kecederaan saraf tunjang
Kecederaan saraf tunjang adalah keadaan apabila berlakunya kerosakan pada saraf tunjang.

Kecederaan saraf tunjang adalah keadaan apabila berlakunya kerosakan pada saraf tunjang. Ia merupakan sejenis trauma fizikal yang sangat serius dan berkemungkinan mempunyai kesan berkekalan dan memberi impak penting pada kebanyakan aspek dalam kehidupan seharian.

Saraf tunjang adalah kumpulan saraf dan tisu lain yang mengandungi dan melindungi vertebra tulang belakang. Tulang belakang pula adalah tulang yang bersusun di atas satu sama lain dan membentuk tulang belakang. Ia mengandungi banyak saraf bermula dari pangkal otak di bahagian belakang serta berakhir di punggung. 

Seterusnya, saraf tunjang bertanggungjawab untuk menghantar mesej daripada otak ke seluruh bahagian badan. Ia juga menghantar mesej dari badan ke otak. Kesakitan dan keupayaan menggerakkan anggota badan adalah kesan daripada mesej yang dihantar melalui saraf tunjang.

Sekiranya saraf tunjang mengalami kecederaan, sesetengah atau semua impuls saraf tunjang tidak dapat berfungsi. Hasilnya, anda akan kehilangan deria dan pergerakan lengkap atau menyeluruh jika berlaku sebarang kecederaan. Seterusnya, kecederaan saraf tulang belakang yang berhampiran leher biasanya akan menyebabkan lumpuh di seluruh bahagian tubuh yang lebih besar berbanding di kawasan bawah belakang.

Simptom Kecederaan Saraf Tunjang

Sesetengah simptom kecederaan saraf tunjang termasuklah:

  • Masalah ketika berjalan
  • Rasa kebas atau kesemutan di kaki
  • Ketidakselesaan
  • Sakit kepala
  • Sakit, tekanan dan kebas di bahagian belakang atau leher
  • Tanda-tanda kejutan
  • Posisi kepala yang tidak normal

Punca Kecederaan Saraf Tunjang

Kecederaan saraf tunjang boleh menjejaskan tulang belakang, ligamen, cakera pada ruang tulang belakang atau pada saraf tunjang itu sendiri.

Seterusnya, kecederaan saraf tunjang yang berpunca daripada trauma mungkin disebabkan oleh pukulan yang kuat pada tulang belakang hingga mengakibatkan tulang patah, terkehel, hancur atau termampat di antara satu atau lebih vertebra anda. Selain itu, ia juga boleh berlaku kerana luka tembakan atau pisau yang menembusi dan memotong saraf tunjang anda.

Kerosakan tambahan biasanya berlaku selama beberapa hari atau beberapa minggu akibat pendarahan, pembengkakan, keradangan dan pengumpulan cecair di dalam dan di sekitar saraf tunjang anda.

Kecederaan saraf tunjang bukan trauma pula mungkin disebabkan oleh penyakit seperti artritis, kanser, keradangan, jangkitan atau degenerasi cakera tulang belakang.

Diagnosis Kecederaan Saraf Tunjang

Sekiranya anda mengalami trauma pada saraf tunjang, doktor akan memeriksa terlebih dahulu untuk memastikan saluran pernafasan pesakit masih berfungsi dengan baik, iaitu pesakit boleh bernafas dan mempunyai denyutan nadi. Langkah seterusnya adalah melihat fungsi neurologi pesakit dengan cara menguji kekuatan pesakit dan sensasi di lengan dan kakinya. Sekiranya terdapat kelemahan yang jelas atau pesakit separa sedar, pesakit akan diletakkan di dalam kolar serviks tegar dan di atas papan tulang belakang sehingga imbasan penuh telah dilakukan.

Penilaian Radiologi

Menurut sejarah, diagnosis radiologi SCI dimulakan dengan X-ray. Walau bagaimanapun, dengan kemajuan teknologi dan ketersediaan di kebanyakan hospital kini, keseluruhan tulang belakang boleh diilustrasikan dengan imbasan tomografi berkomputer (CT atau CAT scan) sebagai imbasan awal untuk mengenalpasti sebarang keretakan dan keabnormalan lain pada tulang belakang. Bagi pesakit yang disyaki mengalami kecederaan, imbasan MRI amat berguna untuk melihat saraf tunjang yang sebenar dan juga untuk mengesan sebarang darah beku, slip disk atau jisim lain yang mungkin memampatkan saraf tunjang seorang pesakit.

Faktor Risiko Kecederaan Saraf Tunjang

Walaupun kecederaan saraf tunjang kebiasaannya terjadi disebabkan kemalangan dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, faktor-faktor tertentu mungkin meningkatkan risiko anda untuk mengalami kecederaan saraf tunjang, termasuklah:

  • Seorang lelaki. Kecederaan saraf tunjang menjejaskan gologan lelaki pada jumlah yang tidak seimbang. Malah, wanita hanya tergolong dalam kira-kira 20% yang mengalami kecederaan saraf tunjang akibat trauma.
  • Berumur antara 16 hingga 30 tahun. Anda mungkin mengalami kecederaan saraf tunjang trauma jika anda berumur di antara 16 hingga 30 tahun. Umur purata pada masa kecederaan adalah 43 tahun.
  • Berumur lebih tua daripada 65. Faktor jatuh telah banyak dikenalpasti menyebabkan kecederaan pada orang dewasa yang lebih tua.
  • Terlibat dalam tingkah laku berisiko. Menyelam dalam air yang terlalu cetek, bersukan tanpa memakai peralatan keselamatan yang betul atau tidak mengambil langkah berjaga-jaga sewajarnya boleh menyebabkan kecederaan saraf tunjang. Manakala, kemalangan kenderaan bermotor adalah punca utama kecederaan saraf tunjang kepada individu di bawah umur 65 tahun.
  • Mengalami gangguan tulang atau sendi. Kecederaan yang agak ringan boleh menyebabkan kecederaan saraf tunjang jika anda mengalami gangguan lain yang mempengaruhi tulang atau sendi anda, seperti artritis atau osteoporosis.

Rawatan Kecederaan Saraf Tunjang

Malangnya, tiada cara untuk membalikkan kerosakan pada saraf tunjang. Tetapi, penyelidik masih terus berusaha untuk mencari rawatan baru, termasuklah pengguanaan prostesis dan pengambilan ubat-ubatan yang boleh menggalakkan pertumbuhan sel saraf atau memperbaiki fungsi saraf yang kekal selepas kecederaan saraf tunjang.

Sementara itu, rawatan kecederaan saraf tunjang pula memberi tumpuan kepada pencegahan kecederaan selanjutnya dan menyembuhkan individu dengan kecederaan saraf tunjang supaya dapat kembali kepada kehidupan yang aktif dan produktif.

Tindakan kecemasan

Perhatian perubatan segera adalah penting untuk meminimumkan sebarang kesan trauma di  kepala atau leher. Oleh itu, rawatan biasanya bermula di tempat kejadian.

Rawatan kecemasan biasanya dapat menyembuhkan tulang belakang secara perlahan-lahan dan cepat dengan menggunakan kolar leher tegar dan papan tulang belakang tegar yang akan digunakan untuk mengangkut anda ke hospital.

Tahap rawatan awal (akut)

Di dalam bilik kecemasan, doktor memberi tumpuan untuk:

  • Mengekalkan keupayaan anda untuk bernafas
  • Mencegah kejutan
  • Menghentikan pergerakan leher untuk mengelakkan kerosakan saraf tunjang
  • Mengelakkan komplikasi yang berkaitan, seperti najis atau pembendungan air kencing, kesukaran untuk bernafas atau masalah kardiovaskular serta pembentukan darah beku dalam urat kaki

Antara rawatan yang dilakukan termasuklah:

  • Penggunaan ubat-ubatan. Intravena (IV) methylprednisolone (Solu-Medrol) telah digunakan sebagai pilihan rawatan untuk kecederaan saraf tunjang akut pada masa dahulu. Tetapi, penyelidikan terkini telah menunjukkan bahawa kesan sampingan yang mungkin terjadi adalah seperti darah beku dan keradangan paru-paru akibat terlebih dos ubat. Oleh sebab itu, methylprednisolone tidak lagi disyorkan untuk kegunaan rutin selepas kecederaan saraf tunjang.
  • Kelumpuhan pergerakan. Anda mungkin memerlukan daya tarikan untuk menstabilkan tulang belakang anda supaya dapat mengekalkan tulang belakang ke penjajaran yang betul atau kedua-duanya sekali. Dalam sesetengah kes, kolar leher tegar mungkin berkesan. Atau, katil istimewa juga boleh membantu menyembuhkan tubuh anda.
  • Pembedahan. Biasanya pembedahan diperlukan untuk menyingkirkan serpihan tulang, objek asing, merawat slip disk atau keretakan vertebra yang boleh memampatkan tulang belakang. Pembedahan juga mungkin diperlukan untuk menstabilkan tulang belakang bagi mencegah kesakitan atau kecacatan pada masa akan datang.
  • Rawatan eksperimen. Para saintis masih cuba mencari cara untuk menghentikan sebarang kematian sel, mengawal keradangan dan menggalakkan pertumbuhan semula saraf. Sebagai contoh, pada satu saat doktor akan menurunkan suhu badan pesakit dengan ketara. Keadaan tersebut dikenali sebagai hipotermia bagi membantu mencegah keradangan yang merosakkan selama 24 hingga 48 jam. Bertanyalah pada doktor anda jika rawatan sedemikian tersedia.

Jika anda mengalami kecederaan saraf tunjang, anda biasanya akan dimasukkan ke unit rawatan intensif untuk mendapatkan rawatan. Anda juga mungkin dipindahkan ke pusat kecederaan tulang belakang setempat yang mempunyai pasukan ahli bedah saraf, pakar bedah ortopedik, pakar perubatan saraf tunjang, ahli psikologi, jururawat, ahli terapi dan pekerja sosial yang mempunyai kepakaran.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/spinal-cord-injury/symptoms-causes/syc-20377890

https://www.healthline.com/health/spinal-injury

https://www.medicinenet.com/spinal_cord_injury_treatments_and_rehabilitation/article.htm

Summary
Kecederaan Saraf Tunjang (Spinal Cord Injury) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Kecederaan Saraf Tunjang (Spinal Cord Injury) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Kecederaan saraf tunjang merupakan sejenis trauma fizikal yang serius dan boleh menjejaskan kebanyakan aspek dalam kehidupan seharian.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: