau manual.

Maklumat yang terkandung dalam aplikasi ini diambil dari Sistem HRMIS.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan Guarantee Letter, anda tidak perlu bersusah payah untuk login ke portal HRMIS 2.0, kerana langkah ini perlu dilakukan dengan bantuan telefon pintar. Maklumat tambahan; pastikan telefon pintas anda mempunyai aplikasi PDF reader. Hal ini bagi mengelakkan masalah berkaitan kegagalan menjana eGL.

11 langkah mudah untuk menjana eGL adalah seperti yang tertera;

  • Kepada pengguna Android anda perlu download aplikasi eGL HRMIS melalui Google Play.
  • Kepada pengguna iPhone, anda perlu download eGL HRMIS melalui Apple App.
  • Download aplikasi tersebut di telefon pintar anda
  • Setelah selesai, klik aplikasi tersebut untuk mengakses eGL HRMIS
  • Untuk login ke HRMIS, anda perlu masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.
  • Terdapat beberapa pilihan, di bahagian menu sebelah kiri;
  1. MyHRMIS eGL
  2. Jana eGL
  3. Kelayakan wad
  4. Ahli keluarga
  5. Direktori Hospital/Klinik
  • Klik Jana eGL
  • Cari dan pilih Hospital/Klinik Kesihatan Kerajaan yang dikehendaki
  • Kemudian klik teruskan
  • Fail yang telah dijana hendaklah disimpan dalam format PDF
  • Surat eGL (Guarantee Letter) anda kini sudah siap untuk digunakan.

3. MyHRMIS Profil

Penjawat awam boleh membuat semakan maklumat peribadi ke dalam aplikasi ini. Bagi pengguna yang telah mendaftar di MyHRMIS Cuti, anda tidak perlu mendaftar lagi sekali dengan aplikasi ini.

4. MyHRMIS Care

Aplikasi ini membolehkan penjawat awam mendapatkan bantuan, memberi cadangan, menyemak status aduan serta merujuk soalan-soalan lazim yang ada (FAQ).

5. MyHRMIS Self Check

MyHRMIS Self Check pula memberi memudahkan penjawat awam untuk menyemak dan mengetahui status terkini data pegawai yang menyumbang kepada pencapaian KPI HRMIS. 

6. MyHRMIS Keluar Pejabat

Aplikasi ini memudahkan pengurusan keluar dari pejabat penjawat awam dalam waktu bertugas serta mematuhi Perintah AM 5 Bab G iaitu Mematuhi Waktu Bekerja .

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan HRMIS anda boleh hubungi atau rujuk ke :

Laman webhttps://www.eghrmis.gov.my/

Alamat: Aras 3 – 6, Blok C1, Kompleks C,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P Putrajaya Malaysia

Hubungi: + (603) 8321 1400/  + (603) 8324 2420

SUMBER:

https://portalcikgu.com/hrmis-2-0-login.html

https://ecentral.my/hrmis-login/

https://kekandamemey.com/hrmis-2-0cara-loginmohon-cuti-cetak-eguarantee-letterga.html

Summary
Kegunaan dan cara-cara login HRMIS2 .0
Article Name
Kegunaan dan cara-cara login HRMIS2 .0
Description
HRMIS 2 .0 merupakan website atau laman sesawang yang dapat memudahkan penggunanya. Setiap perincian direka khas dan berperanan penting dalam memberi kemudahan kepada pengguna terutamanya bagi segala urusan dengan pihak berkanun kerajaan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: