keabnormalan kuku
Kuku yang sihat kelihatan licin dan mempunyai warna yang konsisten.

Pengenalan

Keabnormalan kuku kelihatan seperti bintik, perubahan warna dan kuku terpisah boleh berlaku disebabkan kecederaan pada jari dan tangan, ketuat virus (ketuat periungual), jangkitan (onychomycosis), dan beberapa ubat seperti yang digunakan untuk kemoterapi.

Kuku yang sihat kelihatan licin dan mempunyai warna yang konsisten. Semakin anda berusia, anda boleh mendapat seperti garisan menegak, atau kuku anda mungkin adalah sedikit rapuh. Keadaan ini tidak berbahaya dan jika ia terjadi disebabkan kecederaan, ia seharusnya akan hilang sendirinya.

Berikut adalah beberapa tanda keabnormalan kuku:

  • Perubahan bentuk kuku, seperti melengkung atau cembung.
  • Perubahan warna, seperti corak gelap atau putih, atau perubahan warna lain.
  • Perubahan dalam ketebalan, seperti penipisan atau penebalan kuku.
  • Kuku yang rapuh.
  • Kuku dengan lekukan.
  • Kemerahan di sekitar kuku.
  • Bengkak di sekitar kuku.
  • Sakit di sekitar kuku.
  • Pendarahan di sekitar kuku.
  • Kuku yang terpisah dari kulit.

Punca yang berkemungkinan

Terdapat keadaan perubatan tertentu yang boleh mengubah rupa kuku anda. Walau bagaimanapun, perubahan ini mungkin sukar untuk difahami. Malah, ia mungkin juga berlaku disebabkan faktor usia atau kecederaan. Penampilan kuku anda sendiri tidak mencukupi untuk didiagnosis dengan penyakit tertentu. Seorang doktor akan menggunakan maklumat ini, bersama gejala anda yang lain serta ujian fizikal untuk membuat diagnosis.

Anda harus selalu berjumpa dengan doktor anda jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai perubahan pada kuku anda.

Bila anda perlu menghubungi doktor

Keabnormalan kuku boleh menjadi petanda bagi keadaan berbeza yang memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Kebanyakan kes adalah tidak berbahaya manakala ada juga yang mempunyai tanda-tanda keadaan kesihatan.

Gejala tersebut biasanya bukanlah tanda pertama tetapi salah satu daripada banyak tanda, jadi individu haruslah memberi perhatian kepada semua petanda yang ada pada tubuh bukan hanya pada kuku mereka.

Rawatan

Anda boleh mencegah masalah keabnormalan kuku dengan menjaga kuku anda. Ikuti garis panduan umum ini untuk memastikan kuku anda kekal sihat.

Sekiranya anda mempunyai masalah kuku yang rapuh atau lemah, pastikan ia dalam keadaan pendek untuk mengelakkan kerosakan. Gunakan losyen pada kuku dan kutikel untuk memastikan katil kuku dan lapisan kuku dilembapkan.

  • Beli losyen kuku

Sekiranya anda membuat rawatan kuku tangan (manicures) dan rawatan kuku kaki (pedicures) yang profesional, pastikan salon kuku anda diiktiraf dengan betul dan juruhias kuku menggunakan teknik pensterilan yang betul. Elakkan penggunaan pewarna kuku dan penanggal pewarna kuku dalam jangka masa panjang.

  • Beli gunting kuku

Rujuk doktor anda jika anda melihat terdapat masalah dengan kuku anda untuk mengenal pasti keadaan yang serius.

Sumber:

https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/ss/slideshow-nails-and-health

https://www.medicalnewstoday.com/articles/322735

https://www.healthline.com/health/nail-abnormalities-2

https://www.dermatologymohsinstitute.com/blog/6-common-nail-abnormalities-and-how-to-treat-them

Summary
Keabnormalan Kuku (Nail abnormalities)
Article Name
Keabnormalan Kuku (Nail abnormalities)
Description
Keabnormalan kuku kelihatan seperti bintik, perubahan warna dan kuku terpisah boleh berlaku disebabkan kecederaan pada jari dan tangan
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: