kabinet dapur

Kabinet dapur yang cantik sudah pasti menjadi idaman para suri rumah, namun tidak semua mampu untuk memilikinya berikutan kebanyakkan harga yang dipasaran agak mahal dan hanya sesuai dengan ruangan dapur yang besar sahaja.

Apabila kita membayangkan kabinet dapur, sudah pasti terlintas kotak berkayu yang cantik dan yang dicat berwarna krim dan putih. Walau bagaimanapun, kabinet yang diperbuat daripada aluminium dan kayu jenis formica saban hari meraih populariti dalam kalangan pemilik rumah di Malaysia. Ciri-ciri seperti kalis air, kalis karat, dan mudah untuk dibersihkan hanyalah sebahagian daripada faedah utama kotak kabinet aluminium dan kayu formica. Pemilik rumah tidak perlu lagi bimbang jika kotak kayu tersebut megalami kerosakan akibat air atau kelembapan, lebih lebih lagi jika paip sinki dapur bocor.

Penulis seringkali juga berbual dengan sahabat seorang pereka dalaman rumah mengenai kabinet dapur kadangkala terdapat rungutan bahawa ada yang ditipu oleh kedai ataupun perkakas yang dibeli dikatelog tidak menepati cita rasa bila ianya sudah sampai dirumah. Malah pernah juga ada kes dimana bayaran penuh sudah dibuat namun kerjanya tidak menepati kehendak pembeli. Hal ini biasanya ditakuti oelh suri rumah kerana harga kabinet kadangkala mencecah puluhan ribu ringgit.

Disini penulis akan menerangkan mengenai kelebihan kotak yang diperbuat daripada formica.

Apa itu kabinet dapur formica?

Formica adalah sejenis ‘laminate’, atau lapisan akhir yang digunakan ke atas permukaan kayu (kebiasaannya kayu Chipboard) yang memberikan rupa kilat pada permukaan pintu kotak kabinet rumah anda. Kegunaan material Formica agak popular, terutama sekali kepada mereka yang sukakan penampilan moden di ruangan dapur rumah.

Kebiasaannya, kabinet jenis ini terkenal dengan warna-warna yang terang. Lapisan ‘plastic laminate’ akan digunakan untuk membalut permukaan kayu kabinet sebelum lapisan Formica dibalut di atasnya bagi memberikan efek ‘kilat’.

Kelebihan kabinet dapur formica

1.Ketahanan

Material Formica tahan kebanyakan masalah umum yang selalu dialami surirumah di dapur, sama ada kelembapan, haba atau kotoran berlebihan.

  • Formica mempunyai lapisan luaran yang utuh dan tahan lasak
  • Lapisan luaran Formica membuatkan ianya mudah dibersihkan
  • Formica turut dilengkapi dengan ciri-ciri kalis air dan anti anai-anai

2.Kepelbagaian

Anda boleh jumpa pelbagai warna untuk kabinet dapur anda. Variasi warna ‘plastic laminate’ yang ada dipasara membolehkan anda membuat pelbagai pilihan dan campuran warna mengikut citarasa anda.

3.Permukaan boleh diganti

Salah satu keunikan kabinet dapur Formica adalah pada permukaannya yang boleh diganti. Sekiranya berlaku sebarang kerosakan, anda tidak perlu menggantikan keseluruhan pintu kabinet, tetapi hanya permukaan Formica. Malah ianya boleh diubah kepada warna lain dengan penggantian ‘plastic laminate’ mahupun dicat semula pada permukaan Formica.

4.Harga rendah

Apabila melihat perbandingan kos Formica, Thermofoil dan kayu sebenar, kita melihat bahawa pintu Formica adalah yang paling murah untuk dipasang berbanding dengan 2 jenis kabinet yang lain. Ada yang berpendapat bahawa pintu bersalut vinil mempunyai kos yang sama, tetapi ini tidak benar. Berdasarkan pengalaman kami, pintu laminat Formica adalah paling murah untuk dipasang pada almari. Walaupun harga yang berpatutan, kualiti bahan lebih unggul daripada Thermofoil atau pintu dapur dapur kayu sebenar.

Kelebihan kabinet dapur aluminium

1.Rupa yang Eksklusif

Tidak dinafikan, kabinet dapur aluminium memberikan feel dan sentuhan kemewahan dan eksklusiviti kepada pengguna. Sudah tentu ianya cantik dan bakal memukau sesiapa sahaja yang masuk dan sentuh kabinet dapur anda.

Kita semua sukakan kemewahan bukan? Lebih-lebih lagi sekiranya anda sukakan design kontemporari.

