Seseorang ibu yang mengalami kandungan luar rahim adalah salah satu keadaan yang berbahaya. Ia akan menyebabkan kematian jika tidak dirawat pada peringkat awal.

Ini berlaku kerana telur yang telah disenyawakan melekat pada bahagian lain seperti bahagian Tiub Fallopio, pangkal rahim dan beberapa tempat lain daripada rahim. Diketahui bahawa bayi tidak boleh dibesarkan pada bahagian selain daripada dalam rahim.

Untuk mengelakkan komplikasi dan juga untuk menyelamatkan nyawa ibu, rawatan kecemasan perlu dilakukan

Tanda- Tanda Kandungan luar rahim

Terdapat beberapa tanda kandungan jenis ini iaitu:

  • Di bahagian abdomen, bahu dan leher akan mengalami sakit yang teruk
  • Vagina keluarkan darah
  • Rasa pening kepala atau pengsan
  • Dada berdebar-debar

Punca Kandungan Luar Rahim

Ada beberapa faktor yang meningkatkan risiko untuk seseorang mengalami masalah kandungan laur rahim:

  • Mempunyai sejarah mengandung luar rahim sebelum ini
  • Di kawasan reproduktif dijangkiti kuman
  • Rawatan kesuburan: Menurut kajian menunjukkan sesiapa yangmembuat rawatan keseburan lebih berisiko
    untuk mendapat kandungan luar rahim
  • Merokok
  • Mempunyai sejarah pembedahan bahagian perut
  • Masalah endometriosis
  • Masalah fibroid

Diagnosis

Terdapat beberapa penyiasatan yang perlu dibuat untuk mengesahkan seseorang itu mempunyai kandungan di luar rahim ataupun tidak.

  1. Ultrasound

Untuk melihat kedudukan kandungan tersebut sama ada di dalam rahim ataupun diluar ujian ultrasound perlu dijalankan. Ultrasound yang dibuat terus ke dalam vagina pesakit (Transvaginal ultrasound) lebih tepat bandingan dengan ultrasound di atas abdomen.

2. Hormon Chorionic Gonadotropin (HCG)

Sampel darah pesakit akan diambil untuk melihat bacaan HCG sekiranya kandungan tidak dapat dilihat daripada ultrasound. Pesakit sedang mengandung dan kandungan diluar rahim adalah perkara yang perlu disyaki jika Bacaan HCG yang meningkat dengan ketara.

Rawatan

Kandungan Luar rahim membahayakan nyawa ibu dan bayi tidak akan boleh membesar. Dalam masalah ini, perlu untuk membuang embryo yang terhasil untuk mengelakkan kehilangan nyawa ibu.

  1. Ubat-ubatan

Pesakit akan diberikan ubat-ubat untuk mengelakkan kandungan diluar rahim tersebut pecah jika keadaan tidak komplikasi. Ubat Methotrexate adalah untuk digunakan untuk memberhentikan sel badan yang cepat membahagi seperti dalam sel bayi yang sedang membesar. Ubat ini akan menyebabkan keguguran.

2. Pembedahan

Pembedahan perlu dilakuan untuk mengeluarkan embrio dan membetulkan struktur reproduktif yang telah tergganggu jika pesakit dalam keadaan yang berbahaya.

Sumber

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/ectopic-pregnancy/diagnosis-treatment/drc-20372093

https://www.webmd.com/baby/pregnancy-ectopic-pregnancy#1

Summary
Kandungan Luar Rahim - Punca, Diagnosis dan Rawatan
Article Name
Kandungan Luar Rahim - Punca, Diagnosis dan Rawatan
Description
Seseorang ibu yang mengalami kandungan luar rahim adalah salah satu keadaan yang berbahaya. Ia akan menyebabkan kematian jika tidak dirawat pada peringkat awal.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: