jiran

Mengenali jiran anda memberi banyak manfaat, termasuklah penambahan keselamatan dan penglibatan di dalam majlis-majlis komuniti yang ada.

Jiran yang bantu sanggup menghuurkan bantuan, samada anda perlukan telur atau bahu untuk menangis. Persahabatan ini akan mengingatkan anda bahawa anda dikelilingi oleh orang yang baik di waktu senang dan susah.

KEBAIKAN BERJIRAN

1. Mata kedua untuk rumah dan keluarga anda

Salah satu kelebihan terbesar mengenali jiran anda dalah anda boleh meningkatkan keselamatan rumah. Jiran anda adalah saksi pertama jika terdapat sesiapa yang diragui berada dekat di kawasan rumah.

Kerana jiran tahu akan rutin anda setiap hari. Terdapat banyak jiran telah berjaya mematahkan jenayah kecil kerana rasa tanggungjawab mereka. Senario lain adalah melibatkan kepemergian anda ke sesuatu tempat dan mereka melaporkan sekiranya terdapat aktiviti meragukan kepada polis.

2. Mempertingkat kehidupan sosial

Makan-makan, majlis keramaian, parti kolam, permainan di waktu petang dan majlis sosial lain kebanyakannya dibuat di kawasan bersosial. Kehidupan sosial keluarga anda akan meningkat dan hubungan bermakna akan terjalin apabila anda ada interaksi rapat dengan jiran.

Persekitaran jiran yang ramah-mesra mendorong anda dan keluarga untuk keluarga berseronok dan jumpa dengan orang baru.

3. Menghulurkan bantuan

Sangat bermanfaat untuk cipta dan kekalkan sikap ramah bersama jiran anda. Jiranlah yang akan selamatkan anda dengan lawatan rawak ke pasaraya, samada anda perlukan bahan-bahan untuk resepi baru ataupun sabun basuh pinggan sudah habis.

Bila keluarga sebelah rumah perlukan sesuatu, anda balas balik jasa baik mereka. Beri mereka makanan dari resepi yang mereka bantu siapkan atau tinggalkan kad ucapaan sebagai tanda terima kasih atas kebaikan mereka.

4. Saling bertukar tugas dan tanggungjawab

Anda sedia maklum akan kebaikan berjiran apatah lagi jika mereka mempunyai gaya hidup yang sama seperti anda. Anda boleh pandu hanya satu kereta dan saling bertukar ganti jadi pemandu kalau perlu bangun jam 7:30 pagi untuk hantar anak-anak ke sekolah.

Kalau anda siram pokok sekali seminggu, ini juga boleh dijadikan aktiviti bersama jiran. Kalau kena jaga budak pula pada malam Jumaat, ajak anak-anak jiran anda dan bahagikan bil menjaga budak tadi sama rata.

Berkongsi tugas seperti ini akan memudahkan lagi kehidupan anda dan juga jiran.

5. Mencipta kawan jangka masa panjang

Jika anda mempunyai anak, carilah keluarga yang mempunyai anak dengan umur lebih kurang dengan anak anda di kawasan kejiranan. Keluar bermain bersama, tahu-tahu nanti dah jadi kawan karib.

Anjurkan majlis kejiranan supaya anak-anak boleh berjumpa, saling berkenalan dan lihat bagaimana persahabatan mereka berkembang.

Ini akan memberi keseronokan kepada anak-anak anda selepas sekolah, di hujung minggu dan cuti sekolah. Persahabatan sesama jiran akan mendorong anak anda utnuk banyak meluangkan masa di luar dengan aktif berbanding duduk di rumah dan habiskan masa mereka di dalam.

6. Memberi sokongan emosi

Di kawasan persendirian, mengenali jiran itu sangat penting. Membentuk hubungan di kawasan perumahan anda membolehkan anda berkongsi masalah, kejayaan, dan semua benda lah.

Anda tahu ada tangan yang tidak leka menghulur bantuan, apatah lagi jika pasangan anda terpaksa keluar negeri. Sebagai ganti, jika keluarga sebelah rumah ada masalah, mereka tahu kepada siapa mereka boleh minta bantuan.

ADAB BERJIRAN DI DALAM ISLAM

Ini adalah 7 adab berjiran di dalam Islam yang perlu kita aplikasikan di dalam kehidupan seharian:

  1. Jadi seorang yang baim hati
  2. Jangan halang bangunan atau kawasan rumah jiran
  3. Kekalkan hak jiran anda
  4. Jangan ganggu mereka
  5. Memberi makanan
  6. Bersabar sekiranya diganggu
  7. Melawat apabila mereka sakit

CARA MELAYAN JIRAN

1. Bunyi bising

Tiada siapa yang suka rumah senyap sunyi, tapi anda perlulah ikut panduan asas lagi-lagi hal berkaitan bunyi bsing. Bergantung juga dengan kawasan tempat tinggal anda, jenis rumah yang anda miliki, dan sikap jiran.

Toleransi terhadap bunyi bising di kawasan yang penuh dengan keluarga berbeza dengan apartmen yang penuh dengan orang bujang berumur 20an.

2. Jadi jiran yang baik

Berwaspada dan hormatilah ruang peribadi jiran anda. Jika anda meminta sesuatu, hati-hati sepanjang menggunakannya. Selepas guna barang tersebut, segera pulangkan ia. Jikalau barang tersebut pecah, bayar atau ganti dengan barang yang sama harganya.

Jangan jadikan jiran sebagai bahan gosip di kawasan perumahan anda. Kalau ada rasa tidak puas hati, cakap terus terang dengan cara yang matang. Melainkan jikalau anda di dalam bahaya, segeralah telefon polis.

3. Kenalkan diri anda

Kenalkan diri anda secepat yang mungkin. Berikan nombor telefon kepada keluargabaru di taman anda. Makanan dan jajan juga boleh diberikan. hantarlah sejambak bunga hasil tanaman di pokok bunga anda sebagai buah tangan.

Semasa mereka sedang menurunkan barang pindahan, jemput anak-anak mereka datang ke rumah. Berikan senarai servis tempatan yang berdekatan kepada keluarga baru ini.

Ianya termasuklah servis kecemasan, pejabat doktor, pejabat doktor gigi, sekolah, restaurant dan gerai makan, dobi dan banyak lagi tempat lain yang anda rasa perlu.

Semua orang akan rasa tenang dan lebih baik berpindah di tempat baru apabila mereka tahu mereka dikelilingi oleh keluarga dan rakan jika kita berusaha menjadi jiran yang baik dengan adab yang betul. Anda akan lebih bahagia di rumah, kawasan perumahan juga lebih meriah.

Anda dan jiran tahu keduanya ada bila sebelah pihak memerlukan.

Sumber:

https://blog.lincolnmilitary.com/getting-to-know-your-neighbor

https://azislam.com/manners-of-neighbors-in-islam-and-its-verses

https://www.thespruce.com/neighborhood-etiquette-1216903

Summary
Menjadi Seorang Jiran Tidak Sesusah Yang Anda Sangka
Article Name
Menjadi Seorang Jiran Tidak Sesusah Yang Anda Sangka
Description
Mengenali jiran anda memberi banyak manfaat, termasuklah penambahan keselamatan dan penglibatan di dalam majlis-majlis komuniti yang ada.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: