Ganglia Basal
Kalsifikasi ganglia basal adalah keadaan yang sangat jarang terjadi apabila kalsium terbentuk di dalam otak anda, biasanya dalam ganglia basal, bahagian otak anda yang membantu pergerakan kawalan. Bahagian-bahagian lain otak anda juga boleh terjejas.

Kalsifikasi (pemendapan) ganglia basal adalah keadaan yang jarang berlaku dan hanya berlaku apabila kalsium terbentuk di dalam otak anda. Ia biasanya terbentuk dalam ganglia basal iaitu bahagian otak yang membantu mengawal pergerakan. Bahagian-bahagian lain otak anda juga boleh terjejas.

Selain itu, keadaan ini juga dipanggil kalsifikasi ganglia basal idiopatik keturunan atau kalsifikasi otak keturunan yang utama. Ia biasanya dipanggil penyakit Fahr atau sindrom Fahr.

Anda lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit kalsifikasi ganglia basal ketika berumur antara usia 30 dan 60 tahun, walaupun ia boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Kebanyakan individu yang menghidapnya mempunyai kesihatan yang baik sebelum mereka mengetahui bahawa mereka memiliki keadaan ini.

 

Punca Kalsifikasi Ganglia Basal

Kalsifikasi ganglia basal kadangkala terjadi apabila anda semakin berumur, tetapi ia kerap berlaku kerana gen yang disampaikan daripada ibu bapa kepada anda. Hanya satu gen yang cacat diperlukan dari salah seorang ibu bapa untuk mendapatkan penyakit ini. Ibu bapa anda mungkin memiliki atau tidak memiliki simptom penyakit ini.

Peningkatan kadar kalsium dalam ganglia basal anda juga boleh berlaku kerana faktor jangkitan, masalah dengan kelenjar paratiroid anda dan sebab-sebab lain. Apabila ia berlaku kerana faktor-faktor ini, ia juga dikenali sebagai kalsifikasi ganglia basal, tetapi sedikit berbeza daripada bentuk genetik penyakit ini.

 

Simptom Kalsifikasi Ganglia Basal

Anda mungkin tidak mempunyai simptomnya sama sekali. Namun, jika ada, ia biasanya berlaku dalam dua jenis: sama ada pergerakan atau psikiatri. Simptom yang tepat bergantung kepada bahagian otak yang dijangkiti.

– Simptom pergerakan:

  • Cemerkap.
  • Berjalan dengan tidak stabil.
  • Bercakap dengan lebih perlahan daripada biasa, atau kekaburan ketika berkata-kata.
  • Kesukaran menelan.
  • Pergerakan tangan atau kaki yang tidak aktif.
  • Otot yang kejang.
  • Lengan dan kaki yang kaku (dipanggil spastik).
  • Gementar, kekejangan otot, kekurangan ekspresi wajah.

 

– Simptom psikiatri:

  • Tumpuan yang kurang baik.
  • Kesukaran untuk mengingat.
  • Perubahan emosi.
  • Psikosis, atau seperti hilang daripada realiti.
  • Dimensia.

 

Diagnosis Kalsifikasi Ganglia Basal

Tiada ujian boleh dibuat untuk mendiagnosis keadaan ini. Sebaliknya, doktor akan menggunakan beberapa kaedah untuk melihat jika anda memilikinya.

Diagnosis biasanya bermula dengan simptom dan sejarah keluarga. Jika salah seorang ahli keluarga anda memilikinya, ianya berkemungkinan bahawa simptom anda (jika ada) adalah sebahagian daripada sindrom yang sama.

Ujian pengimejan seperti imbasan resonans magnetik (MRI scan) dan sinar-X mungkin boleh menunjukkan sama ada terdapat sebarang kalsium dalam otak anda. Imbasan tomografi berkomputer (CT scan), yang menggabungkan banyak sinar-X untuk membuat gambar terperinci bahagian badan anda adalah ujian pengimejan yang paling biasa digunakan. Namun begitu, jika adanya keadaan kalsifikasi itu, doktor selalunya tidak pasti sekiranya ia berlaku disebabkan penyakit itu atau keadaan yang lain.

Selain itu, doktor juga mungkin memerlukan anda melakukan ujian air kencing dan darah yang khas untuk menolak punca masalah yang lain.

Sekiranya salah seorang ibu bapa anda memilikinya, anda mempunyai peluang 50% untuk memilikinya juga. Jika keadaan ini terdapat dalam keluarga anda, anda boleh menguji gen anda sama ada anda mempunyai simptom penyakit ini atau tidak.

 

Rawatan Kalsifikasi Ganglia Basal

Tiada ubat yang boleh diambil untuk menyembuhkan keadaan ini, tetapi ada rawatan yang boleh melegakan simptom. Sebagai contoh, jika anda mempunyai sawan, ubat anti-epilepsi tertentu boleh membantu. Sama juga sekiranya anda mempunyai migrain, anda boleh mengambil ubat untuk mencegah dan merawatnya.

Sekiranya anda berasa cemas atau tertekan, jumpa doktor anda. Terdapat ubat tertentu yang boleh membantu merawat masalah berkaitan emosi ini.

Oleh itu, ianya adalah idea yang baik untuk berjumpa doktor atau pakar perubatan setiap tahun sekiranya anda didiagnosis dengan penyakit ini bagi melihat sama ada ia sudah berubah atau telah menjadi lebih serius.

SUMBER

https://www.webmd.com/a-to-z-guides/ganglion-cyst#1

https://www.healthline.com/health/ganglion-cyst-removal

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/ganglion-cyst/symptoms-causes/syc-20351156

https://www.medicalnewstoday.com/articles/156995

Summary
Kalsifikasi Ganglia Basal (Basal ganglia calcification) - Punca, Simptom, Diagnosis dan Rawatan
Article Name
Kalsifikasi Ganglia Basal (Basal ganglia calcification) - Punca, Simptom, Diagnosis dan Rawatan
Description
Kalsifikasi (pemendapan) ganglia basal adalah keadaan yang jarang berlaku dan hanya berlaku apabila kalsium terbentuk di dalam otak anda. Ia biasanya terbentuk dalam ganglia basal iaitu bahagian otak yang membantu mengawal pergerakan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: