Kacang dan Kekacang
Kacang dan kekacang adalah sekumpulan makanan beasaskan tumbuhan yang bukan sahaja untuk vegetarian.

Kacang dan kekacang adalah sekumpulan makanan berasaskan tumbuhan yang mengandungi sejumlah besar nutrien bukan hanya untuk vegetarian.

Ia merupakan makanan yang sihat serta ekonomikal untuk semua individu memasukkannya sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang.

Kekacang tinggi kandungan serat dan boleh membantu untuk mengekalkan kesihatan pencernaan. Ia juga merupakan sumber terbaik untuk serat larut yang boleh membantu menurunkan paras gula darah.

Kekacang juga merupakan sumber serat dan mempunyai indeks glisemik yang rendah. Maksudnya, ia diproses dengan perlahan jadi anda akan berasa kenyang buat masa yang lama.

Jadi, ia merupakan makanan terbaik untuk menghindari kencing manis.

Kekacang terdiri daripada protein, menjadikannya sebagai makanan asas yang ideal bagi hidangan vegetarian atau sebagai pengganti daging.

Kekacang lebih murah untuk dibeli oleh itu, memasukkannya sebagai sumber protein dalam hidangan anda boleh menjimatkan duit dalam perbelanjaan barang dapur anda.

Kacang pula adalah bentuk kekacang yang matang. Ia termasuk kacang buah pinggang, kacang pinto, Kacang hitam, kacang lima, kacang pis mata hitam, kacang kuda, dan lentil.

Ia boleh didapati dalam bentuk kering, dalam tin dan sejuk beku. Makanan jenis ini adalah sumber protein tumbuhan yang paling baik dan menyediakan nutrien lain seperti zink dan zat besi.

Ia sama seperti daging, ayam dan ikan dalam memberikan protein ke dalam diet anda. Oleh itu, ia dianggap sebagai kumpulan makanan protein.

Ramai individu menganggap kacang sebagai alternatif vegetarian bagi daging. Walau bagaimanapun, ia juga dikategorikan sebagai sebahagian daripada kumpulan sayur kerana ia adalah sumber terbaik bagi serat dan nutrien seperti asid folik dan kalium.

Oleh kerana kandungan nutriennya yang tinggi, memakan kacang disyorkan kepada semua individu termasuklah individu yang memakan daging, ayam, dan ikan secara berkala. Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat mengelaskan kacang sebagai kumpulan makanan protein atau sayur-sayuran.

Apakah nutrisi yang boleh dijumpai dalam kumpulan kacang dan kekacang?

Kacang dan kekacang memiliki komposisi nutrisi yang baik, jadi makanan ekonomikal ini mempunyai potensi untuk memperbaiki kualiti diet dan kesihatan jangka panjang bagi individu yang makan kacang dan kekacang secara berkala. Berikut adalah nutrisi dan kelebihan kesihatan:

Kaya dengan nutrien.

Kacang dan kekacang yang kering adalah makanan yang kaya dengan nutrien. Ia mengandungi pelbagai vitamin, mineral dan nutrien lain di samping memberi kandungan kalori yang sederhana.

Ia menyediakan sumber protein, serat, asid folik, zat besi, kalium, dan megnesium di samping itu mengandungi jumlah lemak, lemak trans, garam, dan kolesterol yang sedikit atau tiada langsung.

Oleh kerana ia mempunyai kepekatan nutrien yang menggalakkan kesihatan, mengambil lebih banyak kacang boleh meningkatkan kesihatan menyeluruh dan mengurangkan risiko pengembangan penyakit tertentu termasuklah penyakit jantung, obesiti dan pelbagai jenis kanser.

Meningkatkan pengambilan serat. 

Pakar nutrisi mengesyorkan individu dewasa mengambil sebanyak 25 hingga 38 gram serat setiap hari.

Pengambilan harian serat memberikan perasaan kenyang dan membantu menguruskan fungsi sistem pencernaan. Kacang kaya dengan sumber serat tepu dan tidak tepu.

Secara purata, kacang memberikan sebanyak 7 gram atau lebih, jumlah harian serat bagi setiap 1/2 cawan hidangan.

Pengambilan serat juga dikaitkan dengan pengurangan kolesterok LDL (kolesterol ‘jahat’) dan risiko untuk mengembangkan penyakit jantung koronari, sindrom metabolik, strok, tekanan darah tinggi, kencing manis, obesiti dan sesetengah penyakit gastrousus.

Penuh dengan asid folik.

Asid folik vitamin B adalah penting untuk penghasilan sel darah merah dalam badan manusia dan perkembangan sistem saraf janin sewaktu peringkat awal kehamilan.

Pengambilan asid folik dalam jumlah yang berpatutan boleh mengurangkan risiko kerosakan tiub neural dalam kalangan bayi.

Apakah yang terdapat dalam kumpulan kacang dan kekacang?

Contoh kacang termasuklah:

  • Kacang hitam
  • Kacang mata hitam
  • Kacang canellini
  • Kacang buah pinggang
  • Kacang kuda
  • Kacang lima
  • Kacang pinto

Contoh kekacang termasuklah:

  • Kacang dal
  • Kacang canalini
  • Kacang soya
  • Kacang panggang
  • Kacang soya
  • Kacang kuda
  • Kacang lupin
  • Kacang merah, hijau, perang
  • Kacang tanah

Bahaya pengambilan kacang dan kekacang berlebihan

Kacang dan kekacang boleh menyebabkan migrain

Sesetengah daripadanya mengandungi sejenis bahan yang digelar tyramine. Ia boleh mencetuskan migrain. Malah, makanan ini juga boleh menyebabkan reaksi alahan bagi segelintir individu.

Kacang tanah merupakan penyebab utama alahan kekacang. Sekiranya keadaan tersebut berlaku, berjumpalah dengan doktor segera.

Kacang dan kekacang boleh meningkatkan tekanan darah

Jika anda mengambil monoamine oxidase (MAO), untuk merawat kemurungan, hindari kacang fave kerana ia boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan anda dan meningkatkan tekanan darah.

Kacang dan kekacang boleh menjejaskan penyerapan vitamin

Sesetengah daripadanya seperti kacang soya, mengandungi bahan yang menjejaskan penyerapan beta karoten dan vitamin B12 dan D.

Kacang dan kekacang boleh mencetuskan Gout

Sekiranya anda menghidap gout, berundinglah dengan doktor berkenaan pengambilan kacang dan kekacang anda. Individu dengan gout biasanya dinasihatkan tidak boleh memakannya kerana kandungan purin yang tinggi. Purin boleh meningkatkan paras asid urik dan mencetuskan serangan gout.

Kacang dan kekacang boleh membuatkan badan anda berangin

Walaupun ini bukanlah satu risiko, kacang dan kekacang boleh menyebabkan perut kembung. Sewaktu badan anda memproses gula semulajadi, gas akan meningkat.

Kurangkan penghasilan gas dengan menukar air beberapa kali sewaktu merebus dan sentiasalah membasuh kacang dan kekacang dalam tin.

Menambah herba seperti pudina atau menggabungkan kacang dan kekacang yang dimasak bersama makanan berasid boleh mengelakkan kembung.

Sumber:

Summary
Article Name
Kacang dan kekacang dalam kumpulan makanan
Description
Kacang dan kekacang adalah sekumpulan makanan berasaskan tumbuhan yang bukan sahaja untuk vegetarian.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: