Kebaikan Dan Kesan Sampingan Derma Darah
Manfaat menderma darah tiada pengakhiran kepada mereka yang memerlukannya.

Manfaat derma darah tiada pengakhiran kepada mereka yang memerlukannya. Menurut Persatuan Bulan Sabit Merah, satu sumbangan darah dapat menyelamatkan sebanyak tiga nyawa, dan secara purata seseorang individu memerlukan darah dalam setiap dua saat.

Ternyata, derma darah tidak hanya memberi manfaat kepada penerima tetapi terdapat juga manfaat kesihatan untuk penderma selain manfaat yang diperoleh dari membantu individu lain. Teruskan membaca untuk mengetahui manfaat kesihatan menderma darah dan penjelasannya.

Faedah menderma darah

Menderma darah mempunyai manfaat bagi aspek kesihatan emosi dan fizikal anda. Menurut Yayasan Kesihatan Mental, membantu orang lain dapat:

  • Mengurangkan tekanan.
  • Meningkatkan kesejahteraan emosi anda.
  • Memanfaatkan kesihatan fizikal anda.
  • Membantu menghilangkan perasaan negatif.
  • Memberikan rasa kepunyaan (sense of belonging) dan mengurangkan pengasingan.

Para penyelidik telah menemui bukti lanjut tentang manfaat kesihatan yang hadir secara khusus daripada menderma darah.

Pemeriksaan kesihatan percuma

Kebiasannya, untuk menderma darah, anda dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan. Seorang kakitangan yang terlatih akan melakukan pemeriksaan ini. Beliau akan mmeriksa:

Pemeriksaan percuma kesihatan fizikal memberikan pandangan ayang sangat baik bagi tahap kesihatan anda. Ia berkesan untuk mengesan masalah yang boleh menunjukkan sebarang keadaan perubatan asas atau faktor risiko penyakit tertentu.

Darah anda juga diuji untuk beberapa penyakit. Ini termasuklah:

Adakah menderma darah mengurangkan risiko penyakit jantung anda?

Sama ada derma darah dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan serangan jantung, hasil penyelidikan ini adalah bercampur,.

Sumber kajian pada tahun 2017 mengesyorkan derma darah secara berkala dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit hati kemungkinan disebabkan oleh kadar kolesterol yang kurang baik.

Walau bagaimanapun, menderma darah secara berkala boleh menurunkan penyimpanan zat besi, menurut satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2013. Keadaan ini boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Penyimpanan zat besi yang tinggi dalam badan dipercayai meningkatkan risiko serangan jantung.

Derma darah yang berkala dianggap dapat menurunkan tekanan darah namun, satu kajian lain pada tahun 2017 menunjukkan pemerhatian ini adalah tidak benar dan bukanlah tindak balas fisiologi sebenar.

Kesan sampingan menderma darah

Derma darah adalah selamat bagi individu dewasa yang sihat. Tiada risiko untuk menghidap sebarang penyakit. Selalunya, peralatan steril yang baru akan digunakan untuk setiap penderma.

Namun, sesetengah individu mungkin berasa lelah atau pening selepas menderma darah. Sekiranya keadaan ini berlaku, ia hanya akan berlangsung selama beberapa minit. Anda boleh berbaring sambil mengangkat kaki anda sehingga anda berasa lebih baik.

Selain itu, anda juga mungkin mengalami pendarahan di kawasan yang disuntik jarum. Jadi, anda perlu meletakkan tekanan dan mengangkat lengan anda selama beberapa minit untuk menghentikannya. Ataupun, anda mungkin akan mengalami lebam di tapak suntikan tersebut.

Hubungi pusat derma darah jika:

  • Anda masih berasa pening atau mual selepas minum, makan, dan berehat.
  • Terdapat benjolan atau pendarahan berterusan di tapak jarum.
  • Anda mengalami kesakitan pada lengan, kekebasan, atau kesemutan.

Proses menderma darah

Anda mestilah berdaftar terlebih dahulu untuk menderma darah. Ini termasuklah memberikan maklumat pengenalan, sejarah perubatan anda, dan menjalani pemeriksaan fizikal yang ringkas. Selain itu, anda juga akan diberikan beberapa maklumat mengenai derma darah untuk dibaca.

Sebaik sahaja anda telah bersedia, prosedur derma darah anda akan bermula. Derma darah secara keseluruhan (whole blood donation) adalah sejenis sumbangan yang paling biasa. Ini kerana ia menawarkan fleksibiliti yang paling banyak. Ia boleh disalurkan sebagai darah keseluruhan atau dipisahkan menjadi sel-sel merah, platelet, dan plasma untuk penerima yang berbeza.

Untuk prosedur derma darah secara keseluruhan:

  • Anda akan duduk di kerusi berbaring. Namun begitu, anda boleh menderma darah sama ada duduk atau berbaring.
  • Kawasan kecil pada lengan anda akan dibersihkan dan jarum steril akan disuntik di kawasan tersebut.
  • Anda akan terus duduk atau berbaring sementara darah anda diambil. Ia mengambil masa selama 8 hingga 10 minit.
  • Apabila darah anda telah siap dikumpulkan, seorang staf akan mengeluarkan jarum dan membalut tangan anda.

Jenis derma darah lain termasuklah:

  • Derma darah platelet (plateletpheresis)
  • Derma darah plasma (plasmapheresis)
  • Derma darah sel dua kali ganda

Jenis-jenis derma darah ini dilakukan menggunakan proses yang disebut sebagai apheresis. Mesin apheresis akan disambungkan ke kedua-dua tangan anda. Ia mengumpul sejumlah kecil darah dan memisahkan komponen tertentu dalam darah sebelum mengembalikan komponen yang tidak digunakan kembali ke dalam darah anda. Kitaran ini diulang sebanyak beberapa kali selama lebih kurang dua jam.

Sebaik sahaja proses menderma darah anda selesai, anda akan diberikan makanan ringan dan minuman serta perlu duduk dan berehat selama 10 atau 15 minit sebelum anda bergerak pulang. Sekiranya anda berasa lemah atau mual, anda perlu berbaring sehingga anda berasa lebih baik.

Apa yang perlu diketahui sebelum anda menderma darah

Berikut adalah beberapa perkara penting untuk diketahui sebelum anda menderma darah:

  • Anda perlu berusia 18 tahun ke atas untuk menderma darah secara keseluruhan. Sesetengah negeri membenarkan anda menderma pada usia 16 tahun dengan persetujuan ibu bapa.
  • Anda perlu mempunyai berat sekurang-kurangnya 45kg dan berada dalam keadaan yang baik untuk menderma darah.
  • Anda perlu memberikan semua maklumat mengenai keadaan perubatan dan apa-apa ubat yang anda ambil. Maklumat ini mungkin menjejaskan kelayakan anda untuk menderma darah.
  • Anda mesti menunggu giliran anda.

Sumber

http://www.myhealth.gov.my/en/blood-donation/

https://www.healthline.com/health/benefits-of-donating-blood

https://www.medicalnewstoday.com/articles/319366

https://www.redcrossblood.org/donate-blood/how-to-donate/common-concerns/first-time-donors.html

Summary
Kebaikan Dan Kesan Sampingan Derma Darah
Article Name
Kebaikan Dan Kesan Sampingan Derma Darah
Description
Sebenarnya, tindakan menderma darah bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima tetapi terdapat juga manfaat kesihatan untuk penderma.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: