Kapus Barus: Kegunaan Dan Bahaya Yang Anda Perlu Tahu
Tahukah anda bahawa kapur barus boleh digunakan dalam banyak cara serta boleh memberi kebaikan yang pelbagai kepada kita?

Biasanya, masyarakat lebih mengenali kapur barus sebagai bahan yang digunakan dalam proses menguruskan jenazah. Tapi, tahukah anda bahawa ia juga boleh digunakan dalam banyak cara serta boleh memberi kebaikan yang pelbagai kepada kita? Malah, kapus barus atau ‘camphor’ berpotensi membawa banyak manfaat untuk kesihatan anda jika digunakan dengan betul.

Apakah itu kapur barus?

Kapur barus, atau ‘camphor’ secara ilmiah dikenali sebagai Cinnamomum camphor dan merupakan pepejal putih yang mudah terbakar. Ia juga mempunyai bau dan rasa masam, walaupun sebilangan orang sangat menyukai baunya yang menyerupai mentol.

Seterusnya, kapur barus boleh diperoleh daripada kulit pokok Cinnamonun camphor. Hanya pokok berusia 50 tahunsahaja yang menghasilkan ‘wax’ yang digunakan sebagai minyak kapur barus. Proses penyulingan wap digunakan untuk mengeluarkan minyak tersebut dari batang pokok. Selain itu, pokok ‘camphor’ dikatakan berasal dari Hiroshima, Jepun.

Kapur barus boleh digunakan dalam pelbagai cara. Ia dianggap sebagai bahan penting dalam sapuan wap, ‘balms’ dan ‘liniments’ kerana minyak ini dikatakan dapat mengurangkan rasa sakit dan mengurangkan kegatalan. Ia juga membantu menjauhkan lipas, kupu-kupu dan serangga lain daripada almari pakaian kita. Ada juga yang digunakan dalam upacara keagamaan atau pengebumian mengikut kepercayaan tertentu.

Apakah kegunaannya?

Kapur barus mempunyai pelbagai kegunaan topikal kerana sifat antibakteria, anti-kulat dan anti-radangnya. Ia dapat digunakan untuk merawat masalah kulit, memperbaiki fungsi pernafasan dan menghilangkan rasa sakit.

1. Kapur barus untuk kulit

Kajian haiwan pada tahun 2015 mendapati kapur barus berkesan dalam merawat luka dan kerutan akibat sinaran ultraviolet, menjadikannya bahan yang berpotensi dalam produk kosmetik anti-penuaan. Ini mungkin berlaku disebabkan kemampuannya untuk meningkatkan pengeluaran elastin dan kolagen. Jadi, gunakan krim kapur barus di kawasan yang anda ingin rawat sekurang-kurangnya sekali sehari.

2. Merawat artritis

Kapur barus juga mungkin berkesan untuk menghilangkan rasa sakit, keradangan dan bengkak akibat keradangan sendi. Sensasi panas atau sejuk yang timbul selepas penggunaan krim ini dapat mengalihkan perhatian anda daripada kesakitan asal. Ia  juga terbukti mempunyai kesan anti-radang pada model haiwan yang berguna dalam merawat arthritis. Untuk menggunakannya, sapukan krim kapur barus ke kawasan yang terjejas beberapa kali sehari.

3. Menyembuhkan kesan lecur

‘Balms’ dan krim kapur barus boleh digunakan untuk menyembuhkan kesan lecur. Kajian haiwan pada tahun 2018 mendapati bahawa salap yang mengandungi kapur barus, minyak bijan dan madu dapat mengurangkan masa penyembuhan kesan lecur tahap kedua dan didapati lebih bermanfaat berbanding menggunakan Vaseline. Untuk menggunakannya, sapukan salap ke kawasan yang terjejas sekali sehari.

4. Merawat kulat kuku kaki

Kulat kuku atau ‘onychomycosis’ mungkin memerlukan rawatan dengan anti-kulat oral, tetapi persediaan topikal seperti minyak kapur yang mengandungi Vaporub dapat ditambahkan untuk membersihkan kulat dengan lebih cepat. Walau bagaimanapun, ia hanya berkesan terhadap masalah ‘onychomycosis’ yang terjadi disebabkan Trichophyton mentagrophytes dan Candida parapsilosis, yang merupakan spesies kulat.

5. Anti-spasmodik

Produk kapur barus juga boleh digunakan sebagai gosokan otot. Ia dapat melegakan kekejangan dan kekakuan otot. Satu kajian pada tahun 2004 mendapati bahawa bahan ini mempunyai sifat anti-spasmodik dan kesan menenangkan. Untuk menggunakannya, urut dan gosok pada bahagian otot yang sakit beberapa kali sehari.

6. Kegunaan lain

Penyelidikan saintifik adalah terhad untuk beberapa penggunaan kapus barus dan sebahagian besar buktinya bersifat anekdot. Minyak kapur barus dikatakan boleh digunakan untuk merawat:

Adakah risiko yang perlu diketahui ketika menggunakannya?

Jika digunakan dalam kuantiti sederhana, kapur barus masih selamat untuk digunakan. Berhati-hatilah untuk tidak menggunakannya pada luka terbuka dan kulit yang pecah kerana ini boleh menyebabkan keracunan.

Walaupun ‘camphor’ mempunyai kebolehan dalam aspek perubatan yang luar biasa, sesetengah orang mungkin alah kepadanya. Jadi, anda disarankan untuk membuat ‘patch test’ sebelum menggunakannya terus pada kulit.

Kredit: Gambar diambil daripada sumber https://artikel.rumah123.com/hindari-kapur-barus-untuk-lemari-pakaian-bayi-ini-bahayanya-53079

SUMBER

https://food.ndtv.com/health/8-incredible-benefits-of-camphor-pain-killer-sleep-inducer-and-more-1648410

https://www.healthline.com/health/what-is-camphor

https://parenting.firstcry.com/articles/magazine-incredible-uses-and-benefits-of-camphor-you-may-not-know-about/

Summary
Kapus Barus: Kegunaan Dan Bahaya Yang Anda Perlu Tahu
Article Name
Kapus Barus: Kegunaan Dan Bahaya Yang Anda Perlu Tahu
Description
Tahukah anda bahawa kapur barus boleh digunakan dalam banyak cara serta boleh memberi kebaikan yang pelbagai kepada kita?
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: