Kecelaruan
Kecelaruan adalah satu perkara yang normal dan sering dikaitkan dengan emosi sihat. Bagaimanapun, apabila seseorang itu kerap mengalami ketidakseimbangan kecelaruan, ia mungkin menjadi satu gangguan yang perlukan rawatan perubatan.

Kecelaruan adalah satu perkara yang biasa serta biasa dilihat sebagai emosi yang sihat. Walau bagaimanapun, apabila seseorang itu kerap mengalami ketidakseimbangan pada tahap anxiety mereka, ia mungkin menjadi satu gangguan yang memerlukan rawatan perubatan.

Seterusnya, kecelaruan merupakan kategori kesihatan mental yang menjadi punca kepada rasa gemuruh yang melampau, ketakutan, kebimbangan, dan kerisauan. Gangguan ini mengubah bagaimana seseorang itu memproses emosi dan kelakuan, juga menyebabkan berlakunya simptom secara fizikal. Kecelaruan sederhana pula boleh  menyebabkan ketidakselesaan manakala kecelaruan yang teruk dapat mengganggu kehidupan seharian dengan serius.

Gangguan kecelaruan adalah penyebab utama masalah mental yang dihadapi di negara ini. Walau bagaimanapun, hanya 36.9 peratus individu yang mengalami gangguan ini telah menerima rawatan.

 

Apakah itu Kecelaruan?

Pakar perubatan telah mendefinisikan kecelaruan sebagai “satu karakter emosi yang berlaku kerana tekanan perasaan, rasa kerisauan dan perubahan fizikal seperti kenaikan tekanan darah.”

Mengetahui perbezaan antara perasaan kecelaruan yang biasa dan gangguan kecelaruan yang memerlukan rawatan kesihatan dapat membantu seseorang itu mengetahui keadaan dirinya dan membuat rawatan bagi mengatasinya.

Dalam artikel ini, kita akan melihat perbezaan antara kecelaruan biasa dan gangguan kecelaruan, jenis-jenis gangguan, dan rawatan yang ada untuk merawatnya.

 

Jenis-jenis Kecelaruan

Dalam edisi DSM yang terdahulu, gangguan kecelaruan merangkumi juga gangguan kompulsif-keterlaluan (Obsessive Compulsive Disorder) dan gangguan tekanan post-trauma (Post Traumatic Stress Disorder), serta gangguan tekanan secara mendadak. Walau bagaimanapun, manual tersebut tidak lagi merangkumi masalah-masalah kesihatan mental ini di bawah penyakit kecelaruan.

Gangguan ini kini merangkumi diagosis seperti berikut:

  • Gangguan kecelaruan am

Ini adalah gangguan kronik yang merangkumi anxiety yang melampau, kecelaruan jangka panjang dan kebimbangan mengenai perkara-perkara yang tidak spesifik berkaitan kehidupan, objek dan situasi. Ini adalah gangguan yang banyak berlaku, dan mereka yang menghidapinya biasanya sukar mengenalpasti punca berlakunya kecelaruan tersebut.

 

  • Gangguan panik

Rasa tegang dan kebimbangan secara tiba-tiba yang kemudiannya menimbulkan rasa panik.  Apabila panik, ia boleh menyebabkan keadaan menggigil, keliru, pening, rasa ingin muntah dan sukar bernafas. Serangan panik ini biasanya berlaku tiba-tiba dan akan hilang sekelip mata, dan biasanya terjadi dalam masa 10 minit. Walau bagaimanapun, ada juga serangan panik yang berlaku selama berjam-jam lamanya.

Gangguan panik ini biasanya terjadi apabila seseorang itu mempunyai pengalaman yang menakutkan atau menghadapi tekanan berterusan. Ia juga boleh terjadi secara tiba-tiba. Individu yang serangan panik ini mungkin salah dan menganggapnya sebagai satu penyakit yang boleh mengancam nyawa, dan akan membuat perubahan besar dalam kelakuan mereka untuk mengelakkan terjadinya serangan panik pada masa hadapan.

 

Punca Kecelaruan

Ianya sukar untuk mengetahui punca berlakunya gangguan kecelaruan ini. Mereka boleh berlaku serentak, ada yang boleh menyebabkan berlakunya yang lain dan ada juga yang tidak menyebabkan gangguan tersebut tanpa kehadiran penyebab yang lain.

Antara punca yang boleh menyebabkan keadaan ini adalah seperti:

  • Persekitaran yang memberi tekanan – Contohnya, seperti menghadapi kesukaran di pejabat, masalah dalam hubungan, atau masalah keluarga.
  • Genetik – Sekiranya ada ahli keluarga yang menghadapi gangguan berkenaan, maka anda juga berpotensi untuk menghidapnya.
  • Faktor perubatan – Seperti simptom penyakit yang berbeza, kesan ubat yang diambil, atau tekanan yang dialami setelah pembedahan yang intensif atau proses kesembuhan yang mengambil masa yang lama.
  • Keserasian otak – Sepertimana yang didefinisikan oleh psikologi, gangguan kecelaruan berlaku disebabkan percanggahan hormon dan signal elektrik dalam tindak balas otak kerana bahan terlarang, yang manya kesannya mungkin meningkatkan impak yang berlaku kerana sebab yang lain.

 

Simptom Kecelaruan

Walaupun beberapa diagnosis yang berbeza menunjukkan adanya gangguan kecelaruan, simptom biasa yang dihasilkan oleh gangguan berkenaan (Generalised Anxiety Disorder) termasuklah seperti berikut:

  • Kegelisahan
  • Kebimbangan yang tidak terkawal
  • Cepat berasa terganggu
  • Sukar memberi tumpuan
  • Susah tidur, seperti sukar untuk lena atau mendapatkan tidur secukupnya

Meskipun tanda-tanda ini biasa dialami dalam kehidupan seharian, mereka yang mempunyai masalah ini boleh mengalami tekanan yang amat berat atau terlalu melampau. Kecelaruan hadir secara samar-samar, kebimbangan yang tidak selesai atau kecelaruan yang terlalu teruk hingga mampu menggangu kehidupan seharian.

 

Bilakah kecelaruan ini perlu dirawat?

Walaupun kecelaruan boleh menyebabkan terjadinya tekanan, namun ia tidak selalu menjadi satu keadaan yang memerlukan rawatan perubatan. Apabila seseorang individu itu berpotensi mengalami tanda kebimbangan yang berbahaya atau merisaukan, perasaan bercelaru sebegitu bukan sahaja biasa dirasai malah diperlukan bagi menjalani kehidupan.

Sejak bermulanya kehidupan awal manusia, kehadiran pemangsa dan ancaman bahaya membuatkan badan kita sentiasa berjaga-jaga dan membuat tindakan yang boleh mencegah sesuatu. Perasaan berjaga-jaga ini boleh dikenal pasti dalam peningkatan degupan jantung, berpeluh dan rasa sensitif yang lebih pada persekitaran.

Ancaman bahaya sebegini boleh menyebabkan derauan adrenalin, iaitu sejenis hormon dan pemberi mesej kimia dalam otak, yang mana menyebabkan reaksi cemas dalam satu proses yang dipanggil tindak balas lari atau gaduh ‘fight-or-flight’. Ia membolehkan manusia bersedia untuk menghadapi apa jua halangan yang memberi ancaman atau lari daripada ancaman untuk selamat.

Bagi kebanyakan individu, berlari daripada haiwan yang besar dan ancaman bahaya bukanlah satu kebimbangan yang besar berbanding mereka yang hidup di awal zaman. Kecelaruan sekarang adalah lebih memfokuskan kepada pekerjaan, duit, kehidupan berkeluarga, kesihatan dan isu-isu penting lain yang memerlukan fokus seseorang itu tanpa keperluan untuk mengambil tindakan lari atau gaduh ‘fight-or-flight’.

Perasaan gemuruh sebelum berlakunya peristiwa penting dalam kehidupan atau sewaktu menempuhi situasi yang sukar sebenarnya adalah tindak balas semulajadi kepada tindakan asal ‘fight-or-flight’. Ia adalah perkara penting dalam menjalani kehidupan. Misalnya, rasa bercelaru takut dilanggar kereta apabila melintas jalan membuatkan seseorang itu memandang kiri dan kanan jalan sebelum melintas untuk mengelakkan sebarang bahaya.

Seterusnya, tempoh atau betapa teruk rasa kecelaruan berlaku ada kalanya lebih lama daripada yang sepatutnya. Simtom fizikal seperti peningkatan tekanan darah dan rasa loya juga boleh berlaku. Respon-respon seperti ini boleh menyebabkan kecelaruan biasa bertukar menjadi gangguan kecelaruan.

Pakar menyifatkan individu yang mempunyai gangguan ini “kerap mempunyai pemikiran yang terganggu atau kebimbangan.” Apabila kecelaruan sampai ke tahap gangguan, ia boleh mengganggu dalam kehidupan seharian kita.

 

Rawatan Kecelaruan

Rawatan akan meliputi kombinasi psikoterapi, terapi kelakuan (behavioural therapy), dan pengambilan ubat. Mereka yang bergantung pada minuman keras untuk mengatasi kemurungan, atau keadaan lain, ada masanya memberi kesan yang negatif pada kesihatan mental mereka hingga memerlukan rawatan ini ditangguhkan sehingga keadaan mereka dapat dikawal semula.

 

– Rawatan sendiri

Dalam sesetengah kes, seseorang itu boleh merawat masalah kesihatan ini di rumah tanpa pengawasan perubatan. Walau bagaimanapun, ia mungkin tidak berkesan bagi mereka yang menghidap gangguan yang teruk atau kecelaruan jangka masa panjang.

Terdapat beberapa senaman dan gerakan yang boleh dilakukan bagi membantu individu menangani gangguan kecelaruan yang tidak begitu serius atau berlaku dalam jangka masa yang pendek seperti:

  • Pengendalian tekanan

Mempelajari cara untuk mengendali tekanan membantu menghadkan potensi  berlakunya kecelaruan. Buat perancangan bagi tekanan yang bakal tiba dan juga tarikh akhir, buat susunan senarai bagi memudahkan kerja, dan ambil masa untuk ‘berehat’ daripada belajar ataupun bekerja.

 

  • Teknik berehat

Aktiviti mudah dapat membantu mengatasi tanda-tanda anxiety secara mental dan fizikal. Antara teknik yang boleh dilakukan termasuk meditasi, senaman bernafas dalam-dalam, mandi dengan lama, berehat dalam keadaan gelap dan yoga.

 

  • Melatih diri memikirkan benda-benda positif berbanding benda-benda negatif

Buat senarai perkara negatif yang boleh menyebabkan terjadinya kecelaruan, dan tulis benda-benda positif pula dalam senarai baru, yang boleh menggantikan benda-benda negatif tersebut. Mencipta imej yang anda telah berjaya mengharungi dan berdepan dengan ketakutan dan fobia yang anda alami boleh memberikan kebaikan sekiranya simptom kecelaruan itu dikaitkan dengan punca yang spesifik seperti fobia.

 

  • Kumpulan penyokong

Bercakap dengan mereka yang boleh memberi sokongan kepada anda seperti ahli keluarga atau kawan-kawan. Anda juga boleh mendapatkan bantuan daripada kumpulan penyokong di kawasan anda ataupun secara atas talian.

 

  • Bersenam

Aktiviti fizikal membantu dalam meningkatkan imej diri anda dan membebaskan bahan kimia yang dapat membuatkan anda sentiasa berfikiran positif.

 

  • Kaunseling

Cara biasa untuk merawat gangguan ini adalah mendapatkan kaunseling psikologi. Ia termasuklah melakukan terapi kelakuan-kognitif (Cognitive Behavioural Therapy), psikoterapi, atau kombinasi beberapa terapi.

Terapi kelakuan-kognitif adalah satu jenis psikoterapi yang membantu mengenali dan mengubah pemikiran yang berbahaya yang menjadi punca asas kepada kecelaruan dan perasaan kebimbangan. Dalam proses itu, pakar CBT berharap dapat mengehadkan pemikiran yang tidak elok dan mengubah cara individu yang bertindak pada objek atau situasi yang boleh menimbulkan anxiety.

Misalnya, seorang psikoterapi yang menyediakan terapi kelakuan-kognitif untuk mereka yang mempunyai gangguan panik akan membuktikan bahawa gangguan panik itu bukannya serangan jantung. Pendedahan kepada rasa takut adalah sebahagian kepada CBT. Ini menggalakkan mereka berdepan dengan rasa takut yang dialami dan membantu mengurangkan sensitiviti mereka kepada punca penyebab kecelaruan.

 

  • Pengambilan ubat

Seseorang itu boleh membantu menguruskan kecelaruan dengan mengambil beberapa jenis ubat. Antara ubat yang boleh mengawal simptom mental dan fizikal termasuklah anti-kemurungan, ‘benzodiazepines’, ‘tricyclics’ dan penghalang beta (beta-blockers).

  • Benzodiazepine – Doktor mungkin akan memberi ubat ini kepada mereka yang berdepan dengan masalah kecelaruan, tetapi ia boleh menyebabkan ketagihan yang tinggi. Ubat ini juga mempunyai beberapa kesan sampingan kecuali mengantuk dan rasa kebergantungan pada ubat. ‘Diazepam’, atau ‘valium’ adalah contoh ubat benzodiazepine yang selalu diberikan.
  • Ubat anti-kemurungan (antidepressants) – Ubat ini biasanya membantu mengatasi kecelaruan, meskipun matlamat utamanya adalah merawat kemurungan. Orang ramai biasanya mengambil ‘serotonin reuptake inhibitors (SSRI)’ yang mempunyai kesan sampingan yang kurang berbanding ubat anti-kemurungan yang lain. Ubat ini boleh menyebabkan rasa ketar, loya dan kegagalan seksual apabila rawatan bermula. Ubat-ubat anti-kemurungan yang lain termasuklah ‘fluoxetine’, atau ‘Prozac’, dan ‘citalopram’, atau ‘Celexa’.
  • Tricyclics – Ini adalah pengkelasan dadah yang memberi banyak kelebihan kepada mereka dengan masalah gangguan kecelaruan selain gangguan OCD. Ubat ini boleh memberi kesan sampingan termasuk rasa pening, mengantuk, kering mulut dan kenaikan berat badan. ‘Imipramine’ dan ‘clomipramine’ adalah antara contoh tricyclics.
  • Ubat tambahan – Tambahan ubat yang boleh diambil untuk merawat kecelaruan termasuklah Monoamine oxidase inhibitors(MAOIs), Beta-blockers dan Buspirone.

Dapatkan khidmat nasihat perubatan jika kesan sampingan ubat yang diberikan menjadi teruk.

 

Langkah Pencegahan Kecelaruan

Terdapat banyak cara untuk mengurangkan risiko mendapat gangguan kecelaruan. Ketahuilah bahawa perasaan risau dan bimbang adalah perasaan semula jadi yang berlaku dalam kehidupan seharian dan pengalaman ini tidak bermakna anda mempunyai masalah gangguan kesihatan mental.

Ambil langkah-langkah berikut untuk membantu mengatasi emosi kecelaruan yang tidak serius:

  • Kurangkan pengambilan kafein, teh, ‘cola’ dan coklat.
  • Sebelum mengambil ubat yang dibeli di kaunter atau ubat herba, periksa dengan doktor atau ahli farmasi jika ada kandungan bahan kimia di dalamnya boleh menyebabkan kecelaruan yang dialami menjadi bertambah buruk.
  • Kekalkan diet yang sihat.
  • Amalkan corak tidur yang sama setiap malam.
  • Elak mengambil minuman keras, kanabis dan dadah jenis lain.

SUMBER

https://www.webmd.com/anxiety-panic/guide/anxiety-disorders

https://www.medicalnewstoday.com/articles/323454

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/anxiety/symptoms-causes/syc-20350961

https://www.nimh.nih.gov/health/topics/anxiety-disorders/index.shtml

Summary
Kecelaruan (Anxiety) - Jenis, Punca, Simptom, Rawatan dan Langkah Pencegahan
Article Name
Kecelaruan (Anxiety) - Jenis, Punca, Simptom, Rawatan dan Langkah Pencegahan
Description
Kecelaruan adalah satu perkara yang normal dan sering dikaitkan dengan emosi sihat. Bagaimanapun, apabila seseorang itu kerap mengalami ketidakseimbangan kecelaruan, ia mungkin menjadi satu gangguan yang perlukan rawatan perubatan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: