kandungan gula dalam minuman
Anda boleh mendapatkan gula daripada pelbagai sumber seperti makanan, minuman dan banyak lagi.

Gula adalah kelas karbohidrat dengan rasa yang manis. Ia juga merupakan bahan bakar yang cepat dan mudah digunakan oleh badan. Beberapa jenis gula adalah laktosa, glukosa, fruktosa dan sukrosa.

Jenis paling asas bagi semua kumpulan gula disebut sebagai monosaccharides dan ini membentuk blok bagi jenis karbohidrat lain. Walaupun monosaccharides dapat dtemui dengan sendirinya, monosaccharides biasanya dijumpai secara berpasangan untuk membentuk bentuk-bentuk gula yang lain.

Sebilangan besar gula biasa yang diambil dalam pemakanan dikenali sebagai disaccharides kerana ia adalah campuran dua monosaccharides di atas. Faktor-faktor seperti betapa manisnya mereka, seberapa cepat mereka diserap, dan bagaimana ia mempengaruhi badan bergantung kepada jenis yang digabungkan.

Anda boleh mendapatkan gula daripada pelbagai sumber seperti makanan, minuman dan banyak lagi. Dalam artikel ini, kita akan memfokuskan tentang pengambilan gula dalam minuman.

Jenis-jenis gula

Gula semula jadi

Gula yang dihasilkan secara semula jadi terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan produk berasaskan susu dan ini dianggap tidak berbahaya bagi kesihatan, walaupun ia mengandungi kalori.

Gula buatan/ tiruan

Gula buatan/ tiruan merangkumi madu, sirap dan nektar sama ada ditambahkan pada produk semasa pembuatan atau oleh pengguna.

Ini termasuklah ramuan seperti ekstrak malt dan sirap glukosa, laktosa dan galaktosa yang ditambahkan sebagai bahan dan semua gula yang terdapat secara semula jadi dalam jus buah-buahan dan sayur-sayuran, pekat, smoothie, purees, pasta, serbuk dan produk buah dan sayur yang dikeluarkan.

Semua gula dalam minuman juga disertakan, seperti minuman beralkohol dan minuman berasaskan alternatif kacang dan tenusu. Walau bagaimanapun, susu dan minuman lain berasaskan tenusu tidak termasuk.

Malah, gula buatan/ tiruan ini terdapat dalam pelbagai jenis makanan seperti gula-gula, kuih-muih, biskut, jus dan minuman bersoda, dan ini boleh memudaratkan kesihatan jika ia diambil secara berlebihan.

Walaupun makanan seperti buah dan produk tenusu boleh menjadi sumber vitamin, mineral dan serat yang baik; makanan yang mengandungi gula buatan/ tiruan hanya mempunyai faedah pemakanan yang sangat sedikit atau tiada langsung.

Mengapa gula buatan/ tiruan tidak baik untuk anda?

Gula buatan/ tiruan adalah buruk bagi anda kerana ia mempunyai kalori. Jika anda menghidap diabetes atau keadaan yang berkaitan dengan diabetes, gula akan meningkatkan lagi kadar gula darah dan trigliserida anda, yang merupakan faktor bagi risiko penyakit jantung.

Bagi pesakit yang menghidap diabetes, masalahnya ialah mereka tidak menghasilkan insulin, atau menentang terhadapnya. Tanpa insulin, mengambil gula tambahan akan meningkatkan kadar gula darah.

Tetapi, diabetes bukan hanya mengenai gula darah tetapi juga berkaitan trigliserida dan tahap lipid. Gula adalah sangat padat dengan kalori.

Jadi, anda dengan mudah boleh mengambil banyak gula dalam minuman ringan, dan dalam semua jenis makanan yang mengandungi gula tambahan.

Dengan kalori yang banyak pada gula, tidak mustahillah jika pengambilannya boleh menggemukkan anda serta menyebabkan masalah kesihatan yang lain.

Sekarang, mari ketahui lebih lanjut mengenai kandungan gula dalam minuman

Gula tambahan adalah asas diet moden kita – dan minuman bergula boleh dikatakan cara paling mudah untuk terlebih mengambil gula. Jenis minuman yang berbeza juga mempunyai jumlah gula yang berlainan seperti:

1. Jus

Walaupun jus sering mengandungi nutrien yang sihat seperti vitamin, mineral dan phytochemicals, pengambilannya juga harus dihadkan kerana ia mengandungi kadar gula (walaupun berasaskan gula buah yang terdapat secara semula jadi) dan kalori yang sama banyak seperti minuman ringan.

Sebagai contoh, jus oren mengandungi 170 kalori dengan 10 sudu teh gula di dalamnya. Sekiranya anda membandingkannya dengan satu tin soda, dari segi isipadunya, jumlah itu hampir sama walaupun jus yang dibandingkan itu adalah jus buah tanpa gula tambahan.

2. Kopi

Jumlah gula yang tinggi bukan sahaja menjadikan minuman lebih enak tetapi juga memberi tenaga dalam bentuk kafein yang terdapat di dalam kopi.

Di samping itu, 67% peminum kopi menggunakan bahan tambahan kalori seperti krimer, gula, pemanis, atau hanya mengambil setengah bahagian daripada bahan yang disebut sebelumnya. Bahan tambahan ini sememangnya padat dengan tenaga daripada lemak dan gula tetapi rendah dalam kepadatan nutrien.

Peminum kopi biasanya mengambil rata-rata sekitar 70 kalori lebih banyak setiap hari berbanding mereka yang tidak mengambil kopi. Oleh itu, anda mungkin ingin mengurangkan pengambilan kopi terutama daripada minuman seperti Starbucks venti coklat putih mocha atau Starbucks venti chai tea latte yang mana masing-masing mengandungi 18 sudu teh gula dan 13 sudu teh gula.

3. Teh

Teh adalah minuman biasa yang diminum oleh dua pertiga penduduk dunia. Walaupun teh yang diseduh dengan jelas tidak mengandungi kalori, kebanyakan pilihan teh yang siap diminum dan berperisa penuh dengan gula dan lemak tambahan.

Dengan trend semasa, air ‘bubble tea’ banyak diminum terutama oleh golongan muda tetapi apa yang tidak diketahui mereka adalah 1 auns minuman tersebut mengandungi sekurang-kurangnya 20 sudu teh. Ketahuilah bahawa setiap sudu teh (4 gram) gula menambahkan 16 kalori ke dalam teh anda.

4. Air soda

Minuman ini bukan hanya tidak mempunyai nilai pemakanan, malah minuman soda juga penuh dengan gula. Meminum soda sekali-sekala mungkin tidak akan menyakitkan anda selagi anda mengekalkan diet sihat.

Tetapi jika anda sering memilih soda atau minuman lain yang mengandungi gula, kesannya boleh menjadi serius lama-kelamaan. Mari kita lihat beberapa jenis soda yang terkenal dan jumlah gula yang terdapat di dalamnya:

  • Pepsi – 41 gram gula
  • Coke – 39 gram gula
  • Mountain Dew – 46 gram gula
  • 100 Plus – 34 gram gula
  • F&N – 54 gram gula

5. Minuman bertenaga

Minuman bertenaga mempunyai gula sebanyak minuman ringan, serta kafein yang mencukupi untuk meningkatkan tekanan darah anda. Malah, ia juga mempunyai bahan tambahan yang tidak diketahui kesan jangka panjangnya terhadap kesihatan.

Atas sebab-sebab ini, ianya adalah lebih baik untuk tidak mengambil minuman bertenaga ini. Satu minuman tenaga 500ml boleh mengandungi hingga 17 sudu teh gula dan jumlah kafein yang sama seperti dalam 2 cawan espresso. Minuman bertenaga biasa pada dasarnya adalah minuman bergula dengan tambahan kafein serta memang diketahui ia dikaitkan dengan kesihatan gigi yang buruk dan masalah berat badan berlebihan.

Berikut adalah beberapa minuman kegemaran rakyat Malaysia dan jumlah gula yang terdapat dalamnya.

  1. Air kordial (sirap, sarsi, anggur dll) – 12g gula (lebih kurang 3 sudu gula)
  2. Air teh ais – 30g gula (lebih kurang 6 sudu gula)
  3. Teh tarik – 26g gula (lebih kurang 5 sudu gula)
  4. Kopi kopi – 24g gula (lebih kurang 5 sudu gula)
  5. Air milo – 12g gula (lebih kurang 3 sudu gula)

Jadi, adakah minuman sebegitu masih boleh diminum?

Ianya adalah sangat penting untuk membuat perbezaan antara gula tiruan dan gula tambahan yang terhasil secara semula jadi dalam makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pengambilan gula berlebihan telah dikaitkan dengan masalah seperti obesiti, diabetes jenis 2, penyakit jantung, jenis kanser tertentu, kerosakan gigi, penyakit hati berlemak tanpa alkohol dan banyak lagi. Tambahan pula, pengambilan minuman bergula yang lebih tinggi dikaitkan dengan peningkatan risiko kematian pramatang.

Seperti dalam banyak perkara, kesederhanaan adalah kuncinya. Hanya minum minuman selain air kosong sesekali sahaja kerana mengambil minuman bergula tidak akan berasa kenyang seperti jika mereka mendapatkan kalori yang sama daripada makanan pepejal.

Selain itu, kajian menunjukkan bahawa kandungan kalori tinggi dalam minuman tidak dapat diimbangkan dengan makan yang kurang.

Bagaimana untuk mengelakkan minuman bergula?

Berikut adalah cadangan untuk mengurangkan sedikit gula daripada minuman anda seperti:

  • Minum banyak air kosong setiap hari.
  • Minum minuman berkalori rendah dan jus buah 100%  sekali-sekala.
  • Elakkan minuman bersoda dan bergula yang bukan jus 100 peratus.
  • Pilihan minuman sihat lain adalah air sparkling (tambah hirisan lemon, potongan strawberi, kepingan pudina atau timun untuk rasa tambahan), susu tanpa lemak biasa, teh atau kopi tanpa gula tambahan.
  • Minuman rendah gula juga menjadi pilihan jika anda tidak cukup bersedia untuk beralih kepada air kosong. Air berperisa dengan gula tambahan yang minimum atau tidak mempunyai gula adalah lebih baik berbanding minuman bergula yang lain.

SUMBER

https://www.webmd.com/diabetes/qa/what-is-sugar

https://www.healthline.com/nutrition/how-much-sugar-per-day#section2

https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/healthy-drinks/sugary-drinks/

https://www.livescience.com/36188-sugar-bad.html

http://www.actiononsugar.org/sugar-and-health/what-is-sugar

https://www.skillsyouneed.com/ps/sugar.html

Summary
Kandungan gula dalam minuman
Article Name
Kandungan gula dalam minuman
Description
Gula tambahan adalah asas diet moden kita - dan minuman bergula boleh dikatakan cara paling mudah untuk terlebih mengambil gula.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: