Now Reading
Kaedah Berkesan Untuk Menghilangkan Keloid

Kaedah Berkesan Untuk Menghilangkan Keloid

Kaedah Berkesan Untuk Menghilangkan Keloid

Sesetengah individu mungkin mahu menghilangkan keloid yang mereka miliki. Terdapat beberapa cara untuk melakukannya. Anda boleh mencuba beberapa kaedah rawatan dari rumah ini terlebih dahulu sebelum menghubungi pakar dermatologi untuk mendapatkan pendekatan preskripsi atau ubat-ubatan farmasi.

Aspirin

Kajian pada tahun 2013 dan tahun 2015 menunjukkan bahawa penggunaan pil aspirin secara topical boleh membantu merawat keloid. Penyelidikan telah mendapati bahawa aspirin bertindak dengan menghalang sel-sel penghasil parut daripada memasuki kawasan keloid justeru itu mengurangkan pigmentasi dan saiz keloid.

Untuk mencuba ubat ini anda boleh ikuti langkah-langkah ini:

  1. Hancurkan tiga hingga empat biji tablet aspirin.
  2. Campurkan tablet tersebut dengan air yang cukup untuk membentuk pes.
  3. Sapukannya pada keloid atau luka. Biarkan selama satu atau dua jam, kemudian bilas.
  4. Ulang sebanyak sekali pada setiap hari sehingga hasil yang diingini tercapai.

Bawang putih

Sayur berakar ini berfungsi seperti aspirin, menurut kerana ia berkemampuan untuk menghalang enzim tertentu daripada memasuki kawasan yang boleh menyumbang kepada pembentukan tisu dan pigmen. Dari masa ke semasa, kaedah ini boleh membantu mencerahkan parut.

Untuk mencuba kaedah ini anda boleh ikuti langkah-langkah ini:

  • Dua hingga tiga ulas bawang putih segar, diketuk.
  • Sapukan ke kawasan keloid dan biarkan selama kira-kira 15 minit.
  • Basuh dengan air dan sapu pelembap wajah di muka.
  • Sekiranya penggunaan bawang putih mengakibatkan sensasi terbakar pada kulit anda, hentikan penggunaannya atau kurangkan tempohnya.

Madu

Madu mengandungi sebatian anti-radang yang boleh membantu mengurangkan keloid. Ia adalah alternatif semulajadi tanpa kesan sampingan berbahaya seperti yang terdapat dalam kortikosteroid atau ubat anti-radang bukan steroid seperti aspirin.

Untuk mencuba kaedah ini anda boleh ikuti langkah-langkah ini:

  1. Sapukan sedikit madu asli pada wajah anda. Biarkan sehingga kering.
  2. Jika wajah anda menjadi melekit, bilas dengan air.
  3. Sapukan semula seberapa kerap yang diperlukan.
  4. Anda disyorkan untuk melakukan kaedah ini sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali sehari sehingga anda memperoleh hasil yang diingini.

Bawang

Kajian yang dijalankan pada tahun 2013 mendapati bahawa penggunaan ekstrak bawang menghalang tindakan fibroblast, iaitu sel-sel yang menghasilkan tisu parut daripada memasuki kulit.

Berikutnya, satu lagi kajian pada tahun 2012 telah mendapati bahawa gel ekstrak bawang menggalakkan penyembuhan dan mengurangkan parut keloid. Selain itu, bawang juga boleg mengurangkan jeragat. Manfaat ini kemungkinan besar disumbangkan oleh kandungan quercetin, iaitu flavonol yang bersifat antioksidan.

Untuk melakukan kaedah ini, anda boleh ikuti langkah berikut:

  • Potong bawang kepada kepingan kecil.
  • Perah jusnya dengan cara memampatkannya dengan kain bersih.
  • Sapukan jus bawang pada keloid dan biarkannya sehingga kering.
  • Bilas dengan air dan sapukannya sebanyak tiga hingga empat kali dalam sehari atau sehingga anda melihat hasil yang diingini.

Rawatan perubatan klinikal

Krim retinoid

Krim retinoid berasal dari vitamin A, atau retinol. Ia mempunyai fungsi yang sama seperti ubat-ubatan semulajadi, bawang putih dan bawang, dan krim ini telah terbukti secara klinikal dapat mengurangkan penampilan keloid.

Namun, pastikan anda mengikuti arahan yang ditetapkan ketika menggunakan produk krim retinoid.

– Silikon

Doktor anda mungkin akan mencadangkan penggunaan gel silicon bagi menghilangkan parut keloid anda. Pada tahun 2013, sebuah kajian telah mendapati bahawa silicon memiliki kesan yang sama seperti krim retinoid. Oleh itu, ia telah dijadikan sebagai salah satu rawatan klinikal bagi menghilangkan keloid. Walau bagaimanapun, anda harus sentiasa mengikuti arahan pada produk silikon yang anda beli di farmasi atau yang diberikan oleh doktor anda.

Suntikan steroid

Selain krim retinoid dan silikon, anda boleh melakukan rawatan dengan suntikan steroid. Kaedah ini didapari berkesan untuk merawat masalah keloid pada peringkat awal. Ia juga telah dijadikan sebagai rawatan utama keloid kerana keberkesanannya berbanding kaedah rawatan klinikal yang lain.

Walau bagaimanapun, dalam kaedah ini, terdapat kadar pengulangan keloid sebanyak 80 peratus telah dilaporkan. Berundinglah dengan doktor anda terlebih dahulu berkaitan penggunaan suntikan steroid ini untuk mengetahui keberkesanan dan kesan sampingannya.

Bagaimana untuk mencegah pembentukan keloid pada masa akan datang?

Sekiranya anda mengalami keloid yang berulang walaupun setelah mengikuti rawatan, terdapat beberapa cara untuk mencegahnya daripada berlaku semula. Langkah-langkah tertentu boleh diambil untuk mengelakkan lebih banyak keloid daripada berkembang.

Elakkan pembedahan kosmetik

Seeloknya, anda harus mengelakkan prosedur pembedahan kosmetik. Pengubahsuaian pada kulit boleh menyebabkan pembentukan keloid. Pembedahan kosmetik sebenarnya meningkatkan kemunculan keloid pada kulit anda.

Elakkan tatu atau tindikan berlebihan pada kulit

Tatu dan tindikan merupakan salah satu punca pembentukan keloid. Keda-duanya dikategorikan sebagai pengubahsuaian ynag tidak diperlukan. Anda dinasihatkan untuk berfikir dengan lebih teliti sebelum melakukan pengubahsuaian seperti ini.

Elakkan memecah jerawat

Cuba mengelakkan diri anda daripada memecahkan jerawat pada kulit anda. Ini kerana, jerawat yang pecah akan meradang dan menyebabkan pembentukan keloid.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/keloids

https://www.medicalnewstoday.com/articles/319900

https://www.medicinenet.com/keloid/article.htm

https://en.wikipedia.org/wiki/Keloid

error: Content is protected !!