Kaki terseliuh adalah satu keadaan kecederaan yang berlaku pada sendi dibahagian buku lali. Ia berlaku sewaktu buku lali  bengkuk ke bahagian dalam. Kecederaan atau kerosakan pada ligamen dibahagian buku lali dikategorikan sebagai kaki terseliuh.

Ramai daripada kita pernah mengalami masalah ini dan terdapat pelabagi cara untuk merawatnta seperti baik dengan sendiri atau pengambil ubat tahan sakit dan sebagainya.

Punca kaki terseliuh

Apabila buku lali kaki seseorang itu tergeliat cedera pada ligament, seseorang itu akan mengalami kaki terseliuh. Keadaan buku lali bengkok secara tiba-tiba berlaku semasa melakukan aktiviti fizikal Kecederaan ini boleh menyebabkan kaki tersebut menjadi bengkak dan lebam.

Simptom

Anda mungkin menghadapi kaki terseliuh apabila mempunyai simptom-simptom ini tersebut:

  • Bengkak kaki
  • Bahagian kaki sakit
  • Kaki tidak boleh menampung berat badan
  • Kaki lebam

Rawatan

Kaedah terapi urutan akan memberi kebaikan kepada pesakit kaki terseliuh akut. RICE iaitu resticecompression dan elevation adalah sebagai pandu rawatan standard untuk memmulihkan terseliuh.

  • Rest: Elakkan diri dalam aktiviti yang boleh menyebabkan kesakitan, pembengkakan dan ketidakselesaan semasa berlaku aktiviti.
  • Ice: Gunakan pek ais dengan segera selama 15 ke 20 minit dan ulanginya dalam setiap 2 atau 3 jam. 
  • Compression:  Gunakan pembalut elastik pada bahagian kaki yang bengkak untuk mengurangkan pembengkakan. Jangan membalut dengan terlalu ketat.
  • Elevation: Tinggikan atau naikkan kaki anda lebih tinggi daripada paras jantung anda untuk mengurangkan bengkak.

Selain itu, pengambilan ubat tahan sakit seperti Naproxen dan ibuprofen boleh juga mengurangkan kesakitan di kawasan kaki tersebut.

Cara-cara pencegahan

Jika seseorang mempunyai sejarah kaki terseliuh, ia akan boleh berlaku semula semasa melakukan aktiviti Oleh sebab itu, untuk mengurangkan masalah risiko ini perkara-perkara dibawah boleh kita mengelakkan masalah ini berlaku.

  • Semasa melakukan aktiviti fizikal, gunakan kasut yang sesuai.
  • Ketika bermain di padang, pastikan tiada lubang pada kawasan padang.
  • Semasa melakukan aktiviti fizikal, bersihkan halangan yang mengganggu tempat
  • Pastikan buku lali kuat dan fleksibel
  • Mengelak lompat daripada kawasan yang tinggi

Sumber

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/sprained-ankle/diagnosis-treatment/drc-20353231

https://www.healthline.com/health/fitness-exercise/ankle-stretches#ankle-circleshttps://www.webmd.com/pain-management/ankle-sprain

Summary
Kaki Terseliuh - Punca, Simptom dan Rawatan
Article Name
Kaki Terseliuh - Punca, Simptom dan Rawatan
Description
Kaki terseliuh adalah satu keadaan dimana terdapat kecederaan pada sendi dibahagian buku lali. Ianya selalu berlaku apabila buku lali itu bengkuk ke bahagian dalam. Ianya boleh menyebabkan kecederaan ataupun kerosakan pada ligamen dibahagian buku lali.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: