huruf abc

Ramai ibu bapa bingung apabila telah tiba masanya untuk mengajar huruf ABC kepada anak mereka. Pada peringkat umur 5-7 tahun, kanak-kanak masih belajar untuk mengenal pasti abjad ini. Ibu bapa harus menjadikan aktiviti pembelajaran lebih menarik untuk mengambil perhatian anak-anak kerana kadang kala kaedah asas untuk belajar ABC kurang membantu dan sedikit membosankan.

Jadi, anda boleh menggunakan lagu, kertas bewarna warni atau kad huruf yang mempunyai gambar-gambar menarik. Sekiranya anda salah seorang ibu bapa yang tertanya-tanya bagaimana mengajar anak anda mengenal huruf abjad, kaedah alternatif untuk mengajar huruf ABC ini sesuai buat anda.

  • Menyanyikan lagu ABC untuk kanak-kanak kecil.

Kaedah yang dicuba dan terbukti berkesan ini telah digunakan selama bertahun-tahun untuk mengajar ABC kepada kanak-kanak. Terdapat pelbagai variasi lagu ABC yang anda boleh cari. Nyanyikan lagu itu bersama-sama dengan anak anda.

Hanya perlu mencari di YouTube untuk “Lagu ABC” atau “ABC Song”dan pilih sahaja video yang menarik untuk anak anda tonton. carian di Youtube mempunyai beberapa pilihan, dan kebanyakannya mungkin lebih menarik perhatian anak-anak anda daripada lagu ABC klasik yang lama.

  • Berlatih dengan menggunakan “jigsaw puzzle” abjad bersama anak anda

Sebilangan kecil kanak-kanak dapat belajar dengan lebih baik jika mereka mempunyai objek, seperti “jigsaw puzzle”, yang boleh dipegang di tangan mereka. Ia mudah dijumpai di hampir semua kedai mainan dan kedai buku.

Kaedah ini bukan sahaja dapat melatih anak anda tentang huruf ABC, tetapi ia juga untuk melatih mereka mengenal rupa bentuk.

  • Baca buku mengenai ABC kepada anak kecil anda.

Terdapat pelbagai jenis buku yang menarik untuk dibacakan kepada anak anda, Bukan itu sahaja, ada juga buku yang mempunyai irama dan melodi untuk meningkatkan lagi proses pembelajaran. Irama dan melodi ini dapat menarik perhatian anak anda untuk kekal fokus dan dalam masa yang sama mereka lebih seronok untuk belajar.

  • Tunjukkan huruf dalam kehidupan seharian.

Waktu belajar kanak-kanak selalunya berterusan, walaupun mereka menjalani kehidupan seharian dengan ibu bapa mereka. Huruf-huruf terdapat di mana-mana, termasuk pada papan tanda di kedai runcit dan pejabat pos. Apabila anda keluar bersama anak-anak, cuba tunjukkan huruf-huruf itu kepada anak kecil anda, dan tanyakan apakah mereka dapat mengenal pasti huruf itu. Cara ini juga dapat membantu menguatkan ingatan mereka.

  • Buat permainan buatan sendiri yang menekankan bentuk huruf.

Sekiranya anak anda suka bermain dengan kereta, anda boleh membuat trek kereta berbentuk huruf di lantai dengan menggunakan pelekat. Minta mereka berlatih mengenal pasti huruf tersebut dengan menggunakan kereta mainan dan trek kereta yang telah siap dibina. Ketika mereka melalui huruf itu, suruh anak anda menyebut huruf apakah yang ada disitu.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan makanan yang mempunyai bentuk huruf ABC, dan tanyakan pada anak anda apakah huruf tersebut sebelum mereka memakannya.

Kesalahan yang harus dielakkan semasa mengajar ABC

  1. Terlalu banyak “homework”
  2. Pembelajaran secara langsung yang tidak mencukupi
  3. Tidak mempunyai kepelbagaian
  4. Mengharapkan anak-anak menulis huruf sebelum mereka bersedia.
  5. Menegaskan bahawa anak anda harus menyelesaikan sesuatu aktiviti seperti yang anda harapkan
  6. Tiada fleksibiliti

Idea untuk mempelbagaikan pengajaran huruf ABC untuk anak anda

  • Lakukan aktiviti deria yang berkaitan dengan abjad
  • Lakukan aktiviti pergerakan untuk menguatkan jari mereka
  • Cari kaedah aktif untuk mempelajari huruf abc
  • Cubalah beberapa aktiviti seni dalam corak huruf abc

Walaupun kebanyakan kanak-kanak harus mengetahui huruf abc pada masa mereka bersedia untuk mendaftar di Tadika, banyak yang bergelut dengan kemahiran ini. Mudah-mudahan, senarai kaedah alternatif untuk mengajar ABC kepada anak anda dapat membantu mereka menguasai konsep dalam masa yang singkat.

RUJUKAN

https://www.growinghandsonkids.com/7-mistakes-avoid-teaching-alphabet-preschooler.html

https://www.abcacademyjackson.com/7-interesting-ways-teach-toddler-abcs/

Tagged: