Now Reading
Jus Lega: Pembersih Kolesterol

Jus Lega: Pembersih Kolesterol

Terdapat beribu-ribu usahawan di Malaysia yang menjalankan bisnes menjual produk kesihatan. Salah satu produk yang dijual adalah Jus Lega.

Jus Lega adalah makanan kesihatan tambahan yang bagus dijadikan sebagai makanan kesihatan alternatif di rumah. Ia sangat bagus untuk menjaga kesihatan anda. Fungsinya juga telah diketahui oleh orang ramai dan setiap darinya adalah kunci untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

Jika anda adalah salah seorang daripada jutaan rakyat Malaysia yang mengamalkan vitamin atau makanan tambahan setiap hari, mungkin produk-produk sebegini telah memenuhi kabinet ubat-ubatan anda ataupun ruangan di dalam laci dapur semakin sempit kerana dipenuhi makanan tambahan sebegini.

Anda mungkin sedang berusaha untuk menyembuhkan kekurangan vitamin di dalam badan atau penyakit tertentu. Sekiranya anda mungkin juga terasa lebih proaktif terhadap kesihatan diri sekiranya mengambil makanan tambahan, jus lega ini adalah produk yang tepat buat anda.

Orang kita telah mengamalkan makanan untuk keihatan selama berabad lamanya, daripada bentuk tablet ataupun minuman yang mengandungi vitamin A sehinggalah zink. Mereka sering berkunjung ke kedai-kedai kesihatan untuk membeli produk ajaib untuk meningkatkan tahap kesihatan secara keseluruhan.

Latarbelakang Syarikat

YS Mercu Jaya Enterprise Sdn. Bhd merupakan nama syarikat bagi produk ini pada tahun 2013. Perniagaan yang dijalankan dari rumah ini pada mulanya ditubuhkan dengan impian untuk menolong seberapa ramai orang yang boleh.

Pada asalnya, bekalan diberikan hanya kepada keluarga dan rakan-rakan. Selepas itu, namanya semakin dikenali, permintaan juga bertambah. Kerana ia memberikan banyak khasiat dari sudut kesihatan, jus lega telah berjaya memberi manfaat kepada sekelompok besar penggunanya.

Jus Lega telah berada di puncak di dalam pasaran Malaysia. Lega Health Sdn. Bhd kini mempunyai gambaran masa hadapan yang lebih besar di mana mereka ingin menyediakan produk berkualiti tinggi kepada para pelaggan di samping membaikpulih kehidupan.

Misi Syarikat

  • Ingin memberi manfaat kepada pengguna, pemegang saham dan syarikat dalam memastikan kesemua produk yang dibeli telah dikaji, dihasilkan dan dijual pada tahap kualiti yang terbaik.
  • Mengekalkan kedudukan peneraju pasaran jus lega dan produk terapi lain.
  • Menjadi perniagaan yang ternama dan disegani.
  • Untuk sentiasa menyediakan pengguna dengan produk berkhasiat yang berkualiti tinggi yang akan meningkatkan kehidupan mereka.

Nilai-Nilai Yang Diterapkan

  • Pengguna dan pihak berkepentingan patut dilayan dengan hormat dan rasa percaya.
  • Kejujuran, tanggungjawab, kreativiti, inovasi dan intergriti adalah peluang untuk berkembang.
  • Sepadukan kejujuran, intergriti dan etika berniaga di dalam semua aspek syarikat.
  • Paling penting sekali, teruskan menghasilkan makanan yang bersih, berkhasiat dan sihat.

Bahan-Bahan Yang Terdapat di dalam Jus Lega

Madu asli berupaya untuk melawan kolestrol LDL (kolestrol jahat), memperlahankan oksidasi kolestrol di dalm badan dan antioksida semulajadi.

Sementara itu, cuka epal pula sangat berkesan untuk mengawal kolestrol, meningkatkan kolestrol jenis HDL (kolestrol baik), mengawal tekanan darah di dalam badan anda dan meningkatkan stamina.

Jus lemon pula bantu mengurangkan pembetukan kolestrol jahat dan menghentikan oksidasi. Bawang putih mengelak saluran darah dari tersumbat dan memperlahankan pembentukannya daripada mengeras. Ia juga kaya dengan antioksida.

Akhir sekali, halia di dalam jus lega daoat membakar kolestrol di dalam badan dan meningkatkan kelancaran saluran darah dan menipiskan saluran darah.

Waktu Sesuai Untuk Minum Jus Lega

Seperti ubat, minuman kesihatan seperti ini juga ada had atau dos tertentu yang perlu diberi perhatian. Pengambilan berlebihan mungkin akan menjejaskan kesihatan anda.

Jus lega sangat sesuai diambil buat mereka yang mengalami sakit kepala yang berterusan, bacaan darah tinggi yang mencecah 120/80, sakit dada dan masalah pernafasan.

Selain daripada itu, sekiranya seseorang itu menghidapi saluran darah tersumbat, detakan jantung tidak stabil, berpeluh dingin dan telah penat mencuba pelbagai jenis produk kesihatan namun tidak membuahkan hasil, jus lega mungkin alternatif anda.

Jus Lega Bagus Untuk:

  • Mencuci dan membuang kolestrol
  • Membersihkan saluran darah tersumbat
  • Mengurangkan tekanan darah
  • Merawat sakit dada
  • Meningkatkan tenaga di dalam badan
  • Melancarkan saluran darah
  • Merawat penyakit strok
  • Terbaik untuk sakit jantung
  • Merawat sakit gout

Kebaikan Yang Terkandung di dalam Produk Ini

Kesemua produk kesihatan hasil titik peluh anak tempatan pastinya ingin memberi kebaikan kepada pengguna. Jadi, apa yang istimewa sangat tentang produk ini? Ianya penuh dengan pelbagai khasiat seperti mengurangkan jumlah kolestrol di dalam darah. Ia juga dapat mengurangkan angin dan kaya di dalam vitamin C.

 Tambahan lagi, ia meningkatkan tenaga anda dan membuatkan anda kurang letih. Ia juga terkenal dengan kelebihannya untuk mengurangkan bacaan gula bagi penyakit darah tinggi. Juga, is mengurangkan kahak dan melegakan sakit kepala dan sakit badan.

Pengguna seharusnya berasa yakin bahawa pengeluar jus lega akan bertanggungjawab ke atas keselamatan produk di mana mereka perlu mematuhi satu set standard kualiti di dalam pembuatan, pembungkusan dan pelabelan produk mereka.

Pengilang juga perlu tetap mengawasi sekiranya terdapat sebarang kesalahan terhadap produk dan laporkan terus ke FDA.

Sekarang anda sudah tahu tentang rahsia pengguna jus lega dalam merawat penyakit yang mereka hidapi dan terus sentiasa mengamalkannya. Menggunakan bahan alam semulajadi dalam menjadi alternatif kepada ubatan yang anda boleh dapatkan di hospital.

Pengambilan minuman kesihatan jus lega perlu diselangi gaya hidup yang sihat. Amalan gaya hidup yang sihat dapat membantu kita terus cergas dan sukar mendapat penyakit biasa. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi doctor atau pengeluar produk secara terus.

Sumber:

Jus Lega

https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/health-and-wellness/2020/february/the-truth-about-supplements

https://www.lega.com.my/about-us

http://juslega.weebly.com

https://www.knowyourotcs.org/dietary-supplements-make-sure-get-benefits/

error: Content is protected !!