jus delima
Tahukah anda bahawa jus delima mengandungi lebih daripada 100 phytochemicals?

Jus segar tidak semestinya perlu berwarna hijau atau penuh dengan bayam agar ia menjadi pilihan yang sihat. Namun, tahukah anda bahawa jus delima mengandungi lebih daripada 100 phytochemicals? Selain itu, buah delima juga telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat.

Dengan kandungannya yang bermanfaat buat badan, jadi tidak asinglah sekiranya ia dianggap antara buah paling menyihatkan di muka bumi ini. Ia mengandungi sebatian tumbuhan yang bermanfaat dan sukar ditandingi oleh sumber makanan lain.

Buah delima boleh dimakan begitu sahaja mahupun dijadikan sebagai jus. Jika anda adalah penggemar jus, ini adalah pilihan baik untuk dicuba kerana warnanya yang terang pasti memikat hati anda.

Jadi, jom ketahui manfaat jus delima yang anda boleh peroleh seperti di bawah.

Khasiat jus delima

1. Mencegah kanser

Jus delima baru sahaja didapati oleh pengkaji bahawa ia dapat membantu menghentikan pertumbuhan sel bagi kanser prostat. Walaupun kajian yang dibuat masih dalam tahap yang awal, namun menambahkannya dalam diet anda pastinya tidak akan memberi kesan sampingan buruk. Malah, semakin banyak kajian berkenaan pengambilan jus delima yang berkaitan dengan kesannya terhadap kanser sedang dijalankan secara meluas.

2. Membantu proses pencernaan

Dengan mengurangkan masalah keradangan dalam usus, jus delima sememangnya dapat membantu individu yang mengalami masalah pencernaan. Malah, ia mungkin bermanfaat bagi pesakit Crohn, ‘ulcerative colitis’ serta penyakit keradangan usus yang lain. Walaupun terdapat kepercayaan dan kajian yang mengatakan bahawa jus tersebut boleh menyebabkan cirit-birit menjadi lebih teruk, doktor mengesyorkan individu untuk mengelakkan pengambilannya sehinggalah anda telah sembuh.

3. Mencegah penyakit jantung

Mengambil jus delima boleh melindungi jantung kerana ia dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain yang berkaitan dengan jantung seperti serangan strok. Memandangkan buah delima dapat mencegah pembentukan plak pada arteri, jadi ianya adalah pilihan yang baik bagi mereka yang berisiko untuk mendapat penyakit jantung. Selain itu, buah delima membantu meningkatkan aliran darah ke jantung sebanyak 1% sekiranya ia diambil secara berterusan selama 3 bulan.

4. Menurunkan kadar kolesterol

Dengan kandungan antioksidan, ia dikatakan mungkin dapat menurunkan kadar kolesterol dalam badan. Seperti kebanyakan jus buah yang lain, buah delima kaya dengan antioksidan terutamanya popyphenols. Ini dikatakan membantu mengurangkan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) atau kolesterol “jahat” dalam badan. Ia juga mampu melindungi jantung daripada penyakit yang berkaitan.

5. Mencegah dan melambatkan perkembangan penyakit Alzheimer

Dalam kajian tikus yang dibuat, pemberian jus delima dilihat memberi impak yang baik kepada tikus yang mengalami penyakit Alzheimer tersebut. Tikus ini dikatakan mengumpulkan plak amiloid yang kurang serta mampu melakukan tugas-tugas mental dengan lebih baik berbanding tikus yang tidak diberikan jus delima. Ini dikatakan berlaku kerana kandungan antioksidan yang terdapat dalam buah delima.

6. Menjadi sumber nutrisi

Dengan kepelbagaian nutrisi yang ditawarkan, mengambil buah delima begitu sahaja atau sebagai jus pastinya bermanfaat buat badan.  Ia sangat sesuai diambil sebagai makanan tambahan kepada diet harian anda. Bagi secawan buah delima, ia mengandungi kandungan seperti:

  • Serat
  • Protein
  • Vitamin C
  • Vitamin K
  • Folate
  • Potassium

SUMBER

https://www.medicalnewstoday.com/articles/318385

https://www.healthline.com/nutrition/12-proven-benefits-of-pomegranate#section2

https://www.sinarharian.com.my/article/9224/LIFESTYLE/Sinar-Aktif/Ajaibnya-buah-delima!

https://www.olivehouse2u.my/10-khasiat-dan-kelebihan-buah-delima/

Summary
Article Name
6 Khasiat Jus Delima Menjadikannya Minuman yang Ideal
Description
Tahukah anda bahawa jus delima mengandungi lebih daripada 100 phytochemicals? Selain itu, buah delima juga telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: