Kacang Parang

Kacang parang merupakan sejenis sayuran dari keluarga Favaceae atau nama saintifiknya Vicia Faba. Kacang ini memiliki banyak nama lain di dalam Bahasa Inggeris contohnya, Fava Bean, Broad Bean, English Bean, Horse Bean, dan Pigeon Bean. Kacang ini asal-usulnya adalah dari kawasan Mediterranean atau barat daya Asia.

Sebelum tersebar ke utara India dan China, kacang ini telah menjadi makanan bagi penduduk Mesir, Greek dan Rom.

Kacang ini mempunyai banyak khasiat dan ia telah menjadi sebagai ramuan ubat tonik dalam perubatan tradisional Cina. Kacang parang didapati mampu merawat pelbagai penyakit dan masalah kesihatan seperti Nasosinusitis (radang saluran hidung).

Kacang parang didapati mempunyai kandungan yang sama dengan kacang soya bahkan, turut dikenali sebagai keluarga kacang berkenaan. Oleh sebab itu, kacang parang boleh memberi kebaikan kesihatan kerana ia mempunyai kandungan nutrisi yang baik dan berkhasiat.

Kebaikan Kacang Parang Terhadap Kesihatan

Kaya dengan pelbagai nutrisi serta kandungan mineral. Makluman nutrisi bagi kacang parang adalah seperti berikut: –

  • serat
  • vitamin K
  • vitamin B6
  • zink
  • zat besi,
  • magnesium
  • karbohidrat
  • protin
  • lemak
  • fosfurus
  • kalsium
  • potassium
  • riboflavin
  • folate

Menyokong Sistem Saraf Yang Baik

Kacang parang meningkatkan metabolisma tenaga sekali gus membentuk sel darah merah yang baru dan sihat. Ia boleh membantu sistem saraf kerana kaya dengan folate.

Mengurangkan Risiko Kecacatan Janin

Baik untuk bakal ibu kerana kacang parang boleh mengurangkan risiko cacat janin dan ia memang sesuai dalam diet ibu mengandung.

Mengurang Risiko Penyakit Kronik

Penyakit kronik seperti penyakit jantung, kanser dan tekanan boleh dikurangkan. Protein dan serat dalam kacang ini boleh meyelaras kolesterol dan tahap gula dam darah.

Membantu Dalam Kesihatan Tulang

Kacang ini mempunyai 36% keperluan harian badan dan ia boleh membantu kurangkan masalah kekurangan kalsium. Oleh itu, ia mampu membantu dalam menguatkan otot dan tulang.

Meningkatkan Kesihatan Usus

Serat yang terdapat di kacang ini boleh membantu menyingkirkan toksin dan bahan perbuangan di dalam usus.ia juga boleh membantu dalam sistem pencernaan.

Mengawal Simptom Parkinson

Ia telah dikaji dan ditunjuk kemampuannya dalam memperbaiki fungsi motor.

Cantikkan Kulit

Kacang parang bertindak sebagai anti oksidan boleh membantu kulit menjadi cantik. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin c untuk menumbuhkan sel kulit baru dan menjadikan kulit cantik

Info Ekstra!

Wanita yang sedang mengandung tidak boleh makan kacang parang. Walaupun ini merupakan pantang larang orang tua tetapi ia telah buktikan kacang pantang ini memang memberi kesan kesihatan kepada bayi dalam perut ibunya.

Pernahkah anda dengar penyakit G6PD?

G6PD  (Glokosa – 6 – Fosfat Dehidrogenase) ialah satu jenis enzim daripada keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Bayi yang baru lahir jika mempunyai kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.

Akibat penyakit ini adalah pucat, sesak nafas, lemah dan tidak bermaya. Bagi bayi, ia akan mengalami penyakit kekuningan yang serius (jaundice).

Ibu yang sedang mengandung mesti berhati-hati dalam penjagaan makanan anda!

SUMBER

https://www.theguardian.com/lifeandstyle/2013/may/25/why-broad-beans-are-good-for-you

https://www.pinkvilla.com/lifestyle/health-fitness/broad-beans-health-benefits-veggie-all-you-need-shed-those-extra-kilos-501828

https://www.scientificworldinfo.com/2019/12/health-benefits-of-green-fava-beans.html

Summary
Kacang Parang: Spesies, Ciri-Ciri dan Kebaikan
Article Name
Kacang Parang: Spesies, Ciri-Ciri dan Kebaikan
Description
Kacang parang merupakan sejenis sayuran dari keluarga Favaceae atau nama saintifnya Vicia Faba. Kacang ini memiliki banyak nama lain di dalam Bahasa Inggeris contohnya, Fava Bean, Broad Bean, English Bean, Horse Bean, dan Pigeon Bean.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: