Kedai Mesra Alam Sekitar Yang WAJIB Anda Singgah Bagi Memelihara Alam Sekitar
Seseorang yang mampan bermaksud beliau mewujudkan persekitaran yang mesra alam dan mempunyai sumber yang mencukupi tanpa mengganggu individu lain atau alam sekitar.

Seseorang yang mampan bermaksud beliau mewujudkan persekitaran yang mesra alam dan mempunyai sumber yang mencukupi tanpa mengganggu individu lain atau alam sekitar. Bukan itu sahaja, salah satu cara untuk menjalani kehidupan mesra alam adalah dengan membeli barang dari kedai yang mampan.

Artikel ini memberi tumpuan kepada senarai beberapa kedai mesra alam sekitar yang perlu anda ambil tahu.

A Bit Less Bulk Store

Anda boleh melawat kedai mereka atau membeli barang yang dijual secara dalam talian. Produk-produk yang terdapat di kedai ini adalah berbeza dari detergen kepada produk keperluan wanita dan banyak lagi! Sebagai permulaan, anda boleh mencuba Ecostore Detergent mereka yang mesra alam sekitar, selamat dan tidak menggunakan bahan kimia yang banyak. Selain itu, anda juga boleh mencuba Pantyliner yang boleh dibasuh yang dijual oleh kedai ini.

Lawati laman web mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk yang tersedia: https://www.facebook.com/abitlessbulkstore/

Nude The Zero Waste Store

Kedai mesra alam sekitar ini terletak di Petaling Jaya. Sama seperti namanya, barang-barang yang dijual semuanya didedikasikan untuk mengurangkan sisa kepada sifar. Antara barangan yang dijual di kedai ini adalah sanitizer tangan pelbagai guna yang dihasilakan daripada etanol berasaskan tumbuhan dan ia telah disahkan HALAL oleh JAKIM, jadi anda boleh menggunakannya tanpa keraguan. Selain itu, mereka juga menjual loofah pencuci pinggan yang dibuat dengan menggunakan bahan semula jadi. Berbeza dengan versi plastik, loofah semulajadi ini boleh dikompos selepas haus.

Lawati laman web mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk mereka: https://www.facebook.com/nudezerowaste/

The Hive

The Hive mempunyai beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang. Mereka menjual pelbagai makanan dan barangan mesra alam seperti barangan runcit kering dan cawan haid untuk wanita yang boleh dikitar semula. Cawan haid ini dipanggil The Hivette dan diperbuat daripada silikon gred perubatan. Ia mudah digunakan dan boleh digunakan semula sehingga 10 tahun. Jika anda tidak mempunyai niat untuk membeli produk ini, anda boleh membeli bahan makanan kering yang sihat seperti kacang, biji, madu semulajadi dan sebagainya di kedai ini.

Lawati laman web mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk mereka: https://thehivebulkfoods.com/

Munimalism

Menariknya, trend ikat dan warna (tie and dye) tidak pernah luntur sehingga kini. Terdapat pelbagai produk ikat dan warna di kedai ini yang anda boleh pilih, seperti baju, tote bag, sling bag dan banyak lagi. Ia adalah satu cara yang baik untuk menghasilkan sisa sifar kerana kain yang biasa akan kelihatan seperti baru dan cantik.

Lawati laman web mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk mereka: https://www.facebook.com/munimalism/

Kinder Soap

Kinder Soap menyediakan produk penjagaan kulit buatan tangan yang dikhaskan kepada orang yang memiliki kulit yang sensitif. Semua produk mereka dihasilkan daripada sumber semula jadi. Mereka menyediakan beberapa produk menarik di kedai seperti sabun, syampu dan pelembap. Pelembap terdiri daripada balsem, souffle badan dan minyak skin treat. Setiap produk telah dirumuskan dengan menggunakan formula tanpa air yang tidak mengandungi bahan-bahan anti-mikrob yang boleh menjejaskan keadaan kulit.

Lawati laman web mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk mereka: https://kindersoaps.com/

Summary
Kedai Mesra Alam Sekitar Yang WAJIB Anda Singgah Bagi Memelihara Alam Sekitar
Article Name
Kedai Mesra Alam Sekitar Yang WAJIB Anda Singgah Bagi Memelihara Alam Sekitar
Description
Anda cinta akan alam sekitar? Jadi, anda sudah tentu akan jatuh cinta dengan kedai-kedai mesra alam sekitar yang menarik ini!
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: