Kebaikan susu ibu
Susu ibu bukan sahaja mengandungi protein, mineral, vitamin, lemak yang seimbang sesuai dengan keperluan bayi anda, susu ibu juga mengandungi beribu agen pelindung, faktor pertumbuhan dan pelbagai sel yang menentang jangkitan, membantu pembentukan otak, malah susu ibu juga adalah asas kepada kesihatan masa depan bayi dan juga kesihatan anda, ibunya.

Kebaikan susu ibu bukan sahaja meliputi protein, mineral, vitamin, lemak yang seimbang sesuai dengan keperluan bayi anda, susu ibu juga mengandungi beribu agen pelindung, faktor pertumbuhan dan pelbagai sel yang menentang jangkitan, membantu pembentukan otak, malah susu ibu juga adalah asas kepada kesihatan masa depan bayi dan juga kesihatan anda, ibunya.

Disaat anda disahkan mengandung, ketika itulah tubuh anda mengalami perubahan. Dalam masa sebulan sahaja tubuh anda sudah bersedia untuk memulakan penyusuan bayi.

Susu ibu dihasilkan khas untuk bayi anda. Pada setiap peringkat kehidupan bayi sehingga kepada membesar sebagai kanak-kanak kecil dan kandungan susu ibu juga berubah-ubah setiap hari, sesuai kepada keperluan bayi sehari-hari.

Susu ibu adalah susu yang terlalu banyak khasiat buat bayi anda sehinggakan sekumpulan pengkaji sibuk mengkaji khasiat serta kandungan susu ajaib ini. Mereka bukan sahaja mengkaji malahan mereka juga gigih untk mencari cara baru bagi mengetahui kandungan susu ibu.

Contohnya, adakah anda tahu?

  • Susu ibu bukan sahaja bertindak sebagai makanan bayi: pada saat bayi dilahirkan sehingga beberapa minggu, susu ibu bertidak sebagai pelindung bayi anda dengan membina sistem imunisasi dan sistem pencernaan bayi anda.
  • Para pengkaji masih mengkaji, adakah hormon baru yang dijumpai didalam susu ibu dapat membantu melindungi bayi dari obesiti pada masa akan datang
  • Susu ibu mengandungi pelbagai sel hidup termasuk sel stem yang dimana sel ini diakui mempunyai kebolehan untuk berkembang menjadi sel-sel baik yang lain
  • Ketika anda atau bayi jatuh sakit, tubuh ibu akan menghasilkan susu yang mengandungi lebih banyak antibodi dan sel darah putih bagi menentang jangkitan
  • Menyusukan bayi dengan susu ibu dapat mengurangkan risiko bagi ibu dan bayi menghidap diabetes jenis-2
  • Kajian menunjukkan bahawa bayi yang diberi susu ibu adalah lebih cemerlang di sekolah

Kebaikan susu ibu dalam jangka masa panjang:

  • Dua tahun pertama bayi anda; adalah tahun yang sangat penting buat bayi anda. Dengan memberi susu ibu, ia akan menjadi bahan asas yang terbaik kepada kesihatan bayi anda pada masa akan datang.
  • Badan-badan kesihatan sedunia bersetuju dengan kenyataan ini kerana dalam tempoh dua tahun pertama adalah tempoh dimana nutrisi baik diperlukan bagi membina sel otak bayi, membantu pertumbuhan, menambah baik pembelajaran serta mengurangkan risiko dijangkiti diabetes jenis-1 dan jenis-2 dan juga obesiti
  • Ini mungkin kedengaran menyeramkan, namun ketahuilah bahawa perjalanan penyusuan bayi adalah berbeza bagi setiap ibu dan setitik air susu ibu itu adalah terlalu besar maknanya buat bayi anda

Menyusukan bayi pada umur enam bulan ke atas

  • Pada umur ini, bayi anda mungkin sudah mempunyai sebatang gigi dan mula mengambil makanan pepejal. Namun itu bukan bermakna bayi anda bersedia untuk berhenti menyusu.
  • Organisasi Kesihatan Sedunia (World Health Organisation) memgesyorkan agar bayi anda diberi susu ibu sehingga berumur dua tahun atau lebih serta diberi makananan pepejal sebagai makanan pelengkap.
  • Sebenarnya, gigi awal bagi kanak-kanak yang digelar “gigi susu” adalah kerana evolusi penyusuan susu ibu adalah sehingga bayi berusia tujuh tahun yang dimana ketika umur tersebut adalah permulaan gigi susu anak anda gugur.
  • Pada zaman kuno, terdapat banyak sebab mengapa bayi diberi susu ibu untuk satu tempoh yang lama. Dengan menganalisis tulang-temulang bayi disuatu kawasan tinggalan zaman Inggeris pertengahan, ahli arkeologi mendapati walaupun sekumpulan penduduk mengalami kekurangan nutrisi serta tiada bekalan air bersih, namun kanak-kanak yang terdapat di dalam kumpulan itu membesar dan berkembang maju sama seperti dengan keadaan kanak-kanak sekarang; di UK, selagi mana mereka diberi susu ibu. Ketika dihentikan pemberian susu ibu sekitar umur 18 bulan, pertumbuhan kanak-kanak menjadi perlahan dan ramai yang jatuh sakit. Itulah kebaikan susu ibu; melindungi kanak-kanak.
  • Kini, penyusuan susu ibu dilanjutkan bagi menjaga kesihatan dalam tempoh jangkamasa panjang dan pelbagai kajian boleh membuktikannya. Pada umur bayi anda mencecah 6 bulan, mereka perlu diberi makanan pepejal bagi membantu membina nutrien lain seperti zat besi, zink, vitamin B dan D. Makanan pepejal ini adalah makanan pelengkap bagi bayi anda dan bukan sebagai pengganti susu.
  • Walaupun ketika bayi anda sudah mula makan makanan keluarga, bayi anda masih mendapat kebanyakkan nutrien dari susu ibu. Pada umur 7 bulan, 93% dari kalori adalah daripada susu ibu dan diantara umur 11 sehingga 16 bulan, susu ibu masih menghasilkan separuh kalori dari keperluan harian bayi.
  • Penyusuan susu ibu dalam satu tempoh yang lama dapat membantu mengurangkan bayi daripada jangkitan saluran pernafasan, cirit birit, diabetes jenis-1 dan obesiti. Penyusuan lebih 6 bulan menunjukkan bahawa ia dapat melindungi bayi anda dari serangan kanser seperti limfositik leukemia akut dan limfoma Hodgkin.
  • Walau begitu, penyusuan susu ibu melebihi 6 bulan tidak bermaksud penyusuan sebanyak 10-12 kali sehari, seperti ketika bayi lebih kecil. Ibu boleh memilih waktu yang sesuai dan bertepatan dengan gaya hidup serta berapa lama anda boleh memberi susu. Bagi sesetengah ibu, waktu yang sesuai adalah pada waktu malam sebelum tidur dan waktu pagi sebelum masuk kerja atau sebaik balik dari kerja. Apapun caranya, dengan memberi susu ibu, anda sedang memberi bayi anda perlindungan berterusan dimana hanya susu ibu sahaja yang dapat menghasilkan perlindungan tersebut.
  • Khasiat ini tidak terhenti kepada bayi anda selagi anda menyusukan bayi dengan susu ibu, ia dapat mengurangkan risiko jangkitan kanser payudara, kanser rahim dan kanser ovari, penyakit jantung, strok dan diabetes type-2. Tambahan pula, terdapat kajian yang menunjukkan BMI bagi seorang ibu menyusu adalah 1% lebih rendah pada setiap 6 bulan beliau menyusukan bayi.
  • Jika fakta ini belum cukup hebat, selepas 6 bulan penyusuan, ibu-ibu akan mendapati cara ini adalah pilihan yang paling selesa. Anda tidak perlu steril pelbagai kelengkapan penyusuan. Payudara anda juga mungkin akan kembali kepada bentuk asal seperti sebelumnya, namun masih dapat menghasilkan susu yang bayi perlukan, sudah tentu jika diamalkan dengan cekap.

SUMBER

https://www.healthline.com/nutrition/11-benefits-of-breastfeeding

https://www.parents.com/baby/breastfeeding/basics/the-benefits-of-breastfeeding

https://raisingchildren.net.au/newborns/breastfeeding-bottle-feeding/about-breastfeeding/breastmilk-breastfeeding-benefits

https://www.happyfamilyorganics.com/learning-center/mama/breast-milk-benefits/

Summary
Kebaikan penyusuan susu ibu yang jarang dikongsi
Article Name
Kebaikan penyusuan susu ibu yang jarang dikongsi
Description
Bacalah semua maklumat mengenai kebaikan susu ibu yang bukan sahaja mengandungi protein, mineral, vitamin, lemak yang seimbang tetapi juga mengandungi beribu agen pelindung.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: