zakat pendapatan

Tidak tahu bagaimana kaedah pengiraan zakat pendapatan. Jangan risau kami akan membantu anda untuk membuat pengiraan zakat pendapatan mengunakan kalkulator.

Apa Itu Zakat

Zakat (dari kata tazakka – mensucikan) (bahasa Inggeris: almsgiving atau tithing) ialah derma yang wajib diberikan orang Islam yang mampu kepada 8 golongan (asnaf) yang berhak menerimanya.

Syarat wajib zakat:

  • Islam
  • Merdeka
  • Sempurna milik
  • Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat
  • Cukup nisab (jumlah perolehan untuk berzakat genap atau melepasi nilai minimum)
  • Cukup haul (genap setahun Hijriah atau tahun Masihi)
  • Niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja)

Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu:

Zakat fitrah – Pembayaran zakat fitrah dibayar pada bulan Ramadhan sahaja mulai 1 Ramadhan hingga 1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri.
Zakat harta – Manakala zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta.

Berikut adalah jenis zakat harta yang ada di Malaysia:

  • Zakat Pendapatan
  • Zakat Wang Simpanan
  • Zakat KWSP
  • Zakat Saham / Pelaburan
  • Zakat Emas dan Perak
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat Binatang Ternakan
  • Zakat Hasil Pertanian
  • Zakat Hasil Laut
  • Zakat Rikaz dan Ma’din

Zakat Pendapatan

Zakat pendapatan ada disebabkan oleh konsep zakat al-mal al-mustafad (zakat harta perolehan). Konsep al-mal al-mustafad bermaksud mewajibkan zakat terhadap mana-mana harta yang dimiliki dari hasil usaha tanpa sebarang proses pertukaran iaitu jual-beli. sebagai contoh adalah gaji, upah kerja, elaun, hadiah dan lain-lain.

Para fuqaha telah mewajibkan zakat terhadap hasil pendapatan dan gaji. Ini kerana pendapatan merupakan harta yang berkembang dan boleh membawa pendapatan yang lumayan terutamanya bagi seseorang yang mempunyai jawatan profesional atau berpangkat tinggi dalam sesebuah organisasi.

Nisbah dan Haul

Nisab ialah kadar minimum pemilikan sesuatu harta yang mewajibkan zakat ke atas harta itu dan Haul ialah tempoh setahun (12 bulan) qomariah pemilikan kekal harta zakat oleh seseorang selain dari harta zakat biji-bijian, buah-buahan, galian dan harta karun.

Nisab zakat pendapatan berdasarkan 85 gram emas. Kadar bayarannya adalah 2.5% daripada jumlah pendapatan kasar atau pendapatan bersih.
Haul tidak diletakan sebagai syarat wajib bagi zakat tersebut oleh pakar-pakar di kalangan ulama kontemporari. Syarat haul tidak diletakkan ke atas zakat pendapatan gaji menurut Dr. Yusuf al-qaradawi kerana beberapa faktof iaitu:

  1. Faktor keumuman nas-nas al-Quran yang mewajibkan setiap orang kaya berkenan ketetapan membayar zakat sebagai bukti iman dan ketaatan seseorang kepada agama. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat) (Al-Baqarah[2]: 267)”

  1. Memandang terhadap konsep keadilan kerana sistem zakat memberi pengecualian kepada mana-mana orang-orang kaya untuk mengelakkan diri daripada membuat pembayaran zakat. Sesiapa yang boros berbelanja boleh menggunakan alasan tidak mempunyai wang yang cukup pada tahun tersebut untuk pembayaran zakat. Sedangkan sesiapa yang berjimat-cermat dengan hasil pendapatan mereka dalam setahun perlumembuat pembayran zakat. situasi ini tidak menunjukkan keadilan dalam sistem zakat.

zakat pendapatan

Kaedah Pengiraan Zakat Pendapatan

Setiap individu mempunyai kadar zakat yang berbeza mengikut pendapatan yang mereka terima dan ditolak dengan setiap komiment yang ditanggung oleh individu tersebut. Anda boleh membuat pengiraan dengan mudah menggunakan kalkulator zakat pendapatan pada laman sesawang yang telah disediakan oleh pusat zakat. Klik pada pautan ini www.zakat2u.com.my untuk membuat pengiraan.

zakat pendapatan

Fatwa Wilayah Persekutuan Tentang Zakat Penggajian

Fatwa Di Bawah Seksyen 34.
Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Mufti bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan, menurut subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], selepas dibincangkan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak, dan adalah disiarkan menurut subseksyen itu.
Zakat wajib dikeluarkan ke atas pendapatan daripada penggajian Islam termasuklah apa-apa upah, gaji, elaun, imbuhan dan bonus. Oleh itu adalah wajib bagi seseorang Islam mengeluarkan zakat daripada pendapatan yang layak dikenakan zakat daripada penggajian tersebut. (Bertarikh 9 April 1999)

Fatwa Kebangsaan Tentang Zakat Gaji & Pendapatan Profesional
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 22 Jun 1997 telah membincangkan Zakat Gaji & Pendapatan Professional.
Muzakarah telah memutuskan bahawa zakat ke atas pendapatan penggajian adalah wajib bagi orang yang layak mengeluarkan zakat.

Dalil Zakat Pendapatan
Kewajipan zakat pendapatan telah diasaskan oleh beberapa dalil. Di dalam al-Quran, Allah SWT berfirman (yang bermaksud):

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.[Al-Baqarah (2): 267]

Dalam sebuah Hadis (yang bermaksud):Telah diceritakan oleh Said Bin Abi Burdah dari bapanya dari datuknya dari Nabi SAW bersabda:Sedekah ditekankan atas setiap Muslim Lalu para Sahabat bertanya: Wahai Nabi Allah, bagaimana dengan orang yang tidak mendapatkan (sesuatu untuk disedekahkan) Beliau menjawab: Dia beramal dengan tangannya (kerja), sehingga dia bermanfaat bagi dirinya lalu dia bersedekah (HR Bukhari & Muslim)

Al-athar para Sahabat turut menjadi dalil kewajiban?zakat pendapatan. Diriwayatkan daripada Abu Ubayd diterima daripada Hubayrah ibn Yarim, beliau berkata (yang bermaksud):“Abdullah ibn Masud memberikan kepada kami sebuah bakul yang berisi barang yang bernilai, diambil sebahagiannya untuk membayar zakat.”

Semoga dapat membantu anda untuk membuat pengiraan zakat dengan mudah. Untuk lebih banyak informasi anda boleh pergi ke laman sesawang pusat zakat mengikut negeri masing-masing.

SUMBER:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Zakat

https://www.zakat.com.my/info-zakat/jenis-jenis-zakat/zakat-pendapatan/

https://blog.bukukas.co.id/zakat-perdagangan-pengertian-ketentuan-dan-cara-perhitungannya/

https://blog.bukukas.co.id/zakat-penghasilan-pengertian-ketentuan-dan-cara-perhitungannya/

Summary
Kaedah Pengiraan zakat pendapatan
Article Name
Kaedah Pengiraan zakat pendapatan
Description
Tidak tahu bagaimana kaedah pengiraan zakat pendapatan. jangan risau kami akan membantu anda untuk membuat pengiraan zakat pendapatan mengunakan kalkulator zakat pendapatan.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: