Now Reading
Kanser Kulit Sel Karsinoma Basal (Basal cell carcinoma) – Simptom, Punca dan Rawatan

Kanser Kulit Sel Karsinoma Basal (Basal cell carcinoma) – Simptom, Punca dan Rawatan

Kanser Kulit Sel Karsinoma Basal

Sel karsinoma basal merupakan sejenis kanser yang tumbuh pada permukaan kulit anda yang selalu terdedah pada matahari. Ia adalah biasa untuk berasa risau sekiranya doktor mengesahkan anda mempunyai penyakit ini, tapi ingat bahawa ia merupakan kanser kulit yang paling kurang berisiko. Selagi anda boleh kenal pastinya dengan cepat, anda masih boleh dirawat.

Kanser ini jarang merebak dari kawasan kulit ke bahagian tubuh badan yang lain tetapi ia boleh bergerak ke bahagian tulang atau tisu lain di bawah kulit anda. Beberapa rawatan yang ada boleh membantu menghalang masalah tersebut seperti dapat menghapuskan kanser ini.

Tumor selalunya bermula dengan benjolan yang kecil dan bersinar pada hidung atau bahagian lain di muka anda. Namun, anda juga boleh mendapatnya di kawasan lain pada badan anda seperti abdomen, kaki dan lengan anda. Jika anda mempunyai kulit yang cerah, anda lebih berisiko untuk mendapatkan kanser kulit ini.

Sel karsinoma basal selalunya tumbuh secara perlahan dan tidak muncul selepas bertahun-tahun kulit kita terdedah kepada matahari. Anda juga boleh mendapat penyakit ini pada usia yang lebih muda sekiranya anda banyak terdedah kepada matahari atau menggunakan alat untuk mendapatkan kulit yang ‘tan’.

 

Simptom Kanser kulit sel basal karsinoma

Sel basal karsinoma selalunya berkembang pada bahagian badan yang terdedah dengan matahari seperti kepala dan leher. Kanser kulit ini jarang berlaku pada bahagian abdomen atau kaki tapi ia boleh muncul di bahagian yang terlindung daripada matahari seperti payudara wanita atau alat kelamin.

Sel ini biasanya muncul sebagai perubahan yang berlaku pada kulit seperti pertumbuhan atau kesakitan yang tidak sembuh. Perubahan atau luka yang berlaku pada kulit biasanya mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Benjolan berwarna putih mutiara yang lutcahaya, yang membolehkan anda melihat permukaannya. Saluran darah yang kecil juga boleh kelihatan. Bagi mereka yang mempunyai kulit gelap, luka itu akan berwarna lebih gelap tetapi masih dapat dilihat. Bagi jenis sel basal karsinoma yang paling biasa, luka ini akan kelihatan pada muka, telinga dan leher. Luka itu juga boleh pecah, berdarah atau berkudis.
  • Luka berwarna coklat, hitam atau biru atau luka dengan tompokan gelap yang tinggi sedikit pada kawasannya.
  • Tompokan yang rata, bersisik dan kemerahan yang tinggi sedikit pada bahagian tepi selalu dijumpai di bahagian belakang atau dada. Lama kelamaan, tompokan itu boleh menjadi lebih besar.

Luka seperti parut yang berwarna putih tanpa sempadan yang jelas dipanggil morpheaform basal cell carcinoma adalah jenis yang paling jarang dilihat. Luka sebegini senang untuk terlepas pandang namun ia boleh menjadi tanda kanser yang boleh menyerang dan membahayakan.

 

Punca Kanser kulit sel basal karsinoma

Sinaran ultraviolet (UV) daripada matahari ataupun daripada alat untuk menjemur kulit adalah punca utama yang boleh mendorong kepada penyakit kanser kulit ini.

Apabila sinaran UV terkena kulit anda, mereka boleh merosakkan DNA yang terkandung dalam sel kulit tersebut. DNA tersebutlah yang memegang kod bagi proses pertumbuhan sel-sel ini. Lama kelamaan, kerosakan pada DNA boleh menyebabkan kanser untuk berlaku. Proses ini juga boleh memakan masa selama bertahun-tahun.

 

Faktor Risiko Kanser kulit sel basal karsinoma

Antara faktor yang boleh meningkatkan risiko mendapat kanser kulit sel basal karsinoma termasuklah:

  • Pendedahan pada matahari secara kronik – Banyak masa yang dihabiskan di bawah matahari atau berada di bilik untuk menjemur kulit boleh meningkatkan risiko anda mendapat penyakit ini. Ancaman itu lebih teruk sekiranya anda tinggal di kawasan yang mendapat matahari atau kawasan yang tinggi di mana kedua-dua itu boleh membuatkan anda terdedah kepada lebih banyak sinaran UV. Keadaan ‘sunburn’ yang teruk semasa zaman kanak-kanak atau remaja juga boleh meningkatkan risiko tersebut.
  • Jantina – Lelaki adalah lebih berisiko mendapat kanser kulit ini berbanding wanita.
  • Umur – Memandangkan kanser ini mengambil tempoh yang lama untuk berkembang, kebanyakan kes kanser jenis ini berlaku setelah individu berumur 50 tahun ke atas.
  • Sejarah peribadi sendiri atau keluarga yang mengalami kanser – Sekiranya anda pernah mendapat kanser ini lebih daripada satu kali, kanser ini lebih berkemungkinan untuk muncul lagi. Selain itu, sekiranya ada ahli keluarga anda yang mengalami kanser, anda mungkin dapat meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit ini.
  • Terapi radiasi – Terapi radiasi untuk merawat ‘psoriasis’, jerawat atau keadaan kulit yang lain juga boleh meningkatkan risiko mendapat sel kanser ini pada kawasan lain yang dirawat pada kulit.
  • Kulit yang cerah – Risiko mendapat penyakit kanser kulit ini adalah lebih tinggi bagi mereka yang ada jeragat dan mudah kena ‘sunburn’ atau mereka yang mempunyai rambut berwarna cerah, merah atau perang. Ia juga boleh berlaku pada mereka yang ada biji mata berwarna cerah.
  • Ubat yang menyekat sistem imun – Mengambil ubat-ubatan yang dapat menyekat sistem imun kita terutama selepas pembedahan pemindahan boleh meningkatkan lagi risiko anda mendapatkan kanser kulit jenis ini. Sel basal karsinoma yang berkembang semasa pengambilan ubat-ubatan sebegini berkemungkinan untuk berulang atau merebak ke bahagian badan yang lain.
  • Terdedah kepada racun – Racun yang merupakan sejenis logam yang toksik dijumpai dalam persekitaran dan mampu meningkatkan risiko mendapat kanser kulit jenis ini serta kanser yang lain juga. Setiap individu terdedah dengan bahan ini kerana ia terdapat pada tanah, udara dan air bawah tanah secara semula jadi. Tapi, mereka yang terdedah lebih kerap terhadap bahan beracun ini seperti peladang, pekerja di kilang penapisan serta individu yang minum minuman yang tercemar atau tinggal berdekatan peleburan tanaman lebih berisiko.
  • Faktor keturunan yang boleh menyebabkan kanser kulit – Ada penyakit genetik yang jarang berlaku mendorong pada adanya sel basal karsinoma. Sindrom nevoid sel karsinoma basal (Gorlin-Goltz) boleh mengakibatkan adanya banyak sel basal karsinoma serta gangguan pada kulit, tulang, sistem saraf, mata dan kelenjar endokrin. ‘Xeroderma pigmentosum’ pula boleh menyebabkan sensitiviti yang melampau terhadap cahaya matahari serta meningkatkan risiko kanser kulit. Ini kerana individu yang mengalami simptom ini hanya ada sedikit atau tiada langsung harapan untuk merawat kerosakan pada kulit yang berlaku kerana cahaya ultraviolet.

 

Diagnosis Kanser kulit sel basal karsinoma

Doktor akan melihat sebarang pertumbuhan yang berlaku pada kulit anda. Doktor juga boleh bertanyakan soalan seperti:

• Adakah anda menghabiskan masa yang banyak dan terdedah pada matahari semasa membesar?

• Adakah anda pernah melecet kerana ‘sunburn’?

• Adakah anda menggunakan krim pelindung cahaya matari?

• Pernahkah anda menggunakan alat untuk menjemur kulit?

• Pernahkah anda mengalami pendarahan yang melampau pada kulit dan tidak sembuh?

Doktor akan mengambil sampel atau membuat biopsi pada ketumbuhan itu. Ini dibuat dengan mengebaskan kawasan itu dan mengambil sedikit sampel kulit anda. Kemudian, sampel itu akan dihantar ke makmal dan diperiksa bagi sel-sel kanser.

 

Rawatan Kanser kulit sel basal karsinoma

  • Membuang tumor – Doktor anda mungkin menggelarnya sebagai pemotongan. Pertama, doktor akan kebaskan tumor itu serta kulit di sekitarnya. Kemudian, dia akan mengikis keluar tumor itu dengan alat seperti sudu. Setelah itu, doktor akan membuang keluar tumor dan sedikit kulit yang tidak bermasalah dan menghantarnya ke makmal.

Sekiranya keputusan makmal menunjukkan bahawa ia mengandungi kanser sel sekitar tumor anda, doktor mungkin harus membuang lebih banyak kulit anda.

  • Mengorek keluar tumor menggunakan elektrik bagi membunuh sel kanser – Anda mungkin mendengar doktor anda memanggil proses ini sebagai proses penghakisan atau pengeringan. Pertama, doktor anda akan kebaskan kulit anda. Kemudian, menggunakan alat menghakis yang berbentuk seperti sudu untuk mengorek keluar tumor itu. Pendarahan yang berlaku dan penghapusan sel-sel kanser yang lain akan dikawal oleh doktor menggunakan jarum elektrik.
  • Membekukan sel kanser – Ini dikenali sebagai ‘cryosurgery’. Doktor akan membunuh sel kanser anda dengan membekukan mereka menggunakan cecair nitrogen.
  • Terapi radiasi – Rawatan ini menggunakan X-ray bagi membunuh sel kanser anda. Ia juga akan dilakukan selama beberapa minggu.
  • Pembedahan ‘moh’ – Ini adalah kaedah yang dinamakan sempena nama doktor yang menciptanya. Doktor bedah anda mengeluarkan tumor anda lapisan demi lapisan. Doktor akan mengeluarkan sedikit tisu then melihatnya di bawah mikroskop untuk melihat sekiranya ia mengandungi sel kanser. Kemudian, dia akan meneruskan dengan lapisan seterusnya. Kaedah ini boleh dicadangkan oleh doktor anda sekiranya tumor anda:

• Besar

• Terdapat pada bahagian sensitif di badan anda

• Telah ada buat masa yang lama

• Muncul semula setelah rawatan lain yang anda lakukan

  • Krim dan pil – Doktor anda juga boleh mencadangkan penggunakan ubat yang boleh merawat sel basal karsinoma ini. Dua krim yang boleh disapu pada kulit adalah:

• Fluorouracil (5-FU)

• Imiquimod

Anda mungkin harus menyapu krim ini pada kulit selama beberapa minggu. Doktor juga akan membuat pemeriksaan yang kerap bagi mengetahui sejauh mana ia berkesan.

Ada juga pil lain yang boleh diberi iaitu sonidegib (Odomzo) atau vismodegib (Erivedge). Anda berkemungkinan mendapatkan salah satu ubat ini sekiranya sel kanser ini telah merebak ke bahagian lain di tubuh anda. Rawatan lain yang boleh dibuat juga adalah seperti rawatan laster atau rawatan ‘photodynamic’.

 

Langkah Pencegahan Kanser kulit sel basal karsinoma

Anda boleh kurangkan risiko mendapat penyakit ini sekiranya anda:

  • Elakkan terkena matahari pada waktu tengah hari – Elakkan matahari ketika mereka bersinar dengan kuat. Bagi kebanyakan tempat, sinaran ini selalunya berlaku antara pukul 10 pagi dan 4 petang. Memandangkan sinaran matahari adalah paling kuat dalam tempoh ini, cuba untuk rancangan aktiviti luar anda pada masa lain dalam hari yang sama walaupun semasa musim sejuk. Anda boleh menyerap radiasi UV sepanjang tahun dan awan membantu memberikan sedikit perlindungan daripada sinaran yang membahayakan.
  • Gunakan pelindung cahaya matahari sepanjang tahun Pilih pelindung cahaya matahari yang boleh menghalang jenis radiasi UVA dan UVB pada matahari dan mengandungi kadar SPF sekurang-kurangnya 15. Sapukan dan ratakannya dengan secukupnya dan sapukan lagi setiap dua jam. Anda boleh sapu dengan lebih kerap sekiranya anda berenang atau berpeluh. Terdapat pakar ada mencadangkan penggunaan krim pelindung cahaya matahari yang mengandungi SPF sebanyak 30 atau lebih.
  • Pakai pakaian yang boleh melindungi kulit anda – Pakai pakaian yang melindungi kulit anda kerana pelindung cahaya matahari tidak memberikan perlindungan secara menyeluruh daripada sinaran UV. Jadi, pakai pakaian yang tenunan yang ketat yang boleh menutupi bahagian lengan dan kaki serta topi yang ada rekaan besar yang boleh memberi lebih banyak perlindungan berbanding topi besbol atau visor. Ada juga syarikat yang menjual pakaian lindungan cahaya. Pakai cermin mata yang memberi perlindungan penuh daripada terkena sinaran UVA dan UVB.
  • Elakkan proses menjemurkan kulit – Menjemurkan kulit boleh melepaskan radiasi UV yang boleh meningkatkan risiko mendapat kanser kulit.
  • Jadi akrab dengan kulit anda agar sebarang perubahan dapat dikesan – Lakukan experimen dengan kulit anda supaya anda berasa lebih selesa dengan rupa kulit anda semasa normal. Dengan ini, anda akan lebih mudah mengesan apa-apa perubahan pada kulit. Dengan bantuan cermin, periksa muka, leher, telinga dan kulit kepala anda. Periksa dada dan abdomen serta bahagian atas dan bawah lengan dan tangan anda. Periksa juga depan belakang kaki, paha serta ruang antara jari kaki anda. Lakukan pemeriksaan pada bahagian alat sulit serta bahagian antara punggung. Sekiranya anda melihat sesuatu yang pelik, berbincanglah dengan doktor anda.
  • Tanya doktor tentang pemeriksaan – Sekiranya anda sudah ada penyakit kanser kulit, anda lebih berisiko mendapatkan penyakit kanser yang lain. Berbincang dengan doktor anda tentang betapa kerap anda harus lakukan pemeriksaan bagi mendapatkan kepastian.

SUMBER

https://www.webmd.com/melanoma-skin-cancer/melanoma-guide/basal-cell-carcinoma#1

https://www.medicinenet.com/image-collection/basal_cell_carcinoma_picture/picture.htm

https://www.merckmanuals.com/home/skin-disorders/skin-cancers/basal-cell-carcinoma

https://www.healthline.com/health/basal-cell-carcinoma

error: Content is protected !!