kanser lelangit lembut
Kanser Lelangit Lembut bermula di sel-sel kelenjar yang lembut dalam mulut anda dan ia dianggap sebagai sejenis Kanser Tekak.

Kanser Lelangit Lembut bermula di sel-sel kelenjar yang lembut dalam mulut anda dan ia dianggap sebagai sejenis Kanser Tekak. Lelangit lembut terletak di bahagian atas belakang mulut iaitu di belakang gigi.

Doktor merawat Kanser Lelangit Lembut sama seperti cara mereka merawat jenis Kanser Tekak lain, selalunya melalui kombinasi pembedahan, terapi radiasi dan kemoterapi.

Simptom Kanser Lelangit Lembut

Sesetengah tanda dan simptom Kanser Lelangit Lembut termasuklah:

• Pendarahan

Kesukaran menelan

• Kesukaran berbicara

• Mulut berbau

• Kesakitan mulut

Luka di mulut anda yang tidak sembuh

• Gigi longgar

• Sakit apabila anda menelan

• Pengurangan berat badan

• Kesakitan pada telinga

• Bengkak di leher anda yang mungkin menyakitkan

• Tompok putih di dalam mulut anda yang tidak hilang

Punca Kanser Lelangit Lembut

Kanser Lelangit Lembut terjadi apabila wujudnya mutasi genetik yang menukarkan sel-sel yang sihat kepada sel yang tidak normal. Sel-sel yang sihat tumbuh dan berkembang biak pada kadar yang ditetapkan, akhirnya akan mati pada masa tertentu. Sebaliknya, sel-sel yang tidak normal pula akan berkembang biak secara luar kawalan, dan ia tidak mati. Sel-sel tidak normal yang terkumpul akan membentuk tumor. Sel-sel kanser ini akan menyerang tisu berdekatan dan boleh berpisah dari tumor awal untuk merebak (metastasize) ke bahagian badan yang lain.

Diagnosis Kanser Lelangit Lembut

Ujian dan prosedur yang digunakan untuk mendiagnosis Kanser Lelangit Lembut termasuklah:

Memeriksa lelangit lembut anda. Doktor anda akan menggunakan cermin atau kamera kecil untuk memeriksa lelangit lembut dan struktur lain di kerongkong anda.

Mengeluarkan sampel tisu untuk ujian. Doktor anda akan mengeluarkan kawasan tisu yang mencurigakan dan menghantar sampelnya ke makmal untuk ujian. Di makmal, doktor yang terlatih (patologi) akan mencari sebarang tanda-tanda kanser.

Melakukan ujian pengimejan. Untuk lebih memahami saiz kanser anda dan untuk mencari tanda-tanda bahawa kanser mungkin telah tersebar melalui lelangit lembut, doktor anda akan mengesyorkan ujian pengimejan, seperti tomografi berkomputer (CT), pengimejan resonans magnetik (MRI) dan tomografi pelepasan positron.

Faktor Risiko Kanser Lelangit Lembut

Perkara yang boleh meningkatkan risiko Kanser Lelangit Lembut termasuklah:

• Menggunakan tembakau

• Minum alkohol

• Dijangkiti dengan papillomavirus manusia (HPV)

• Mengambil ubat-ubatan yang menahan sistem imun anda

Rawatan Kanser Lelangit Lembut

Rawatan bergantung kepada banyak faktor, seperti saiz dan lokasi kanser, kesihatan keseluruhan dan keutamaan anda.

Pilihan rawatan mungkin termasuk:

Pembedahan. Matlamat pembedahan adalah untuk mengeluarkan kanser sebanyak mungkin. Jika kanser kecil, ia boleh dikeluarkan semasa pembedahan pendek yang tidak memerlukan anda tinggal di hospital. Kanser yang lebih besar mungkin memerlukan lebih banyak pembedahan dijalankan. Apabila kanser telah merebak ke nodus limfa leher, penyingkiran nodus limfa mungkin diperlukan.

Terapi radiasi. Sinaran seperti sinaran-X dan proton untuk membunuh sel-sel kanser mungkin diperlukan. Terapi radiasi juga boleh digunakan secara bersendirian atau bersama kemoterapi atau pembedahan untuk merawat Kanser Lelangit Lembut pada semua peringkat.

• Kemoterapi. Kemoterapi menggunakan ubat untuk memusnahkan sel kanser. Kemoterapi boleh digabungkan dengan terapi radiasi.

• Pembedahan rekonstruktif. Bergantung pada lokasi kanser dan sejauh mana ia telah merebak, pembedahan rekonstruktif mungkin diperlukan.

Perkhidmatan pemulihan. Pakar pemulihan dalam terapi pertuturan, terapi menelan, dietetik, terapi fizikal dan terapi pekerjaan membantu pemulihan yang mungkin diperlukan selepas pembedahan atau terapi radiasi.

• Penjagaan paliatif. Penjagaan paliatif adalah rawatan perubatan khusus yang memberi tumpuan kepada memberikan bantuan untuk kesakitan dan simptom penyakit lain yang serius. Pakar penjagaan paliatif bekerja dengan anda, keluarga anda dan doktor anda untuk memberikan sokongan tambahan bagi melengkapi penjagaan yang berterusan.

Sumber:

https://www.colgate.com/en-us/oral-health/conditions/cancer/palate-cancer–signs–symptoms-and-risk-factors

https://www.cedars-sinai.org/health-library/diseases-and-conditions/p/palate-cancer.html

https://www.imedpub.com/scholarly/soft-palate-cancer-journals-articles-ppts-list.php

http://b.xfreeservice.com/redir/clickGate.php?u=0NYXJnX8&m=12&p=9mhXd1LkNH&t=33&splash=0&q=soft%20palate%20cancer&url=https%3A%2F%2Fwww.mayoclinic.org%2Fdiseases-conditions%2Fsoft-palate-cancer%2Fsymptoms-causes%2Fsyc-20354183

Summary
Article Name
Kanser Lelangit Lembut (Soft Palate Cancer) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Kanser Lelangit Lembut bermula di sel-sel kelenjar yang lembut dalam mulut anda dan ia dianggap sebagai sejenis Kanser Tekak.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: