kanser tonsil
Kanser tonsil adalah sejenis kanser yang bermula pada sel-sel tonsil anda.

Kanser tonsil adalah sejenis kanser yang bermula pada sel-sel tonsil anda. Tonsil adalah dua tapak yang berbentuk bujur di bahagian belakang mulut anda yang merupakan sebahagian daripada sistem imun badan yang melawan kuman.

Seterusnya,  tonsil membantu mempertahankan tubuh daripada bakteria dan virus yang memasuki mulut dan tekak. Seperti kanser lain, kanser tonsil juga cenderung bertindak balas terhadap rawatan yang bermula lebih awal. Mendapatkan diagnosis pada peringkat awal meningkatkan peluang rawatan dan pemulihan yang berjaya.

Kanser mulut dan ‘oropharyngeal’, seperti kanser tonsil, termasuk dalam kategori kanser kepala dan leher yang lebih luas. Jangkitan dengan ‘human papillomavirus’ (HPV) nampaknya dapat meningkatkan risiko dan mempengaruhi prognosis kanser tonsil.

Simptom Kanser Tonsil

Ramai individu yang menghidap kanser tonsil mungkin tidak melihat sebarang gejala walaupun setelah didiagnosis.

Gejala kanser tonsil nombor satu adalah satu tonsil yang lebih besar daripada lain. Simptom lain yang biasa pula adalah sakit tekak yang berterusan. Gejala yang berlaku juga bergantung pada ukuran kanser anda. Ianya bukan satu perkara biasa untuk mendapatkan benjolan di leher sebagai tanda awal.

Di samping itu, gejala lain mungkin termasuk:

  • suara serak atau perubahan dalam suara ketika bercakap
  • keletihan
  • penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan
  • sakit telinga, terutama pada satu sisi sahaja
  • kesukaran menelan atau membuka mulut
  • pendarahan dari mulut

Mengalami satu atau lebih gejala ini tidak bermakna anda menghidap kanser tonsil. Beberapa masalah bukan kanser juga dapat menyebabkan simptom yang sama.

Namun, ia adalah penting untuk berjumpa dengan pakar sekiranya anda mengalami jangkitan tonsil yang tidak sembuh dengan penggunaan antibiotik atau sakit telinga yang tidak dapat dijelaskan dan tidak hilang. Doktor yang pakar dalam masalah di telinga, hidung, dan tekak dipanggil sebagai ENT, atau ‘otolaryngologists’.

Punca Kanser Tonsil

Kanser boleh berkembang apabila terdapat perubahan pada DNA (mutasi) dalam sel yang memungkinkannya untuk tumbuh di luar kawalan. Sel-sel kanser kemudian dapat mengepung sel-sel normal atau menyerang tisu badan. Radiasi, bahan penyebab kanser, jangkitan dan susunan genetik anda dapat meningkatkan risiko mutasi yang mengakibatkan kanser.

Menurut ‘American Cancer Society dan National Cancer Institute’, penyebab kanser yang paling biasa adalah:

  • Merokok dan penggunaan tembakau
  • Alkohol
  • Kekurangan aktiviti fizikal
  • Berat badan berlebihan atau obesiti
  • Pemakanan yang buruk
  • Pendedahan kepada cahaya matahari
  • Pendedahan kepada radiasi
  • Jangkitan virus dan jangkitan lain
  • Pendedahan kepada bahan penyebab kanser
  • Sejarah keluarga dan genetik
  • Keradangan kronik
  • Hormon
  • Sekatan imun
  • Umur

Diagnosis Kanser Tonsil

Seorang doktor penjagaan primer mungkin melihat gejala yang biasa terjadi pada kanser tonsil dan mencuba beberapa ubat atau ujian untuk mengatasi masalah lain. Sekiranya diagnosis tidak jelas, doktor anda mungkin akan merujuk anda kepada pakar kepala dan leher untuk menjalani rawatan kanser, yang mungkin merangkumi perkara berikut:

  • sejarah perubatan lengkap anda
  • mengkaji semula apa sahaja yang telah anda lakukan untuk mengurangkan gejala
  • pemeriksaan menyeluruh pada mulut, tekak, leher, telinga, dan bahagian dalam hidung
  • pemeriksaan saraf di kepala dan leher
  • pemeriksaan visual
  • tekak

Sekiranya doktor berpendapat bahawa ada kemungkinan tanda-tanda kanser tonsil, mereka akan mengesyorkan anda untuk berjumpa dengan pakar. Golongan pakar dalam bidang tersebut boleh melakukan ujian lain, termasuk:

  • Ujian makmal: Ujian darah dan air kencing dapat menunjukkan perubahan yang mungkin menunjukkan kanser.
  • Laringoskopi: Ini melibatkan kemasukan tiub nipis yang mengandungi cahaya dan kamera ke kerongkong untuk mencari perkara abnormal.
  • Ujian pencitraan: Ini mungkin termasuk imbasan CT, MRI, PET, atau sinar-X. Mereka dapat mengesan perubahan dalaman, termasuk sekiranya kanser tersebut berkemungkinan telah merebak.
  • Biopsi: Doktor akan mengambil sejumlah kecil tisu untuk diperiksa di bawah mikroskop. Ini adalah satu-satunya cara untuk mengesahkan sama ada sel kanser hadir atau tidak.

Jika terdapat kanser, doktor perlu menilai:

  • tahap kanser, atau berapa banyak bahagian badan yang telah terjejas
  • jenis dan gred kanser, yang dapat menunjukkan seberapa cepat pertumbuhannya

Maklumat ini dapat membantu doktor menentukan kaedah rawatan terbaik buat anda.

Faktor risiko Kanser Tonsil

Sejumlah faktor nampaknya boleh meningkatkan risiko kanser tonsil. Menurut ‘American Head and Neck Society’, faktor risiko ini termasuk:

  • Faktor persekitaran: Ini termasuklah menggunakan produk tembakau dan pengambilan alkohol yang tinggi.
  • Virus: Individu dengan HPV atau HIV mungkin mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat kanser tonsil.
  • Umur dan jantina: Pada masa lalu, kanser tonsil lebih biasa menyerang individu lelaki dan berumur lebih dari 50 tahun. Walau bagaimanapun, hubungan antara usia dan kanser tonsil boleh berbeza-beza, berdasarkan status HPV. Kanser yang positif HPV cenderung muncul pada individu dengan masalah jangkitan yang lebih muda dan tidak merokok.

Rawatan Kanser Tonsil

Rawatan untuk kanser tonsil bergantung pada tahap dan keparahan kanser itu.

Pembedahan

Pakar bedah biasanya akan membuang sel atau tumor sebelum menjadi kanser. Mereka mungkin perlu membuang tonsil dan tisu tambahan di sekitar tumor untuk mengurangkan risiko adanya lebihan tisu kanser yang tertinggal.

Bergantung pada tahap rawatan, seseorang mungkin memerlukan pembedahan lebih lanjut untuk memulihkan gigi, serta suara dan fungsi lain.

Terapi radiasi

Seorang doktor mungkin mengesyorkan prosedur ini untuk mengecilkan tumor sebelum pembedahan atau untuk membantu membunuh sel-sel kanser yang tinggal selepas pembedahan. Terapi radiasi dapat menghentikan pertumbuhan tumor atau memusnahkan sel kanser.

Kemoterapi

Prosedur ini menggunakan ubat kuat untuk membunuh sel kanser, memperlambat penyebarannya, atau mengecilkan ukuran tumor untuk membuatnya lebih mudah dikeluarkan. Seseorang mungkin memerlukan rawatan kemoterapi bersama terapi radiasi untuk kanser mulut dan tekak.

Kemoterapi membunuh sel kanser, tetapi juga merosakkan sel yang sihat. Atas sebab itu, ia boleh membawa kesan buruk yang teruk.

Sekiranya diagnosis berlaku pada peringkat kemudian, doktor mungkin mengesyorkan kombinasi terapi kemoterapi dan radiasi tanpa pembedahan yang besar.

Terapi yang disasarkan

Penggunaan ubat sebegini boleh mensasarkan pada sel kanser dengan tepat dan selektif. Disebabkan inilah, terapi yang disasarkan mungkin mempunyai kesan sampingan yang kurang berbanding kemoterapi.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/tonsil-cancer/symptoms-causes/syc-20367939

https://www.medicalnewstoday.com/articles/320431

https://www.healthline.com/health/tonsil-cancer#symptoms

https://www.verywellhealth.com/cancer-causes-513773

Summary
Kanser tonsil
Article Name
Kanser tonsil
Description
Kanser tonsil adalah sejenis kanser yang bermula pada sel-sel tonsil anda. Tonsil merupakan sebahagian daripada sistem imun badan yang melawan kuman.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: