Daerah Negeri Sembilan

Anda tak tahu nak bercuti di mana? Jom kami bantu anda. Di bawah kami senaraikan 5 tempat menarik untuk anda di sekitar daerah Negeri Sembilan ni

Unik kan nama negeri Sembilan ni? Satu-satunya nama negeri yang ada nombor padanya. Namun, negeri ini hanya terdapat 7 sahaja daerah di dalamnya. Walaupun sikit sahaja daerah di Negeri Sembilan ni, tapi ia mempunyai kawasan yang selalu menjadi tumpuan orang awam atau pelancong.

Umumnya, Negeri Sembilan ini terletak di pantai barat semenanjung Malaysia. Ia dikatakan kawasan yang strategik kerana mudah diakses dan selalu menjadi tempat tarikan pelancong terutama bagi penduduk di Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka.

Selain kawasan ini strategik, Negeri Sembilan juga mempunyai banyak tempat-tempat percutian yang popular seperti pantai, air terjun, bukit-bukau dan juga kawasan rekreasi yang sesuai untuk seisi keluarga.

Tak hairan lah kan, jika penduduk dan pelancong luar Negeri Sembilan ni kerap datang singgah dan berkunjung ke sini setiap kali musim cuti persekolahan atau cuti umum. Memang banyak lah lokasi percutian yang menarik di sini.

Bagi anda yang belum pernah sampai ke sini, anda perlu tahu apa tempat-tempat menarik di sini. Barulah, percutian anda itu akan menjadi lebih bermakna. Apa yang penting kena rancang dulu perjalanan anda supaya tidak rugi masa anda apabila berada di sana nanti.

Teruskan bersama kami, kerana di bawah ini kami senaraikan kepada anda 5 tempat menarik di sekitar daerah Negeri Sembilan yang anda patut tahu dan datang singgah ke sini nanti selepas wabak pandemik covid-19 ini berakhir. Mudah-mudahan lah kan.

Selalunya, Negeri Sembilan ini terkenal dengan tempat yang bernama Port Dickson. Namun, tempat terdapat lain juga tempat yang istimewa untuk anda lawati nanti. Eh yelah, takkan anda datang semata untuk ke Port Dickson sahaja kan? Jadi kena buat plan baikkkk punya sebelum nak datang ke sini.

Jom terokai tempat menarik di daerah Negeri Sembilan ni !

Pantai Teluk Kemang (Port Dickson)

Tahukah anda, bahawa Pantai yang diberi nama Pantai Teluk Kemang ini adalah  pantai yang paling besar dan terkenal di Port Dickson ni? Ya, benar ini adalah pantai yang selalu menjadi tumpuan ramai. Tak kisah lah dari penduduk Negeri Sembilan itu sendiri atau luar.

Pastinya, apa yang menarik disini ialah ia menyediakan banyak tempat penginapan di sepanjang pantai ini. Menarik bukan? Memang patut lah ramai pun. Banyak kelebihan disediakan untuk pengunjung.

Apa yang menarik lagi, pelbagai aktiviti pantai yang boleh dilakukan di sana selain mandi-manda di laut. Pantai Teluk Kemang ini turut menyediakan pelbagai aktiviti santai seperti banana boat, jet ski dan macam-macam lagi lah. Nak tahu kena lah ke sana dulu kan. Hehe.

Muzium Negeri (Seremban)

Penting ni untuk anda dan keluarga datang melawat muzium di setiap negeri yang anda lewati. Selain datang untuk bercuti, berkunjung ke muzium juga adalah perkara yang wajar anda lakukan kerana ia dapat menambahkan pengetahuan anda tentang sesuatu tempat itu atau sejarah negeri itu sendiri.

Kan berbaloi tu? Dapat berjalan sekali dengan tambah ilmu. Masa ni lah sesuai untuk ajar anak-anak tentang sejarah kan? Benarlah kata pepatah “jauh perjalanan, luas pemandangan”. Pupuk untuk cintakan negara sejak kecil, supaya besar nanti jadi manusia yang berguna kepada negara. Cewaaah. Hehe.

Muzium Negeri Sembilan ini terletak di daerah Seremban yang bertempat di Kompleks Taman Seni Budaya, di Jalan Sungai Ujong. Pastinya di muzium ini, anda akan dapat melihat pelbagai jenis artifak sejarah berkaitan Negeri Sembilan ni. Ha, menarik kan?

Untuk maklumat, bangunan utama kompleks ini dikenali sebagai Teratak Perpatih yang bercirikan kediaman Minangkabau tradisional. Ini dapat dilihat sendiri oleh seni bina atapnya. Anda harus ke sini datang saksikan sendiri dengan mata anda baru puas hati.

Gunung Datuk Recreational Forest (Rembau)

Haa, tempat ni sangatlah sesuai untuk mereka penggemar aktiviti sukan lasak dan mencabar ni. Gunung Datuk adalah pilihan yang tepat untuk anda melakukan aktiviti mendaki di sini.

Dikatakan laluan mendaki di sini jauh lebih mencabar berbanding mendaki di Bukit Broga yang terletak di Selangor. Jadi, bagi anda yang sukakan cabaran dan nak berjinak-jinak dengan aktiviti ni, wajib untuk anda dan rasai sendiri pendakian anda di sini!

Gunung Datuk ni juga merupakan salah satu lokasi pendakian yang popular di Rembau, Negeri Sembilan. Jadi, rugi lah jika anda tidak ke sana kan. Kena juga datang sini. Rasai sendiri keseronokannya.

Oh ya, masa yang diambil untuk mendaki memakan masa selama 2 jam bergantung kepada tahap kecergasan dan stamina setiap pendaki. Jadi, anda rasa anda mampu mendaki sejauh ni? Kalau anda mampu dan sukakan cabaran jangan lupa datang singgah ke sini ya.

Pusat Borong Nilai 3 (Nilai)

Pasar Borong Nilai 3 ini merupakan Pusat Sehenti (One Stop Centre) untuk jualan borong. Ia pasti akan menjadi syurga buat anda yang suka membeli-belah ni selain ia turut menawarkan harga yang sangat berpatutan untuk pelbagai jenis barangan. Kan berbaloi tu?

Aha, ini memang tempat yang sesuai untuk shopping terutama buat anda golongan wanita. Pastinya, terdapat pelbagai barangan yang dijual antaranya ialah: Pakaian, langsir, barang hantaran, barang perkahwinan, alat keperluan rumah dan banyak lagi lah. Jadi, dah alang-alang bercuti tu meh lah singgah sini buat cuci mata pula kan.

Hutan Lipur Ulu Bendul (Kuala Pilah)

Tempat rekreasi ini sangat sesuai bagi yang datang bersama keluarga. Pusat rekreasi yang diberi nama Ulu Bendul ni terletak di kaki Gunung Angsi. Uniknya, hutan lipur ni mempunyai aliran sungai yang menyegarkan selain dipenuhi dengan pepohon yang rendang.

Panoramanya begitu mempesona dan mendamaikan jiwa. Memang sesuai untuk anda bermandi-manda di sini, bergelak-ketawa bersama keluarga sambil-sambil hilangkan stres tu. Haa, best kan feeling ni?

Apa yang best lagi di sini, anda dapat mendaki ke atas bukit untuk ke Snake Garden. Di sana anda dapat melihat beberapa ekor unggas dan ular. Ha, paling best sekali anda dapat menyaksikan sendiri depan mata anda ular besar Anaconda. Jangan risau ya untuk anda ke sini, kerana ular-ular ini diletakkan di tempat yang selamat dan tidak membahayakan anda.

Penutup

Sekian sudah perkongsian kami kali ini mengenai tempat-tempat menarik di daerah Negeri Sembilan ni. Moga ia dapat memberi panduan kepada anda yang tengah mencari tempat untuk bercuti tu.

Sumber

https://bidadari.my/negeri-sembilan/

https://kingsckt.com/keunikan-sejarah-pembentukan-negeri-sembilan-yang-ramai-tak-tahu/

https://lokasipercutian.com/tempat-menarik-di-negeri-sembilan-terkini-budaya-unik-dan-penuh-beradat/

Tagged: