kancing gigi
Kancing Gigi juga dikenali sebagai Tetanus

Kancing Gigi juga dikenali sebagai Tetanus, adalah jangkitan serius yang disebabkan oleh bakteria Clostridium tetani. Bakteria ini menghasilkan toksin yang memberi kesan kepada otak dan sistem saraf, sehingga menyebabkan kekejangan otot.

Jika spora Clostridium tetani berada di dalam luka, neurotoksin padanya boleh mengganggu saraf yang mengawal pergerakan otot.

Jangkitan ini boleh menyebabkan kekejangan otot yang teruk, kesukaran bernafas yang serius, dan akhirnya boleh membawa maut. Walaupun rawatan Tetanus telah tersedia, kesannya adalah tidak seragam. Cara terbaik untuk melindungi diri anda daripada Kancing Gigi adalah mengambil vaksin.

Simptom Kancing Gigi

Simptom penyakit ini dihasilkan daripada toksin yang dikeluarkan oleh bakteria Tetanus. Simptom sering bermula kira-kira seminggu selepas jangkitan. Tetapi boleh terjadi selama tiga hari hingga tiga minggu atau lebih lama lagi, selepas dijangkiti. Simptom yang biasa berlaku adalah rahang kaku dan boleh menjadi “terkancing.”. Berikutlah bagaimana penyakit ini dikenali sebagai Kancing Gigi.

Simptom Kancing Gigi termasuklah:

• Sakit kepala

• Kekejangan otot, bermula dari rahang, kemudian leher dan lengan, kaki, atau perut

• Masalah menelan

• Kegelisahan dan kesengsaraan

• Berpeluh dan demam

• Palpitasi dan tekanan darah tinggi

• Kekejangan otot di muka, menyebabkan pesakit kelihatan aneh ketika senyum atau sengih

Sekiranya tidak dirawat, Tetanus boleh menyebabkan kematian akibat kelemasan.

Punca Kancing Gigi

Penyakit ini disebabkan oleh toksin yang dihasilkan oleh spora bakteria Clostridium tetani, yang terdapat di dalam tanah, habuk dan najis haiwan. Apabila spora memasuki luka yang dalam, ia menjadi bakteria yang boleh menghasilkan toksin yang bahaya, tetanospasmin. Toksin ini merosakkan saraf yang mengawal otot anda (motor neuron). Selain itu, ia juga boleh menyebabkan kekejangan otot iaitu tanda-tanda dan simptom tetanus utama.

Hampir semua kes-kes berkaitan penyakit tersebut berlaku pada individu yang tidak pernah diberi vaksin atau pada individu dewasa yang tidak menyelenggara suntikan mereka selama 10 tahun. Anda tidak boleh dijangkiti Kancing Gigi daripada seseorang yang menghidapinya.

Diagnosis Kancing Gigi

Di kebanyakan negara, ramai doktor mungkin tidak pernah melihat pesakit yang menghidap Kancing Gigi. Hal demikian kerana vaksin Kancing Gigi telah disediakan sebagai sebahagian daripada imunisasi kanak-kanak justeru jangkitannya jarang berlaku.

Lebih awal pesakit didiagnosis dengan Kancing Gigi, lebih berkesan rawatannya. Pesakit yang mengalami kekejangan otot dan kekakuan yang baru mengalami luka biasanya boleh didiagnosis dengan lebih cepat.

Diagnosis mungkin mengambil masa yang lama dengan pesakit yang mengambil dadah kerana mereka selalunya mengalami keadaan perubatan lain juga. Mereka perlu menjalani ujian darah untuk pengesahan.

Sedikit peringatan, jika anda mengalami kekejangan otot dan kekakuan anda perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Faktor Risiko Kancing Gigi

Berikut merupakan faktor risiko bagi kemungkinan anda menghidap Kancing Gigi:

  • Kegagalan untuk mendapatkan vaksin atau mengikuti perkembangan terkini dengan suntikan Tetanus
  • Kecederaan yang menyebabkan spora Tetanus masuk ke dalam luka
  • Bahagian badan dimasuki bahan luar seperti paku atau serpihan kayu

Kes Kancing Gigi boleh berkembang dari:

• Luka tebukan, termasuklah serpihan, tindik badan, tatu dan suntikan

• Luka tembakan

• Tulang patah

• Terbakar

• Luka pembedahan

• Penggunaan ubat suntikan

Gigitan haiwan atau serangga

• Ulser kaki yang dijangkiti

• Jangkitan pergigian

• Tali pusat yang dijangkiti pada bayi yang baru lahir yang dilahirkan daripada ibu yang tidak divaksinasi

Rawatan Kancing Gigi

Tiada ubat untuk merawat Kancing Gigi. Rawatan hanya terdiri daripada penjagaan luka, ubat-ubatan untuk meringankan simptom dan penjagaan sokongan.

Penjagaan luka

Adalah penting untuk sentiasa membersihkan luka bagi mencegah pertumbuhan spesis Kancing Gigi. Prosedur ini melibatkan penghapusan kotoran, objek asing dan tisu mati dari luka.

Ubat-ubatan

• Antitoksin. Doktor anda boleh memberikan antitoksin Tetanus, seperti Tetanus immunoglobulin. Walau bagaimanapun, antitoksin hanya boleh meneutralkan toksin yang belum terikat pada tisu saraf.

Antibiotik. Doktor anda juga boleh memberikan anda antibiotik, sama ada secara oral atau suntikan untuk melawan bakteria Tetanus.

Vaksin. Semua individu yang menghidap Tetanus perlu menerima vaksin Tetanus sebaik sahaja mereka didiagnosis dengan keadaan ini.

• Sedatif. Doktor biasanya menggunakan sedatif yang kuat untuk mengawal kekejangan otot.

• Ubat lain. Ubat lain, seperti magnesium sulfat dan beta blocker tertentu, mungkin digunakan untuk mengawal aktiviti otot bukan sukarela, seperti degupan jantung dan pernafasan. Morfin dan ubat pelali juga mungkin digunakan untuk tujuan ini.

SUMBER

https://www.medicalnewstoday.com/articles/163063

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/tetanus/symptoms-causes/syc-20351625

https://www.healthline.com/health/tetanus

Summary
Kancing Gigi (Tetanus) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Kancing Gigi (Tetanus) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Kancing Gigi juga dikenali sebagai Tetanus, adalah jangkitan serius yang disebabkan oleh bakteria Clostridium tetani.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: