Now Reading
Apakah yang dimaksudkan dengan “Kegatalan Faraj”?

Apakah yang dimaksudkan dengan “Kegatalan Faraj”?

kegatalan faraj

Pengenalan

Kegatalan faraj dan vulva boleh menyebabkan kerengsaan dan ketidakselesaan yang boleh menjadi simptom bagi jangkitan.

Penerangan

Simptom berikut mungkin menunjukkan jangkitan faraj:

  • Kegatalan
  • Bengkak
  • Kesakitan pinggul
  • Lendir yang berbau busuk
  • Lendir hijau, kuning, atau kelabu
  • Lendir berbuih atau berketul (seperti keju kotej)

Dapatkan rawatan perubatan jika anda mengalami sebarang masalah di atas.

Penyebab yang berkemungkianan

Kegatalan pada kulit faraj atau vulva (kawasan sekitar faraj) boleh menjadi tanda bagi:

  • Jangkitan yis
  • Penyakit kelamin, seperti klamidia, gonorea, atau trichomoniasis
  • Peningkatan jumlah bakteria normal dalam faraj, yang dikenali sebagai bakteria vaginosis.

Penyebab lain kegatalan faraj mungkin termasuk:

  • Menopaus atau tahap estrogen yang rendah
  • Objek asing yang dimasukkan di dalam faraj, seperti tampon
  • Penggunaan peranti intrauterin (IUD) untuk mengawal kehamilan
  • Ubat-ubatan, seperti antibiotik dan steroid
  • Pakaian lembap atau ketat
  • Kimia yang terdapat dalam detergen, pelembut kain, semburan feminin, sapuan, krim, douches, dan buih, jeli, atau krim kontraseptif.
  • Keadaan kulit, seperti desquamative vaginitis atau lichen planus
  • Kencing manis yang tidak terkawal
  • Kanser serviks atau kanser faraj

Bila perlu menghubungi doktor

Ianya adalah penting untuk berjumpa doktor jika anda mengalami kegatalan faraj terutamanya sekiranya kegatalan itu cukup teruk sehingga mengganggu kehidupan seharian anda atau waktu tidur anda. Walaupun kebanyakan kes tidak serius, terdapat beberapa rawatan yang boleh mengurangkan ketidakselesaan kegatalan faraj.

Anda juga harus menghubungi doktor jika kegatalan faraj anda berterusan selama lebih dari satu minggu atau jika gatal anda berlaku bersama-sama dengan simptom berikut:

  • Ulser atau lepuh pada vulva
  • Kesakitan di kawasan alat kelamin
  • Kemerahan di kemaluan atau kemaluan bengkak
  • Masalah membuang air kencing
  • Pengeluaran lendir faraj yang luar biasa
  • Ketidakselesaan semasa melakukan hubungan seksual

Apa yang boleh diharapkan di klinik

Doktor anda akan bertanya anda tentang simptom kegatalan faraj anda, termasuklah keparahan kegatalan yang anda alami dan berapa lama ia terjadi. Beliau juga mungkin bertanya tentang hubungan seksual anda juga. Anda juga mungkin perlu menjalani pemeriksaan pelvik.

Semasa pemeriksaan pelvik, doktor anda akan memeriksa secara vulva anda secara visual dan akan menggunakan spekulum untuk melihat di dalam faraj anda. Beliau mungkin menekan abdomen anda sambil memasukkan jari bersarung tangan ke dalam faraj anda. Ini membolehkan beliau memeriksa organ pembiakan untuk mengenalpasti sebarang kelainan.

Selain itu, doktor anda juga boleh mengumpul sampel tisu kulit dari vulva anda atau contoh lendir anda untuk dianalisis. Malah, doktor anda mungkin melakukan ujian darah atau air kencing juga.

Rawatan

Rawatan perubatan bergantung pada punca simptom anda yang mungkin termasuk ubat-ubatan atau krim.

Selain itu, rawatan di rumah berikut juga boleh membantu melegakan gejala kegatalan faraj anda:

  • Memelihara kawasan alat kelamin anda supaya sentiasa bersih dan kering
  • Memakai pakaian yang longgar, seluar dalam diperbuat daripada kapas sepanjang hari, dan tidak memakai seluar semasa tidur untuk membantu faraj anda “bernafas”
  • Elakkan penggunaan sabun, dan bilas faraj dengan air sahaja
  • Rendam dalam air mandian suam (tidak panas)
  • Elakkan douche, kerana ia berisiko menghapuskan bakteria sihat yang membantu melawan jangkitan
  • Elakkan memakai semburan kebersihan, wangian, atau bedak berhampiran faraj
  • Menggunakan tuala wanita bukan tampon jika anda mempunyai jangkitan
  • Bersihkan faraj dari depan ke belakang semasa menggunakan tandas
  • Kekalkan glukosa darah anda dalam tahap terkawal jika anda menghidap kencing manis

Sumber:

https://www.webmd.com/women/guide/vaginal-itching-burning-irritation

https://www.medicalnewstoday.com/articles/316595

https://www.healthline.com/health/vaginal-health/reasons-vaginal-itch-happens-when-you-dont-have-a-yeast-infection

https://www.healthline.com/health/vaginal-itching

error: Content is protected !!