2.Kalis Air & Mudah Dibersihkan

Permukaan aluminium yang licin menjadikan ianya mudah dibersihkan dan kalis air. Anda hanya memerlukan kain kering untuk mengelap apa sahaja kotoran yang ada pada permukaan aluminium. Berbanding permukaan kayu yang sedikit kasar, anda mungkin perlu basahkan kain terlebih dahulu untuk pembersihan yang lebih efisien.

3.Anti Anai-Anai

Belum pernah  lagi kedengaran wujud anai-anai yang makan aluminium. Maka jelas, pemilihan kabinet dapur aluminium ini bebas daripada kabinet dapur kayu yang terdedah dengan masalah anai-anai.

Namun disebalik kelebihan kedua-dua kabinet ini, terdapat juga kekurangan yang perlu dinyatakan untuk pengetahuan para suri rumah. Antara kekurangannya adalah :

Kekurangan kabinet  dapur formica

1.Kayu meleding

Salah satu keburukan terbesar kabinet formica adalah ia mempunyai kecenderungan untuk meleding jika pengeluar kabinet tidak mengenekan tekanan yang sama di papan teras pusat dengan cara melapisi kedua-dua sisi pintu.

Jika ianya dibuat dengan betul, masalah kayu meleding ini tidak akan terjadi.

2.Warna tidak lagi dikeluarkan

‘Plastic Laminate’ yang digunakan untuk memberikan warna pada kabinet anda, berkemungkinan tidak lagi dikeluarkan oleh pengeluar. Dalam erti kata lain, katakan 10 tahun akan datang anda mempunyai masalah pintu kabinet dan perlu digantikan dengan warna yang sama, kemungkinan untuk anda tidak menjumpai warna yang sama itu tinggi sekiranya anda memilih warna atau corak yang ‘unik’.

Kekurangan kabinet  dapur aluminium

1.Sifat Aluminium Yang Tipis

Ketebalan kabinet dapur aluminium kebiasaannya adalah sekitar 3-5mm, berbanding kayu chipboard yang mempunyai ketebalan 16mm.

Meskipun ia bertindak lebih baik tanpa sebarang masalah air dan anai-anai, penggunaanya tidak boleh terlalu lasak. Jadi sekiranya anda seorang yang lasak, atau sedikit kalut apabila melakukan kerja-kerja memasak, kami rasa kabinet dapur aluminium bukan lah kabinet terbaik untuk anda.

2.Mudah Melendut

Disebabkan sifatnya yang tipis, ianya lebih mudah melendut berbanding kabinet dapur yang menggunakan kayu. Tidak dinafikan, kayu juga boleh melendut sekiranya diletakkan barang-barang yang terlalu berat, namun ianya lebih lasak berbanding aluminium.

Lebih-lebih lagi bila dapur ni memang amat sinonim dengan barang-barang yang berat. Tin milo, beras, periuk dan sebagainya. Itu belum diambil kira faktor anak anda main ‘sorok-sorok’ dalam kabinet dapur anda.

3.Mudah Calar

Pelanggaran di antara kabinet dapur dengan kelengkapan dapur anda seperti sudu/garfu sudah cukup untuk mencalarkan permukaan kabinet dapur aluminium. Lebih-lebih lagi apabila kita sedang kalut memasak, mananya nak letak barang perlahan-lahan. Adakala kita main campak sahaja.

Bukan mudah nak jaga permukaan Aluminium ini. Takkan anda nak balut dengan plastik? Lagi lah tidak sedap mata memandang.

4.Warna Akan Pudar

Berbanding kayu yang memang menggunakan warna kayu, kabinet dapur aluminium ini kebiasaannya diberikan sentuhan warna melalui warna spray. Dan kita sedia umum yang warna spray ini tidak akan kekal selamanya. Ianya terdedah lebih untuk pudar.

Dengan perkongsian ini, penulis harap ianya membantu suri rumah untuk memilih kabinet yang bersesuaian.

Sumber

https://kabinetguru.com/kabinet-dapur-aluminium-kelebihan-keburukan

https://kabinetguru.com/kabinet-dapur-formica-kelebihan-keburukan/

Summary
Kabinet Dapur yang menepati citarasa suri rumah masa kini
Article Name
Kabinet Dapur yang menepati citarasa suri rumah masa kini
Description
Kabinet dapur yang cantik sudah pasti menjadi idaman para suri rumah, namun tidak semua mampu untuk memiliki kabinet dapur berikutan kebanyakkan harga yang dipasaran agak mahal dan hanya sesuai dengan ruangan dapur yang besar sahaja.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: