kadar kematian COVID-19
Suntikan vaksin BCG dilihat dapat mengurangkan tanda keradangan pada pesakit COVID-19.

Kadar kematian COVID-19 negara dengan suntikan vaksin BCG mempunyai kadar hampir enam kali lebih rendah berbanding negara yang tidak menggunakannya.

Vaksin BCG telah dicipta berabad yang lalu dan memberikan kekebalan kepada penyakit tuberkulosis (TB) atau batuk kering yang berpunca disebabkan jangkitan bakteria. Namun, vaksin ini juga diketahui mempunyai manfaat lain.

Percubaan terdahulu mendapati bahawa individu yang menerima suntikan ini dapat meningkatkan sistem imun badan dan mampu melindungi diri daripada jangkitan. Sebagai contoh, dalam percubaan di kalangan Orang Asli Amerika, vaksin BCG pada kanak-kanak mampu memberi perlindungan terhadap penyakit tuberkulosis sehingga tempoh 60 tahun selepas mendapatkan vaksinasi itu.

Cara yang tepat bagaimana vaksin tahan lama ini boleh membantu mencegah jangkitan lain masih tidak diketahui tetapi ia mungkin berkaitan dengan peningkatan mekanisme semula jadi sistem imun individu. Manfaat lain bagi vaksin ini termasuklah perlindungan yang lebih baik terhadap penyakit pernafasan, dan ini telah diakui oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Di United Kingdom, semua pelajar sekolah antara usia sepuluh dan 14 tahun telah disuntik dengan vaksin BCG antara tahun 1953 dan 2005.

Apabila kadar jangkitan TB menurun, doktor menghentikan prosedur vaksinasi secara besar-besaran ini dan pada tahun 2005, tumpuan vaksin ini beralih kepada sasaran yang paling berisiko iaitu seperti bayi yang mempunyai jangkitan kuman.

Penyelidik berharap bahawa ia akan mengenakan perubahan drastik pada sistem imun supaya berada dalam keadaan lebih bersedia dan dapat mengesan serta memusnahkan virus sebelum ia menyebabkan malapetaka dalam badan.

Selain itu, para penyelidik ini telah berjaya menyesuaikan faktor-faktor yang dapat mengubah penemuan tersebut, seperti kekayaan negara dan peratusan orang tua dalam populasinya. Mereka kemudian melihat kadar kematian bagi setiap satu juta penduduk di setiap negara dengan data yang mencukupi.

Berdasarkan penulisan daripada hasil kajian oleh penyelidik dari Amerika Syarikat, mereka mengatakan bahawa selepas membuat penyesuaian dengan status ekonomi negara, perkadaran penduduk yang lebih tua dan menyelaraskan trajektori epidemik negara-negara yang paling banyak terjejas, keputusan yang menarik mengenai persamaan penting antara penggunaan BCG dan kadar kematian COVID-19 yang lebih rendah dapat difahami.

Namun begitu, penemuan ini hanya diterbitkan dalam talian di medRxiv tapak arkib dan bukan di dalam jurnal kerana penyelidikan ini masih belum dikaji semula untuk diterima sebagai satu fakta.

Seterusnya, berdasarkan data tersedia yang dianalisis oleh pakar, bagi mengurangkan berlakunya keadaan berat sebelah yang berpusat di sekitar lengkungan masa wabak pandemik ini yang dialami oleh negara-negara berbeza, kajian yang dibuat mengambil kira daripada kes positif COVID-19 yang ke-100 untuk menyelaraskan lengkungan masa yang lebih setanding. Kes-kes positif dan kadar kematian COVID-19 kemudiannya dibandingkan dengan program vaksinasi untuk vaksin BCG.

Kadar kematian purata juga didapati berbeza mengikut pengkelasan ekonomi negara. Ini dapat dilihat berdasarkan kadar kematian COVID-19 bagi setiap satu juta individu untuk negara berpendapatan pertengahan, pendapatan menengah ke atas dan berpendapatan rendah adalah 0.4, 0.65 dan 5.5 bagi negara masing-masing.

Para penyelidik mengatakan hakikat bahawa negara-negara yang lebih kaya mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi ‘counter-intuitive’. Namun, ahli akademik tidak dapat menjelaskan mengapa ini terjadi dan merujuk penyelidikan terdahulu yang menyatakan ‘ bahawa kematian akibat penyakit pernafasan akut biasanya lebih tinggi dalam negara berpendapatan rendah disebabkan faktor risiko sosio-demografi dan ekonomi’.

Sebagai contoh, penyakit COVID-19 diketahui adalah lebih berbahaya kepada individu berumur 65 tahun, dan demografi ini adalah kurang ramai di negara-negara yang lebih miskin. Para penyelidik mengatakan bahawa hasil daripada kajian sebegini harus dinilai dengan berhati-hati kerana terdapat beberapa masalah yang dapat memutarbelitkan penemuan tersebut.

Walaupun dengan semua amaran ini, hubungan songsang antara status ekonomi negara dan kematian COVID19, serta perkaitan ekologi yang kuat dengan aspek vaksinasi BCG adalah sangat menarik. Malah, kini ujian untuk menilai kegunaan vaksin BCG dalam memerangi pandemik Coronavirus sudah mula dijalankan.

Bulan lalu, satu percubaan telah dimulakan yang merangkumi 4,000 pekerja penjagaan kesihatan di Australia. Ia diketuai oleh Penyelidik di Institut Penyelidikan Kanak-kanak Murdoch Melbourne dan melibatkan 4,000 pekerja kesihatan di pelbagai hospital di seluruh negara itu.

Para penyelidik berharap bahawa pemberian vaksin itu dapat meningkatkan imuniti semula jadi bagi memberi waktu yang mencukupi agar rawatan khusus dan vaksin baharu bagi COVID-19 dapat dikembangkan.

SEBALIKNYA,

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan (KKM) iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiada hujah kuat yang mengatakan bahawa vaksin BCG itu sememangnya boleh mengurangkan penyebaran COVID-19 seperti yang diwar-warkan oleh satu kajian di Amerika Syarikat.

Sejak tahun 1961, bayi yang baru di negara ini telah diberikan vaksin tersebut hampir sejurus selepas dilahirkan.

Menurut beliau, kajian masih lagi dilaksanakan bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menghasilkan vaksin yang berkesan bagi melawan penyakit COVID-19. Tambahnya lagi, penghasilan vaksin selalunya mengambil masa sehingga setahun.

Dr Noor Hisham juga menjelaskan bahawa walaupun terdapat kajian bahawa ada beberapa ubat tertentu yang boleh melawan pandemik ini, namun ia masih dalam peringkat kajian. Dalam keadaan krisis seperti sekarang, pihak perubatan akan mementingkan bukti yang ada dahulu jadi sebelum Malaysia juga mengikuti langkah yang diambil oleh Amerika Syarikat, pihak mereka memerlukan bukti kukuh yang mengatakan penggunaan vaksin itu sememangnya akan berhasil.

Namun, ianya tidak dinafikan bahawa penggunaan ‘hydroxychloroquine’, iaitu sejenis ubat anti-malaria ternyata dapat mengurangkan keradangan dan menghalang keadaan pesakit daripada bertambah buruk.

Buat masa sekarang, keputusan yang diambil oleh pihak KKM tidak boleh dibuat secara terburu-buru kerana ini melibatkan semua pihak, jadi pertimbangan yang terperinci berdasarkan banyak faktor harus dipertimbangkan terlebih dahulu.

SUMBER

https://fortune.com/2020/07/10/covid-vaccine-tb-tuberculosis-death-rate/

https://www.scmp.com/news/china/science/article/3092558/tuberculosis-vaccine-may-play-role-reducing-covid-19-death-rate

Summary
Kadar kematian COVID-19 adalah ENAM KALI lebih rendah di negara-negara yang menggunakan vaksin BCG tuberkulosis
Article Name
Kadar kematian COVID-19 adalah ENAM KALI lebih rendah di negara-negara yang menggunakan vaksin BCG tuberkulosis
Description
Kadar kematian COVID-19 negara dengan program suntikan vaksin BCG dilihat mempunyai kadar hampir enam kali lebih rendah berbanding negara-negara yang tidak menggunakannya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: