kecacatan septum atrioventrikular
Kecacatan septum atrioventrikular adalah gabungan masalah jantung yang mengakibatkan kecacatan di tengah-tengah jantung.

Kecacatan septum atrioventrikular adalah gabungan masalah jantung yang mengakibatkan kecacatan di tengah-tengah jantung. Keadaan ini berlaku apabila ada lubang di antara ruang jantung dan masalah dengan injap yang mengawal aliran darah di dalam jantung.

Kadangkala, ia dipanggil sebagai kecacatan kusyen endokardial atau kecacatan septal kanal dan ia berlaku semasa lahir (kongenital). Masalah ini juga sering dikaitkan dengan sindrom Down.

Selain itu, kecacatan septum atrioventrikular akan membenarkan darah berlebihan mengalir ke dalam paru-paru. Keadaan ini akan memaksa jantung untuk bekerja lebih keras dan menyebabkan otot jantung memperbesar.

Kecacatan ini boleh menyebabkan kegagalan jantung dan tekanan darah tinggi di dalam paru-paru. Doktor biasanya akan mengesyorkan prosedur pembedahan pada tahun pertama kehidupan untuk menutup lubang di dalam jantung dan bagi membina injap tersebut semula.

Simptom Kecacatan Septum Atrioventrikular

Kecacatan septum atrioventrikular hanya melibatkan dua ruang atas jantung (separa) atau empat ruang (lengkap). Dalam kedua-dua jenis, darah tambahan beredar di dalam paru-paru.

Punca Kecacatan Septum Atrioventrikular

Kecacatan septum atrioventrikular berlaku sebelum kelahiran iaitu ketika jantung bayi masih berkembang. Sesetengah faktor seperti down sindrom mungkin meningkatkan risiko berlakunya kecacatan sebegini. Namun begitu, punca umumnya masih tidak diketahui.

Bagaimana jantung yang normal berfungsi?

Jantung dibahagikan kepada empat ruang, dua di sebelah kanan dan dua di sebelah kiri.

Bahagian kanan jantung anda mengalirkan darah ke dalam saluran yang menuju kepada paru-paru. Di sana, oksigen akan memperkayakan darah. Darah yang diperkaya dengan oksigen kemudian akan mengalir kembali ke bahagian kiri jantung anda dan dipam ke dalam bekas besar (aorta) yang mengalirkan darah ke seluruh badan anda.

Injap pula berfungsi untuk mengawal aliran darah yang masuk dan keluar dari ruang jantung anda. Ia akan terbuka untuk membolehkan darah bergerak ke ruang seterusnya atau ke salah satu arteri, dan tutup untuk menghalang darah daripada mengalir ke belakang.

Apa yang berlaku dalam kecacatan septum atrioventrikular?

Dalam kecacatan semptum atrioventrikular yang separa:

  • Terdapat lubang di dinding (septum) yang memisahkan ruang atas (atria) jantung.
  • Biasanya, injap antara ruang kiri atas dan bawah (injap mitral) juga mempunyai kecacatan yang menyebabkan ia bocor (regurgitasi injap mitral).

Dalam kecacatan saluran atrioventrikal yang lengkap pula:

  • Terdapat lubang besar di tengah-tengah jantung di mana dinding antara atria dan ruang bawah (ventrikal) bertemu. Campuran darah yang kaya oksigen dan oksigen akan melalui lubang tersebut.
  • Berbanding injap yang berasingan di sebelah kanan dan kiri, terdapat satu injap besar di antara ruang atas dan bawah.
  • Injap yang tidak normal akan membuang darah ke dalam ventrikal.
  • Jantung kemudian akan dipaksa bekerja lebih keras dan membesar.

Diagnosis Kecacatan Septum Atrioventrikular

Sekiranya kecacatan septum atrioventrikular anda adalah besar, doktor mungkin boleh mendengar degupan jantung yang tidak normal ketika mendengar jantung anda. Dalam kes yang lebih kecil, keadaan ini tidak boleh didengar.

Memandangkan banyak individu dengan ASD jenis sekundum tidak mempunyai gejala yang ketara, masalah ini mungkin tidak dijumpai sehingga zaman kanak-kanak yang lewat atau setelah meningkat dewasa.

Seterunsya, ujian diagnostik yang paling biasa digunakan untuk mengesahkan masalah kecacatan jantung ini adalah melalui ekokardiogram atau ultrabunyi jantung. Ujian lain yang mungkin perlu anda lakukan mungkin termasuk:

  • Sinar-X (X-Ray) dada.
  • Elektrokardiogram (EKG).
  • Imbasan pengimejan magnetik resonan (MRI scan) kardiak.
  • Transesofageal Eko (transesophageal – TEE).
  • Pengkateteran jantung.

Faktor Risiko Kecacatan Septum Atrioventrikular

Faktor-faktor yang mungkin meningkatkan risiko bayi mendapat kecacatan septum atrioventrikular sebelum kelahiran termasuk:

  • Down Sindrom .
  • Rubella atau penyakit virus lain semasa mengandung.
  • Pengambilan minuman keras semasa kehamilan.
  • Kencing manis yang tidak dikawal semasa hamil.
  • Merokok semasa kehamilan.
  • Ubat-ubatan tertentu yang diambil semasa mengandung – berbincang dengan doktor dahulu sebelum mengambil sebarang ubat semasa mengandung atau jika anda cuba hamil.
  • Mempunyai ibu bapa dengan masalah kecacatan jantung kongenital.

Rawatan Kecacatan Septum Atrioventrikular

Rawatan untuk kecacatan septum atrioventrikular bergantung kepada umur semasa didiagnosis, bilangan atau keparahan gejala, saiz lubang dan kehadiran keadaan lain. Kadangkala, pembedahan diperlukan untuk membaiki lubang. Ubat-ubatan juga mungkin ditetapkan untuk membantu merawat gejala. Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada ubat yang diketahui boleh membaiki lubang tersebut.

Jika seseorang kanak-kanak didiagnosis dengan kecacatan ini, pakar perubatan mungkin ingin memantaunya untuk seketika bagi melihat jika lubang itu tertutup dengan sendirinya. Dalam tempoh ini, mereka mungkin merawat gejala itu dengan ubat.

Selain itu, pakar perubatan juga boleh mengesyorkan kecacatan septum atrioventrikular ditutup bagi kes yang besar, walaupun gejalanya adalah sedikit agar dapat mengelakkan masalah pada masa hadapan. Penutupan juga boleh disyorkan untuk orang dewasa yang mempunyai gejala yang banyak atau serius.

Seterusnya, penutupan lubang ini boleh dilakukan melalui prosedur pengkateteran jantung atau pembedahan terbuka. Selepas prosedur dibuat, penjagaan susulan diperlukan bergantung kepada saiz kecacatan jantung, umur seseorang serta sama ada individu itu mempunyai kecacatan kelahiran yang lain atau tidak. 

KREDIT: Sumber gambar diambil daripada https://medmovie.com/library_id/3090/topic/cvml_0049a/

Sumber:

http://www.childrenshospital.org/conditions-and-treatments/conditions/a/atrioventricular-canal-defect/symptoms-and-causes

https://rarediseases.org/rare-diseases/atrioventricular-septal-defect/

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/atrioventricular-canal-defect/symptoms-causes/syc-20361492

https://www.cdc.gov/ncbddd/heartdefects/avsd.html

Summary
Kecacatan septum atrioventrikel (Atrioventricular septal defect) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Kecacatan septum atrioventrikel (Atrioventricular septal defect) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Kecacatan septum atrioventrikular adalah gabungan masalah jantung yang mengakibatkan kecacatan di tengah-tengah jantung.
Publisher Name
Ceria SIhat
Tagged: