sengkuang cina
Sengkuang cina ini berasal dari Asia dan merupakan ramuan biasa dalam pelbagai masakan Cina. Tapi, ia masih boleh dinikmati oleh masyarakat lain juga.

Walaupun ia disebut ‘water chestnut’ dalam bahasa Inggerus, namun sengkuang cina atau ‘water chestnut’ ini sama sekali tidak mempunyai perkaitan dengan keluarga kekacang. Ia adalah sejenis sayur umbi akuatik yang tumbuh di paya, kolam, sawah dan tasik cetek.

Seterusnya, sengkuang cina ini berasal dari Asia dan merupakan ramuan biasa dalam pelbagai masakan Cina. Tapi, ia masih boleh dinikmati oleh masyarakat lain juga dengan cara tersendiri.

Di China pula, mereka sering dimakan secara mentah sebagai makanan ringan atau dinikmati sedikit manis sebagai hidangan yang enak.

Apakah itu sengkuang cina?

Sengkuang cina pada awalnya dikaitkan dengan kualiti kandungannya yang digunakan sebagai perubatan tradisional Cina (TCM). Ia kaya dengan protein, serat,  carotene, vitamin C, vitamin E dan unsur lain seperti kalsium, fosforus, potassium dan magnesium yang dapat mencegah penyakit berjangkit dan meningkatkan kualiti tubuh anda.

Masyarakat di Utara China kadangkala menyebutnya sebagai ‘ginseng selatan’ kerana fungsinya yang seperti memberi kesan positif pada badan seperti penggunaan ginseng lain.

Selain itu, tidak seperti sayur-sayuran lain, sengkuang cina ini adalah unik kerana mereka dapat mengekalkan kerangupan yang berbeza walaupun setelah dimasak atau dibungkus dalam tin. Ini berlaku disebabkan struktur kimia mereka. Dinding sel sayurannya saling berkaitan, dan sebatian seperti asid ferulic membantu memberikan kekuatan agar ia tidak menjadi terlalu lembut walaupun setelah dimasak.

Mengapakah sengkuang cina baik untuk kesihatan anda?

1. Menggalakkan penurunan berat badan

Sengkuang cina rendah kalori tetapi tinggi dengan nutrien yang penting untuk badan. Ini menjadikan mereka satu tambahan yang baik dalam diet penurunan berat badan secara sihat. Selain itu, sebilangan besar karbohidrat dalamnya juga sebenarnya adalah dalam bentuk serat, yang bergerak ke seluruh badan tanpa dicerna untuk memenuhkan perut dan pada masa sama membuatkan anda berasa kenyang lebih lama.

Bukan itu sahaja, buah ini juga mempunyai kandungan air yang tinggi. Sebenarnya, mereka terdiri daripada sekitar 74 peratus air. Kajian menunjukkan bahawa makan lebih banyak makanan dengan ketumpatan tenaga yang rendah, seperti sengkuang cina ini dapat mengurangkan pengambilan kalori untuk mendorong proses penurunan berat badan.

2. Menyokong sistem penghadaman yang sihat

Sengkuang cina adalah sumber serat yang hebat, iaitu boleh memenuhi 12 peratus keperluan serat harian anda dalam satu hidangan sahaja. Serat bergerak melalui badan tanpa dicerna, bagi meningkatkan keteraturan dan mengoptimumkan proses pencernaan yang berlaku.

Malah, kajian menunjukkan bahawa meningkatkan pengambilan serat dapat memberi banyak manfaat kesihatan. Sebenarnya, pengambilan beberapa hidangan tambahan serat dalam makanan juga dapat membantu dalam merawat keadaan berkaitan pencernaan seperti buasir, ulser usus, divertikulitis dan penyakit refluks gastroesofagus.

3. Melambatkan pertumbuhan tumor

Sengkuang cina ini juga mengandungi antioksida yang disebut ‘acid ferulic’. Terdapat beberapa bukti bahawa asid ini dapat membantu mengurangkan atau melambatkan pertumbuhan sel kanser. Sebagai contoh, kajian tabung uji kanser payudara mendapati bahawa asid ‘ferulic’ membantu membunuh dan mengurangkan kadar pertumbuhan sel.

Walau bagaimanapun, lebih banyak penyelidikan perlu dibuat pada manusia untuk menentukan sama ada sebatian dalam buah ini benar-benar dapat membantu melawan kanser.

4. Membekalkan antioksida

Sengkuang cina adalah sumber antioksida yang sangat baik. Antioksida membantu sistem imun tubuh melawan radikal bebas, molekul yang berpotensi menjadi berbahaya. Apabila radikal bebas terkumpul hingga tahap tertentu, ia dapat menyebabkan keadaan tekanan oksidatif, yang mempengaruhi sistem pertahanan semula jadi tubuh dan merosakkan sel.

Tekanan oksidatif dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit kronik, termasuk kanser. Walau bagaimanapun, beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa antioksida yang terdapat dalam kulit sengkuang ini dapat membantu meneutralkan kesan radikal bebas pada tubuh manusia.

5. Digunakan dalam perubatan tradisional

Sengkuang cina kaya akan nutrien penting yang menjadikannya antara alat berguna dalam tujuan perubatan. Atas sebab ini, buah ini dianggap sebagai ruji dalam banyak cabang perubatan tradisional.

Malah, ada juga yang mengatakan bahawa ia berguna untuk menyembuhkan penyakit kuning pada bayi kerana komponennya yang bermanfaat. Selain itu, ia juga boleh diambil oleh ibu untuk menambahkan nutrien pada susu ibu. Ini akhirnya membantu menurunkan penyakit kuning pada bayi dengan lebih cepat.

Bagaimana untuk menggunakan atau menikmati buah ini?

Sengkuang cina adalah makanan lazat yang sememangnya digemari oleh masyarakat di negara-negara Asia. Mereka sangat serba boleh dan boleh dinikmati secara mentah, direbus, digoreng, panggang, sebagai acar atau manisan.

Ia juga dapat dinikmati dengan segar setelah mencuci dan mengelupas kulitnya, kerana ia mempunyai isi yang manis, seperti epal. Menariknya, isinya masih kekal rangup walaupun sudah dididihkan atau digoreng.

Anda juga boleh memarut dan menambahkannya ke dalam hidangan kari, salad dan kaserol atau menggunakan jenis kering sebagai alternatif untuk tepung biasa. Semasa memasaknya dengan bahan-bahan lain, pastikan untuk menambahkannya di akhir proses memasak untuk memastikan kerangupan mereka dikekalkan.  

Sekarang, anda juga boleh mendapatkannya dalam minuman dalam tin jadi ini adalah pilihan yang lebih baik jika anda terlalu malas untuk mengupas kulitnya sebelum makan. Hanya tuangkan jus ke dalam cawan dan tambahkan sedikit ais sebelum menikmatinya.

SUMBER

https://www.healthline.com/nutrition/water-chestnuts

https://chinafoodingredients.com/2019/10/01/water-chestnut-another-very-chinese-ingredient/

https://draxe.com/nutrition/water-chestnuts/

Summary
Kebaikan sengkuang cina untuk kesihatan dan cara memakannya
Article Name
Kebaikan sengkuang cina untuk kesihatan dan cara memakannya
Description
Sengkuang cina ini berasal dari Asia dan merupakan ramuan biasa dalam pelbagai masakan Cina. Tapi, ia masih boleh dinikmati oleh masyarakat lain juga.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: