wirid doa selepas solat

Wirid doa selepas solat adalah perkara yang amat digalakkan. Untuk mendekatkan kepada Allah SWT amalan berwirid juga adalah amalan doa yang merupakan satu ibadah yang sangatlah dituntut. Allah SWT berfirman :

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Maksudnya : Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

(Surah Ghafir : 60)

Ibnu Rajab al-Hanbali (w.795 H) berkata:

“Sesungguhnya doa itu dituntut (untuk dilakukan) dan dijanjikan untuk ditunaikan (doa tersebut) seperti firman Allah SWT ‘Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”

Sumber: Jami’ al-Ulum wa al-Hikam (hlmn 392)

Berdasarkan firman Allah SWT dan hadis di atas amalan berzikir dan berdoa selepas solat fardu adalah amalan yang digalakkan. Ini diperkuatkan lagi melalui  beberapa riwayat hadis dan athar berkaitan galakan dan kelebihan amalan zikir dan berdoa selepas solat fardhu. Antaranya :

Daripada Abu Umamah : Beliau berkata bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang apakah doa yang paling didengari. Rasulullah SAW menjawab :

جَوْفَ اللَّيْلِ الْآخِرِ وَدُبُرَ الصَّلَوَاتِ الْمَكْتُوبَاتِ

Maksudnya :”(Doa yang paling didengari ialah) ketika satu pertiga malam yang terakhir dan ketika selesai solat fardu.”

Riwayat al-Tirmizi ( 3499). Menurut Imam al-Tirmizi status hadis ini adalah hadis Hasan.

Daripada Ibnu Abbas R.A. Beliau berkata :

أَنَّ رَفْعَ الصَّوْتِ بِالذِّكْرِ حِينَ يَنْصَرِفُ النَّاسُ مِنَ الْمَكْتُوبَةِ كَانَ عَلَى عَهْدِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم-كُنْتُ أَعْلَمُ إِذَا انْصَرَفُوا بِذَلِكَ إِذَا سَمِعْتُهُ

Maksudnya :” Terangkatnya suara (kuat) ketika berzikir adalah apabila orang ramai selesai menunaikan solat fardu. Ianya berlaku pada zaman Rasulullah saw. Maka aku tahu jika mereka selesai menunaikan solat adalah ketika aku mendengar suara mereka berzikir.”

Riwayat al-Bukhari (841) & Muslim (1346)

Daripada Thauban R.A. Beliau berkata :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا انْصَرَفَ مِنْ صَلاَتِهِ اسْتَغْفَرَ ثَلاَثًا وَقَالَ  اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ

Maksudnya : “Rasulullah SAW apabila selesai menunaikan solat Baginda beristighfar sebanyak 3 kali lalu menyebut  : اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَام.”

Riwayat Muslim (1362)

Daripada al-Mughirah Bin Syu’bah R.A. Beliau menulis surat kepada Mu’awiyah:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ إِذَا فَرَغَ مِنَ الصَّلاَةِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ اللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلاَ مُعْطِىَ لِمَا مَنَعْتَ وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ

Maksudnya :” Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila Baginda selesai menunaikan solat Baginda mengucapkan : لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ اللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلاَ مُعْطِىَ لِمَا مَنَعْتَ وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدّ

Riwayat al-Bukhari (844) & Muslim (1366)

Kata Ibn Zubair : “Rasulullah SAW mengucakannya setiap kali selepas menunaikan solat.”

Daripada Abu Hurairah R.A. Beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :

مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِى دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ فَتِلْكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ

Maksudnya :” Sesiapa yang bertasbih pada setiap kali selepas solat sebanyak 33 kali, bertahmid sebanyak 33 kali dan bertakbir sebanyak 33 kali. Kesemuanya adalah sebanyak 99 kali. Ketika mana sampai ke kali yang ke-100 dia mengucapkan :

الْمِائَةِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

maka diampunkan kesalahannya walaupun dosa tersebut sebanyak buih di lautan.”

 Riwayat Muslim (1380)

Berdasarkan petikan riwayat di atas, menunjukkan Rasulullah SAW melazimi amalan amalan berzikir setiap kali selepas sahaja menunaikan solat fardu . Fudhalah Bin Ubaid ada meriwayatkan dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah menegur seorang lelaki yang tergesa-gesa berdoa selepas solat tanpa ada pujian kepada Allah SWT dan selawat. Baginda Rasulullah SAW bersabda :

إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ ، فَلْيَبْدَأْ بِتَمْجِيدِ رَبِّهِ جَلَّ وَعَزَّ ، وَالثَّنَاءِ عَلَيْهِ ، ثُمَّ يُصَلِّي عَلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ، ثُمَّ يَدْعُو بَعْدُ بِمَا شَاءَ

Maksudnya :” Jika salah seorang dari kalian selesai menunaikan solat maka mulakanlah (doa selepas solat ) dengan mengagungkan dan memuji Allah. Kemudian berselawat ke atas Nabi dan barulah berdoa selepas itu apa yang dia ingini.”

Riwayat Abu Daud (1481)

Imam al-Nawawi turut ada menyatakan bahawa :

“Para ulama bersepakat terhadap keharusan zikir selepas menunaikan solat.”

Rujuk al-Azkar (hlmn 57)

Sebaik sahaja selesai memberi salam, dalam keadaan mengekalkan posisi tahiyyat akhir hendak lah kita mula berwirid. Wirid akan dimulakan dengan bacaan Istighfar Astaghfirullah 3 kali, La Ilaaha Illallahu Wahdahu Laa Syariikalah 10 kali dan Allahumma Ajirnaa Minannar sebanyak 7 kali.

Sungguh besar fadilat bagi orang yang membaca wirid tersebut tanpa mengubah kedudukan tahiyat akhirnya. Setelah selesai bolehlah anda mengubah posisi anda.

Kaedah Wirid Doa Selepas Solat

1. Mulakan dengan membaca istighfar sebanyak 3 kali:

أَسْتَغْفِرُاللَّهَ الْعَظِيْمَ، اَلَّذِيْ لَا إِلَهَ إِلَّا، هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ

Astagfirullah Hal ‘Adzim Allazi laa ilaha illa, Huwal Hayyul Qoyyum Wa Atuubu illaih”.

“Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup beridir dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadanya”.

2. Ulangi bacaan berikutnya sebanyak 3 atau 10 kali:

لَا اِلَهَ اِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَاشَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْىِ وَيُمِيْتُ وَهُوَعَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

“Laa ilaha illallahu Wahdahu Laa Syarii Kalah, Lahul Mulku Walahul Hamdu Yuhyi WayumIitu Wahuwa ‘Alaa Kulli Syai in Qodiir”.

“Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dia Yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu”.

3. Seterusnya ulang bacaan dibawah sebanyak 3 atau 7 kali:

اَللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّارِ

“Allahumma Ajirnaa Minannaar”

“Ya Allah, jauhkanlah kami daripada azab neraka”.

4. Kemudian, bacalah doa yang di bawah:

اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ، وَمِنْكَ السَّلَامُ، وَإِلَيْكَ يَعُوْدُالسَّلَامُ، فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلَامِ، وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ دَارَالسَّلَامِ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ يَاذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

“Allahumma Antassalam, Wamin Kassalam, Wa ilaika Ya ‘Uudussalam, Fahayyina Robbana Bissalam, Wa Adkhilnal Jannata Daa Rossalam, Tabarakta Robbana Wata ‘Aalaita Ya Zal Jalaali Wal ikrom”

“Ya Allah, Engkau yang menyelamatkan, daripadaMu keselamatan, kepadaMu kembali keselamatan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan, dalam keselamatan. Masukkan kami ke syurga, negara keselamatan. Maka sucilah Engkau wahai Tuhan kami, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan”.

5. Kemudian bacalah Surah Al-Fatihah sekali:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

ٱلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَٰلَمِين، ٱلرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ، مٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ، إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ، ٱهْدِنَا ٱلصِّرٰطَ الْمُسْتَقِيمَ، صِرٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ

“Alhamdulillahi Robbil ‘Aalamiin, Arrohmaanir Rohiim, Maaliki Yau Middiin, Iyyaaka Na’budu Wa-iyyaaka Nasta-‘inn, ihdinas Siroothol Mustaqiim, Siroothol Laziina An-‘amta ‘Alaihim Ghoiril Maghdhuubi ‘Alaihim Waladdhoolliin”.

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat”.

6. Diikuti pula dengan bacaan Ayat 163 Surah Al-Baqarah sekali:

وَإِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ لَّا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الرَّحْمَٰنُ الرَّحِيمُ

“Wa ilaa Hukum ilaahum’ Wahidun Laa ilaaha illa Huwarrohmaanurrohim”

“Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani”.

7. Kemudian terus sambung kepada bacaan ayat 255 (Ayatul Kursi) Surah Al-Baqarah:

اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِندَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

“Allaahu Laa ilaaha illaa Huwal Hayyul Qoyyum, Laa Ta‘khudzuhu Sinatun Walaa Naum, Lahu Maa Fissamaawaati Wamaa Fil Ardh, Man Dzal Ladziiyasy Fa ‘u ‘indahu illaa Bi-iznih, Ya’ Lamu Maa Baina Aidiihim Wamaa Kholfahum, Walaa Yuhiithuuna Bisyai in Min ‘ilmihi illaa Bimaa Syaa’, Wasi’a Kursiyuhus Samaawaati Wal Ardh, Walaa Ya Uuduhu Hifzuhumaa Wa Huwal ’Aliyyul ‘Azhiim”

“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya”.

8. Bacaan terus disambung pada ayat 285 hingga ayat 286 Surah Al-Baqarah Ayat 285:

آمَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَّبِّهِ وَٱلْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ آمَنَ بِٱللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّنْ رُّسُلِهِ ۚ وَقَالُوْا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ ٱلْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَافِرِينَ

“Aamanar Rasuulu Bimaa Unzila ilaihi Min Robbihi Wal Mu’minun, Kullun Aamana Billahi Wamala ikatihi Wakutubihi Warusulihi Laa Nufarriqu Baina Ahadim Mirrusulih, Waqoolu Sami’naa Wa Ato’na Ghufroo Naka Robbana Wa ilaikal Masiir. Laa Yukallifullahu Nafsan illa Wus ‘Aha,  Lahaa Maa Kasabat Wa ‘Alaiha Maktasabat, Robbanaa Laa Tu-aa Khiznaa Innasiinaa Au Akhto’na, Robbanaa Walaa Tahmil ‘Alainaa isron Kamaa Hamaltahu ‘Alallaziina Min Qoblina, Robbana Walaa Tuhammilna Maa Laa Thooqota Lanaabih, Wa’ Fu ‘Anna Waghfirlanaa Warhamna, Anta Maulaanaa Fansurnaa ‘Alalqaumil Kaafiriin”.

“Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

9. Kemudian baca ayat 18 hingga ayat 19 surah Ali-Imran:

شَهِدَ ٱللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ وَٱلْمَلَائِكَةُ وَأُولُو ٱلْعِلْمِ قَائِمًا بِٱلْقِسْطِ ۚ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ

إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلْإِسْلَامُ

“Syahidallaahu Annahu Laa ilaaha illaa Huwawal Malaa ikatu Wa Ulul ‘ilmi Qoo imam Bilqist, Laa ilaaha illaa Huwal ‘Aziizul Hakiim. Innaddiina ‘Indallaahil Islam”

“Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam”.

10. Kemudian teruskan bacaan ayat 26 hingga ayat 27 surah Ali-Imran:

قُلِ ٱللَّهُمَّ مَالِكَ ٱلْمُلْكِ تُؤْتِي ٱلْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ ٱلْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ ٱلْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

تُولِجُ ٱللَّيْلَ فِي ٱلنَّهَارِ وَتُولِجُ ٱلنَّهَارَ فِي ٱللَّيْلِ ۖ وَتُخْرِجُ ٱلْحَيَّ مِنَ ٱلْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ ٱلْمَيِّتَ مِنَ ٱلْحَيِّ ۖ وَتَرْزُقُ مَن تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ

“Qulillaahumma Maalikal Mulki Tu’til Mulkaman Tasyaa’, Watanzi-’ul Mulka Mimman Tasyaa’, Watu ‘izzuman Tasyaa’, Watuzillu Mantasyaa’, Biyadikal Khoir, innaka ‘Alaa Kuli Syai’in Qodiir. Tuulijullaila Finnahaari Watuulijunnahaa Rofillail, Watukh Rijulhayya Minal Mayyiti, Watukh Rijul Mayyita Minal Hayyi, Watarzuqu Mantasyaa’u Bighoiri Hisaab”.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya”.

11. Seterusnya baca surah Al-Ikhlas sekali:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ، ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ، لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ، وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ

“Qul Huwallahu Ahad, Allahussomad, Lan Yalid Walam Yuulad, Walam Yakullahu Kufuwan Ahad”.

“Katakanlah: “Dia-lah Allah Yang Maha Esa”, Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu, Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia”.

12. Selepas itu baca surah Al-Fatihah:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

ٱلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَٰلَمِين، ٱلرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ، مٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ، إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ، ٱهْدِنَا ٱلصِّرٰطَ الْمُسْتَقِيمَ، صِرٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ

“Alhamdulillahi Robbil ‘Aalamiin, Arrohmaanir Rohiim, Maaliki Yau Middiin, Iyyaaka Na’budu Wa-iyyaaka Nasta-‘inn, ihdinas Siroothol Mustaqiim, Siroothol Laziina An-‘amta ‘Alaihim Ghoiril Maghdhuubi ‘Alaihim Waladdhoolliin”.

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat”.

13. Mulakan kalimah tasbih dengan lafaz berikut:

إِلَهِى رَبِّىْ سُبْحَانَ ٱللَّهِ

“Ilahiirabbii Subhaanallah”.

“Tuhanku, penjagaku Maha Suci Allah”.

14. Ulang lafaz tasbih seperti di bawah sebanyak 33 kali:

سُبْحَانَ ٱللَّهِ

“Subhaanallah”

“Maha Suci Allah”.

15. Kemudian, lafazkan kalimah berikut:

سُبْحَانَ ٱللَّهِ وَبِحَمْدِهِ دَائِمًا قَائِمًا أَبَدًا، ٱلْحَمْدُ لِلّٰهِ

“Subhaanallahi Wabihamdihi Daa-iman Qoo-imann Abada, Alhamdulillah”.

“Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya yang kekal selama-lamanya, Segala puji bagi Allah”.

16. Kemudian ulang lafaz kalimah tahmid sebanyak 33 kali:

 ٱلْحَمْدُ لِلّٰهِ

“Alhamdulillah”

“Segala puji bagi Allah”

17. Selepas itu lafazkan kalimah berikut:

ٱلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ عَلَٰى كُلِّ حَالٍ وَفِيْ كُلِّ حَالٍ وَنِعْمَةٍ، ٱللّٰهُ أَكْبَرُ

“Alhamdulillahi Robbil ‘Aalamin ‘Alaa Kulli Haalin Wafi Kulli Haalin Wani’mah, Allahu Akbar.”

“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam ke atas setiap keadaan dan dalam setiap keadaan dan nikmat, Allah Maha Besar”.

18. Lafaz kalimah takbir sebanyak 33 kali:

ٱللّٰهُ أَكْبَرُ

“Allahu Akbar”

“Allah Maha Besar”

19. Setelah selesai baca doa berikut:

ٱللّٰهُ أَكْبَرْ كَبِيْرً وَٱلْحَمْدُ لِلّٰهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ ٱللّٰهِ بُكْرَتً وَأَصِيْلًا، لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱللّٰهُ وَحْدَهُ لَاشَرِيْكَلَهُ، لَهُ ٱلْمُلْكُ وَلَهُ ٱلْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَعَلٰى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ وَإِلَيْهِ ٱلْمَصِيْرُ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيْمِ، أَسْتَغْفِرُٱللّٰهَ ٱلْعَظِيْمَ

“Allahu Akbar Kabironw, Walhamdulillahi Kasironw, Wasubhanallahi Bukrotanw Wa Ashiilaa, Laa ilaaha illallaahu Wahdahu Laa Syariikalah, Lahulmulku Walahul Hamdu Yuhyii Wayumiitu Wahuwa ‘Alaa Kullisyai-in Qodiirumw  Wa ilaihilmasiir, Walaa Haula Walaa Quwwata illaa Billaahil ‘Aliyyil ‘Aziim, Astaghfirullaahal ‘Aziim”.

“Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada bersekutu denganNya sesuatu. Baginya kerajaan, baginya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu dan kepada Allah jualah tempat kembali. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Aku mohon keampunan daripada Allah”.

Kemudian anda bolehlah terus berdoa kepada Allah SWT. Waktu doa selepas solat fardu adalah waktu yang mustajab. Oleh itu, rugilah kita kalau tergesa-gesa bangun selepas menunaikan solat.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat. Wallahu’alam!

SUMBER:

https://akuislam.com/blog/ibadah/wirid-doa-selepas-solat/

https://mediaislamik.com/panduan-lengkap-wirid-selepas-solat/

Summary
Kaifiat Wirid Doa Selepas Solat
Article Name
Kaifiat Wirid Doa Selepas Solat
Description
Wirid doa selepas solat adalah perkara yang amat digalakkan. Untuk mendekatkan kepada Allah SWT amalan wirid juga adalah amalan doa yang merupakan satu ibadah yang digalakkan bagi.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: