kacang parang
Kacang parang atau nama spesifiknya adalah Canavalia gladiata adalah spesis tahunan, domestik, memanjat, berbunga, kekacang herbarium

Kacang parang atau nama spesifiknya adalah Canavalia gladiata adalah spesis tahunan, domestik, memanjat, berbunga, kekacang herbarium dalam genus Canavalia (keluarga kacang, Fanaceae).

Berasal daripada rantau Amerika tropika dan India Barat, buah – buahan digunakan sebagai sayur – sayuran di Afrika dan Asia.

Ia digunakan sebagai tonik dalam ubat tradisional Cina (CTM) dan dilihat secara meluas merawat pelbagai penyakit berbeza dan masalah kesihatan seperti nasosinusitis.

Kacang parang dikenali sebagai keluarga kacang soya. Malah kandungan nutrisinya juga mempunyai kandungan yang sama seperti kacang soya.

Ini merupakan kandungan nutrisi kacang parang yang memberikan kebaikan kesihatan kacang parang seperti berikut :

Protein17 gram
Lemak15 gram
Lemak Tepu7 gram
Karbohidrat36 gram
Fiber5 gram
Tenaga340 kcal
Gula10 gram
Sodium300 mg
Kandungan Nutrisi – 70 gram Kacang Parang

Kebaikan Kesihatan

– Menurunkan tahap gula dalam darah

Kacang parang yang diproses dalam bentuk tepung, ia sangat bagus kerana ia membuatkan kandungan protein yang selalunya 27% boleh meningkat menjadi 33%, berdasarkan kajian Ahmad Nafi terhadap 3 jenis Canavalia gladiata.

Beliau menyimpulkan bahawa ia mempunyai kandungan protein tinggi yang boleh menjadi makanan baru dan juga penawar untuk diabetes.

Beliau menambah lagi, ujian kacang ini terhadap tikus menunjukkan tepung kacang parang boleh menurunkan tahap gula dalam darah dengan 21.89% dalam masa 4 minggu. Anda boleh membaca kelebihan diet vegetarian untuk diabetes.

– Menurunkan risiko kanser

Kacang parang membantu menurunkan risiko seseorang mengalami kanser. Ia mengandungi anti oksidan yang melindungi sel daripada menjadi mutasi. Selain itu, kacang parang mempunyai ciri anti radang.

Pakar mengatakan bahawa kanser bukan hanya masalah yang boleh diatasi daripada keradangan tetapi juga diabetes, arthritis dan penyakit jantung.

– Snek untuk berdiet

Siapa tidak mahukan hidup yang sihat. Untuk mendapatkan hidup yang sihat, ada di antara kita yang melakukan program diet.

Tetapi diet yang bagus akan memberikan hasil yang baik tanpa kesan sampingan negatif. Justeru itu penting untuk memilih diet yang sihat dan baik.

Disebabkan itu sesetengah individu diet memilih untuk memakan kacang parang sebagai snek diet mereka. Kenapa? Kandungan nutrisinya kaya dengan protein dan seimbang dari segi lemak dan serat.

Kandungannya bukan sahaja sesuai untuk diet diabetik yang boleh membuatkan badan mereka terasa kenyang seperti khasiat yang diketahui tentang timun untuk diet dan keseluruhan kesihatan.

Kajian yang dijalankan oleh Harvard University menunjukkan kacang tersebut sesuai menjadi sebahagian daripada program diet disebabkan kandungan lemak dan kalorinya yang agak seimbang.

– Meningkatkan kesihatan usus

Kacang parang kaya dengan serat, mengambilnya boleh membantu anda menyingkirkan toksin dan bahan perbuangan di dalam usus.

Tidak perlu dikatakan lagi, kacang parang membantu dalam pencegahan sembelit dan pembengkakan abdomen, begitu juga dengan masalah lain yang berkaitan dengan sistem pencernaan.

– Mengelakkan risiko penyakit jantung

Kandungan lemak tak tepu yang ada dalam kebaikan kesihatan kacang parang dilihat sangat penting bagi memastikan kesihatan jantung di tahap yang baik.

Tambahan lagi, ditambah dengan kandungan protein dan serat di dalam kacang ini mempunyai peranan penting dalam pelarasan kolesterol dan tahap gula dalam darah.

– Meningkatkan jisim otot

Semua orang tahu protein adalah sesuatu yang penting untuk pembentukan dan membaiki otot. Mempunyai otot yang besar adalah penting untuk kekuatan dan ketahanan.

Ia memberi faedah pada sesiapa yang mahu mengekalkan berat ideal lengkap mereka kerana otot membakar kalori yang banyak pada setiap masa.

– Mengurangkan risiko darah tinggi

Penyakit yang betul – betul berkaitan dengan keadaan kitaran darah dan kesihatan jantung menjadi satu penyakit yang boleh dielakkan dengan pengambilan kacang ini.

Kandungan kacang kaya dengan protein dan serta mudah larut membuatkan peredaran darah kepada jantung menjadi lebih mudah, disokong dengan fungsi jantung yang normal akan membuatkan risiko tekanan darah tinggi boleh berkurangan.

– Menguatkan sistem imun

Selain khasiat lain, kacang ini juga mengandungi jumlah vitamin C yang baik, di mana merupakan vitamin paling penting untuk membuatkan sistem imun lebih berkebolehan melindungi badan menentang penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma seperti bakteria dan virus.

Terutamanya apabila musim selesema menghampiri, memasukkan kacang parang dalam sebahagian diet pemakanan anda boleh menjadikan hidangan anda sangat berkhasiat.

– Menghasilkan kulit yang cantik

Vitamin C adalah penting untuk memastikan kulit sihat dan cantik. Hal ini kerana nutrien ini penting untuk penumbuhan sel kulit baru. Dengan mengambil kacang ini pastinya membantu kulit anda menjadi cantik.

Selain itu, ia bertindak sebagai anti oksidan yang meneutralkan radikal bebas. Vitamin C adalah penting untuk penghasilan kolagen, jenis protein yang menganjalkan kulit.

– Mengekalkan fungsi sistem saraf pusat

Kacang parang juga kaya dengan zat besi, magnesium, potasium, fosforus, tembaga, thiamin dan vitamin B1. Kacang parang mengandungi khasiat vitamin B terutama vitamin B1 yang berdasarkan kajian diperlukan untuk mengekalkan fungsi saraf pusat.

Kacang parang sangat berkhasiat untuk tubuh kita tetapi hati – hati kacang parang tidak sesuai untuk pesakit yang menghidap penyakit kekurangan G6PD. Dapatkan nasihat daripada dahulu tentang kebaikan, kesan sampingan kacang parang terhadap keadaan kesihatan anda bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

SUMBER

https://health.chinaabout.net/3-health-benefits-of-sword-beans-ben-cao-medical-book/

https://drhealthbenefits.com/food-bevarages/nuts/health-benefits-of-sword-bean

https://www.healthbenefitstimes.com/jack-beans/

Summary
Kebaikan Kesihatan Kacang Parang Yang Anda Tidak Tahu
Article Name
Kebaikan Kesihatan Kacang Parang Yang Anda Tidak Tahu
Description
Kacang parang adalah spesis tahunan, domestik, memanjat, berbunga, kekacang herbarium. Ia diketahui mempunyai banyak khasiat kepada kesihatan kita.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: