karangan tidak rasmi pt3 format surat

Karangan tidak rasmi PT3, format surat contoh, dan cara menulis karangan ini adalah antara carian yang popular di internet. Jadi kali ini, kami akang kongsikan dengan anda tentang karangan jenis ini.

Karangan tidak rasmi ini adalah salah satu jenis karangan yang ada dalam pilihan karangan dalam peperiksaan PT3. Jadi, amat penting bagi mereka yang ingin menduduki peperiksaan PT3 ini untuk tahu mengenai format karangan tidak rasmi ini.

Karangan Surat Tidak Rasmi Format Pt3 - Surasm

Karangan tidak rasmi selalunya berbentuk surat. Surat tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga atau sahabat handai. Surat ini ditulis dengan tujuan untuk memberitahu sesuatu perkara, contohnya untuk:

  • ucap tahniah
  • ucap takziah
  • bertanya khabar berita
  • menceritakan empat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat
  • pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru
  • meminta kebenaran ibu bapa atau penjaga
  • membalas surat yang dihantar oleh orang lain

Mari kami kongsikan dengan anda di bawah ini mengenai beberapa teknik penting untuk menulis karangan tidak rasmi PT3, dan format surat contoh.

KARANGAN TIDAK RASMI PT3: FORMAT SURAT CONTOH

Berikut kami kongsikan dengan anda beberapa contoh surat tidak rasmi dan kami sertakan juga format contoh yang tepat yang boleh digunakan dalam peperiksaan PT3.

Perkara penting yang perlu anda ingat setiap kali menulis karangan tidak rasmi jenis surat ini adalah alamat, tarikh, dan tandatangan hendaklah ditulis pada sebelah kanan,

Mari lihat contoh-contohnya seperti di bawah ini.

Contoh Karangan 1

No. 39, Jalan Damai,
Taman Bukit Anggerik,
Ipoh, 30290
Perak Darul Ridzuan.

6 Ogos 2016

Menemui sahabat penaku Shelby, yang kini berada bersama keluarga di Birmingham, England, semoga saudara dan keluarga berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Saudara Shelby,

Apa khabar saudara dan keluarga di sana? Saya ingin memohon maaf kerana agak terlambat untuk membalas surat saudara tempoh hari. Saya kini sibuk dengan persediaan untuk menghadapi peperiksaan besar tidak lama lagi. Tampaknya saudara sangat berminat untuk mengetahui tempat dan kawasan perlancongan di Malaysia. Pada surat yang saya pernah utuskan sebelum ini, saya ada bercerita tentang Bukit Fraser, kali ini saya ingin ceritakan mengenai Pulau Langkawi pula.

Pulau Langkawi merupakan pusat perlancongan yang terletak di negeri Kedah, iaitu di utara semenanjung Malaysia. Terdapat banyak keistimewaan dan tempat menarik yang boleh dilawati oleh saudara. Antaranya termasuklah pemandangannya yang sangat memukau hati. Ini kerana Pulau Langkawi dikelilingi oleh pantai yang bersih, air laut yang tenang damai dan suasananya yang jauh dari hiruk-pikuk bandar. Saudara dapat menikmati keindahan suasana dan pantainya ini dengan mengunjungi sendiri ke Pulau Langkawi.

Pulau Langkawi juga terkenal dengan gelaran Pulau Legenda. Kisah berkenaan dengan Legenda Mahsuri ini telah diceritakan sejak turun-temurun lagi melalui penceritaan orang zaman dahulu dan juga nenek moyang kami sendiri. Sejarah ringkasnya Mahsuri adalah seorang perempuan cantik yang telah dijatuhkan hukuman bunuh akibat fitnah. Darah putih telah mengalir daripada tubuh Mahsuri ketika hukuman bunuh dijalankan. Beliau juga sempat mengenakan sumpahan terhadap Langkawi selama tujuh keturunannya akan jadi seperti padang jarang padang terkukur.

Selain itu, Makam Mahsuri dan padang Mat Sirat adalah antara tempat menarik dan bersejarah yang mempunyai kaitan dengan Legenda Mahsuri. Sekiranya saudara berkesempatan untuk mengunjungi tempat-tempat ini tentu saudara akan memperoleh lebih banyak informasi mengenai lagenda ini. Di Langkawi juga terdapat Tasik Dayang Bunting di Pulau Dayang Bunting, Beras Hangus dan Telaga Tujuh yang mempunyai kaitan dengan pelbagai legenda dan mitos.

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang ada di Pulau Langkawi ini. Jikalau ada peluang dan kesempatan, akan saya ceritakan lebih lanjut tentang pulau ini. Gambar-gambar yang berkaitan dengan Pulau Legenda ini akan saya cuba hantar kepada saudara.

Setakat ini sahaja yang sempat saya tuliskan buat saudara nun jauh di sana. Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada saya dan sekeluarga.

Yang Benar,

Harith Danial

Contoh Karangan 2

    

No.4, Jalan Temenggung 1,

Kampung Kelip-Kelip,

22000 Jerteh, Besut,

Terengganu.

13 Jun 2021

Assalamualaikum.

          Menemui  sahabatku, Shuhada yang kini berada di Kampung Kelip-Kelip, semoga berada di dalam situasi yang  meyakinkan. Apa khabar saudari?

Saudari,

          Tujuan saya mengutus warkah yang tidak  seberapa ini adalah untuk menceritakan tentang pengalaman saya di sekolah baru saya iaitu  Sekolah Kebangsaan Taming Sari.

          Pada hari pertama di sini, saya didaftarkan. Saya berkenalan dengan rakan-rakan sekelas. Mereka sungguh baik hati dan bersopan santun. Mereka juga selalu menolong saya ketika dalam kesusahan.

          Pada waktu rehat saya memerhati kawasan sekeliling sekolah  itu. Ia bersih dan kemas. Peraturan disiplin di sekolah  itu juga ketat. Saya lihat, semua pelajar di sekolah berkenaan begitu mematuhi peraturan.

          Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan. Semoga kita bersua lagi di lain lembaran.

          Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,

                                    Amirah Zulkefli

Contoh Karangan 3

 Dorm A,

                                                                                                                            Asrama Tun Hussein Onn,

                                                                                                                          22300 Dungun,

                                                                                                                   Terengganu.

                                                                                                                    14 Mei 2021.

Assalamualaikum.     

          Menemui  ayahanda  yang  dikasihi, semoga  berada  di  dalam  lindungan  rahmat  Ilahi.

Ayahanda,

          Apa  khabar  keluarga  di  sana? Anakanda  berharap agar  semuanya berada  dalam  keadaan  sihat. Anakanda  di asrama  sihat  sejahtera.

          Tujuan  anakanda  menulis  surat  ini   ialah  untuk   meminta  kebenaran  ayahanda  untuk  menyertai  rombongan  yang  diadakan   oleh   sekolah  anakanda. Rombongan  ini  akan melawat  beberapa  tempat   yang  menarik  di sekitar  Kuala  Lumpur.  Lawatan tersebut  akan  diadakan  pada 13 Mei 1997.

          Untuk tujuan tersebut, anakanda  memerlukan   wang  sebanyak  RM 100.00  sebagai  bayaran  tambang , penginapan,dan  selebihnya  sebagai  wang  saku.

          Akhir  kata, sambutlah  salam  rindu  daripada  anakanda        khas  untuk  ayahanda  dan  keluarga  di sana.

          Sekian ,terima kasih.

          Anakanda yang jauh,

Shafei Bustamam

FORMAT KARANGAN SURAT TIDAK RASMI

  1. Nama dan alamat pengirim (kanan)
  2. Tarikh (kanan)
  3. Kata hadap atau pembuka kata dan kata-kata pujian
  4. Kata sapaan atau panggilan hormat (rapat ke garisan tepi dan koma)
  5. Perenggan pertama – menyatakan tujuan surat itu ditulis
  6. Perenggan kedua sehingga keempat – isi
  7. Penutup
  8. Tandatangan pengirim (kanan)
  9. Perakuan diri (kanan)

Kami harap, artikel Karangan Tidak Rasmi: Format Surat Contoh ini memberi manfaat buat para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PT3 nanti.

Sumber:

https://tatabahasabm.tripod.com/tulisan/ksuratbiasa.htm

https://mypt3.com/karangan-tidak-rasmi-pt3-format-surat

https://madreview.net/

Summary
Karangan Tidak Rasmi PT3: Format Surat Contoh
Article Name
Karangan Tidak Rasmi PT3: Format Surat Contoh
Description
Karangan tidak rasmi PT3, format surat contoh, dan cara menulis karangan ini adalah antara carian yang popular di internet. Jadi kali ini, kami akang kongsikan dengan anda tentang karangan jenis ini.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: