kedai makan bangi

Alang-alang kalau anda sudah tersesat di Bangi, apa kata singgah di mana-mana kedai makan Bangi yang best di bawah ini dan yang pasti sekurang-kurangnya mesti ada satu destinasi yang akan membuatkan anda rasa lapar nak makan. Banyak kedai makan Bangi yang best dan syok untuk dicuba!

Negeri Selangor mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati baik untuk acara makan angin atau untuk acara jalan jalan cari makan bersama keluarga.

1. Denali & Pinnacles The Wanderer’s Cafe

Alamat: Lot 1-4, Tingkat 1, Pusat Perniagaan Seksyen 3, off, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Kedai Makan Bangi

Ingin makan malam dalam suasana penuh santai dan romantis? Singgah saja kedai makan Bangi di Denali & Pinnacles The Wanderer’s Cafe ini! Kafe ‘rooftop’ ini merupakan antara kafe hipster yang agak popular di sekitar Bangi.

Menu yang dihidangkan di sini berkonsepkan makanan Barat. Ada pelbagai jenis menu yang boleh anda pilih – ada pasta, pencuci mulut, burger dan hidangan berat yang lain.

Kafe Denali & Pinnacles ini beroperasi setiap hari kecuali Selasa, bermula dari jam 5 petang hingga 2 pagi.

2. Cartel Coffee Shop

Alamat: 11, Jalan 15/1d, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Kedai Makan Bangi

Kopi di Cartel Coffee Shop ini memang patut dipuji. Bukan sahaja pekat, ianya juga tidak terlampau manis mahupun pahit, sangat sesuai dinikmati oleh pencinta kopi.

Selain kopi, pencuci mulut seperti kek dan tart juga boleh dicuba. Masih mahu makanan berat? Nasi dan pasta juga turut disajikan, memang berbagai betul menu di sini! Pelbagai menu unik western lain yang tidak dijumpai di tempat lain. Sebab itu ianya sering dipenuhi pelanggan setiap kali dibuka.

3. Bawal Power Sempoi Teras Jernang

Alamat: Lot 5939, Jalan Taman Sentosa, Taman, Desa Sentosa Fasa 2, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Kedai Makan Bangi

Restoran Bawal Power memang diakui sangat terkenal sekitar Selangor. Buktinya, restoran ini mempunyai beberapa cawangan sekitar sini, termasuk cawangannya di Bangi sendiri – Bawal Power Sempoi Teras Jernang.

Selain bawal goreng, antara masakan kampung yang boleh didapati ialah sotong bakar. Memang sedap walau dimakan bersama nasi putih panas. Bawal goreng dan menu sotong bakar adalah kesukaan majoriti pelanggan.

4. Restoran Roti Puri

Alamat: No. 14A, Jalan 3/70, Seksyen 3, Selangor, 43650 Bandar Baru Bangi

Kedai Makan Bangi

Jika anda mahukan kelainan sedikit untuk sarapan, boleh datang untuk mencuba roti puri di sini. Roti puri ini kelihatan seperi roti arab yang kembung. Tetapi ianya lebih rangup dan sedap. Ianya datang bersama dalam bentuk set.

Satu set mengandungi lima roti puri dan kuahnya.Banyaknya lima? Tunggulah bila anda datang ke sini. Lima tu umpama kacang sahaja apabila anda makan bersama kuahnya.

5. Restoran Ana Ikan Bakar Petai

Alamat: Lot 29991, Persiaran Kemajuan, (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Restoran ini terkenal dengan ikan bakarnya. Ikan bakarnya dimasak dalam daun pisang yang diletak bersama sambal petai. Memang menarik baunya apabila masak. Kedai ikan Bakar Ana Ikan Bakar Petai turut mempunyai cawangan di Kuantan.

Untuk ke sini, petunjuk yang boleh anda gunakan adalah balai bomba Bangi. Tidak jauh sahaja dariapda situ. Menu lain adalah seperti konsep ikan bakar yang lain. Tentulah sotong goreng tepung, tomyam , udang masak mentega menjadi pilihan.

Restoran Ana Ikan bakar Petai dibuka setiap hari bermula pukul 5 petang sehinggalah 12 tengah malam.

6. D’ Limau Nipis Restoran

Alamat: No. 201 & 205, Jalan 8/1, Seksyen 8,, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Ini salah satu restoran kesukaan pelanggan dari sudut air. Air special d’limau patut anda cuba jika makan di sini. Ianya terdiri daripada gabungan air limau, ais krim vanila dan agar-agar hijau. Pelanggan sangat suka rasanya.

Ini salah satu restoran kesukaan kami dari sudut air. Air special d’limau patut anda cuba jika makan di sini. Ianya terdiri daripada gabungan air limau, ais krim vanila dan agar-agar hijau. Pelanggan sangat suka rasanya.

Manakala untuk makanan, pelbagai lauk dapat anda pilih. Ikan bakar, sotong bakar juga disediakan di sini untuk anda pilih. Aroma lauk yang dibakar pun sudah cukup memikat, bayangkan sendiri keenakkannya!

Bahan yang digunakan untuk masak juga bermutu. Ianya ditulis pada bahagian lauk yang diambil.

8. Nasi Dulang Daun Pisang

Alamat: Pt 75024 Jalan Besar Sungai Ramal Dalam, Sungai Ramal Dalam

Ini adalah tempat makan kesukaan penduduk Bangi. Menu istimewa di sini adalah nasi yang makan bersama beberapa pilihan lauk seperti ayam goreng, sotong bakar, udang goreng dan banyak lagi. Tetapi menu yang mendapat dan disukai ramai adalah menu ayam goreng dan sotong bakar. Ada beberapa set nasi seperti set nasi putoh atau set nasi ganja. Sesetengah pelanggan suka akan versi nasi ganja.

Jika versi nasi ganja, kuah akan dicurah ke atas nasi seolah-olah nasi kandar. Manakala untuk versi nasi kosong adalah seperti dia atas yang didatangi dengan pelbagai jenis sambal dan kuah masak lemak.

Dibuka setiap hari daripada pukul 10 pagi sehinggalah 4 petang.

9. Restoran Sup Urat Keting

Alamat: Jalan 7/7a, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Untuk mendapatkan urat keting yang asli, anda perlu merebusnya dahulu supaya lemaknya terasing dari urat keting. Jadi, bukan mudah proses untuk menyediakannya.

Tapi anda tak perlulah bersusah payah untuk merebus urat keting semata-mata ingin membuat sup yang sedap. Cuba anda singgah ke Restoran Sup Urat Keting, Bandar Baru Bangi. Pasti nak rasa hari-hari sup urat keting ini!

10. Restoran D’Bukit, Bangi

Alamat: Jalan Dusun, 43000 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Pelanggan sangat sukakan tempat ini jika sarapan adalah matlamatnya. Tempat makan sarapan yang ideal untuk keluarga. Anda boleh pesan roti canai yang lembut atau mee rebusnya. Memang sedap dan harganya pula tidak mahal.

Tentang servis pula memang terbaik. Ramai pelanggan di sini kerana suka akan servis mereka yang cepat. Apabila sampai setelah dapat meja, anda akan didatangi oleh pelayan. Pelayan akan mengambil pesanan dan dalam beberapa minit, menu yang dipesan sampai. Cepat dan laju!

Sangat digalakkan untuk datang awal kerana gerai sini sentiasa sahaja dipenuhi oleh orang ramai.

Perlu anda tahu, destinasi-destinasi tempat makan di bawah ini dipilih berdasarkan pilihan ramai & bukannya dari penilaian lidah & tekak seorang individu sahaja. Sedap atau tidak kenalah terjah sendiri kalau dah bercuti di area Selangor kelak. Selamat mencuba!

Sumber:

https://saji.my/3-tempat-makan-sedap-best-di-bangi/

https://www.caridestinasi.com/tempat-makan-best-di-bangi-jjcm/

https://cutiviral.com/makanan/11-tempat-makan-menarik-di-bangi-2021/

Tagged: