Bank Islam

Kini mudah sahaja untuk mendaftar dengan akaun bank pilihan anda terutama bank yang berlandaskan syariat islam. Apa lagi, Jom Mendaftar Dengan Bank Islam .

Umumnya, Bank Islam Malaysia Berhad telah mula bertapak sebagai bank Islam yang pertama di Malaysia pada tanggal 1 Julai 1983.

Pada dasarnya, bank Islam ini ditubuhkan bertujuan untuk memberikan alternatif kepada rakyat terutamanya Muslim di negara ini untuk menggunakan perkhidmatan bank yang berlandaskan Syariah.

Menariknya, ia telah disenaraikan di papan Bursa Saham Kuala Lumpur pada 17 Januari 1992 kerana ia telah berkembang sebagai sebuah institusi kewangan yang terkemuka di Malaysia.

Sehingga ke hari ini, bank ini masih lagi mendapat tempat di hati rakyat sehingga ia dapat menawarkan perkhidmatan korporat dan perbankan komersial menerusi lebih 149 buah bank dan menjangkaui lebih 1000 mesin ATM di seluruh Malaysia serta 50 jenis produk dan perkhidmatan perbankan Islam yang mampu berdaya saing.

Bagi memudahkan pengguna, anda tidak perlu bersusah-payah lagi keluar rumah untuk urusan perbankan. Kini semuanya, hanya sudah dihujung jari sahaja. Berikutan pandemik covid-19 yang kita tidak tahu bila ianya bakal berakhir maka transaksi secara dalam talian (online) amatlah sesuai digunakan bagi membantu mengekang penularan wabak ini.

Setanding dengan bank yang lain, ia turut menawarkan internet banking sebagai laman perbankan online bagi membantu dan memudahkan para pengguna  tanpa perlu menunggu gilirian atau bersesak-sesak di mana-mana cawangan mesin ATM.

Dengan adanya perkhidmatan ini, anda boleh melakukan pelbagai transaksi seperti pemindahan wang, memeriksa baki akaun, serta pembayaran bil. Mudah bukan? Dibawah kami terangkan bagaimana mahu mendaftar secara online serta info-info yang berkaitan.

Info mengenai Bank Islam online

Sekiranya anda telah pun menjadi pelanggan rasmi dan berminat untuk melakukan perbankan online, anda juga perlu untuk mendaftar pada platform ini dengan memenuhi beberapa syarat sebelum mendaftar:

  1. Penggguna berumur 18 tahun & ke atas
  2. Jenis pemilikkan akaun bersifat tunggal/individu/perseorangan
  3. Mempunyai akaun simpanan & semasa
  4. Mempunyai kad debit atau kad ATM
  5. Mempunyai nombor pin untuk kad ATM (6 digit)

Cara daftar Bank Islam online bagi yang belum ada akauan

Untuk memudahkan urusan anda, kini anda boleh mendaftar akaun bank anda secara atas talian sahaja (online). Dibawah adalah beberapa cara ringkas untuk mendaftar akaun :

  1. Anda bolehlah masuk ke laman rasmi bank di bahagian register https://vao.bankisalam.com.my/
  2. Scroll ke bawah & Isikan maklumat lengkap anda
  3. Klik di ikon Account Type, pilih sahaja mana-mana yang anda mahu buka
  4. Kalau untuk buka akaun biasa sahaja, anda bolehlah klik di ikon Basic Saving Account i
  5. Setelah selesai semuanya, anda perlu klik pada ikon next dan follow sehingga habis seperti yang diminta oleh pihak bank.
  6. Tamat. Anda telah selesai mendaftar!

Cara daftar Bank Islam online untuk urusan transaksi (Perbankan online)

Di bawah adalah beberapa langkah mudah untuk anda mendaftar :

  1. Anda bolehlah masuk ke laman rasmi Bank Islam di https://www.bankislam.biz
  2. Sila tekan pada butang FIRST TIME USER
  3. Sila baca syarat & terma terlebih dahulu, kemudian tick pada kotak tersebut sebagai tanda persetujuan  dan akhir sekali klik pada butang continue
  4. Pada halaman seterusnya, anda diminta untuk klik continue sekali lagi
  5. Masukkan nombor kad debit/ATM anda ( 16 digit, terletak di bahagian depan kad anda)
  6. Masukkan pin ATM anda (6 digit, iaitu kata laluan anda)
  7. Seterusnya, isi diruangan User ID  kata laluan dan ulang sekali lagi kata laluan untuk pengesahan
  8. Pastikan anda telah masukkan nombor telefon dan juga alamat emel anda yang aktif
  9. Isi kata laluan rahsia anda kemudian klik pada gambar rahsia yang dipaparkan
  10. Berikan mana-mana tiga soalan rahsia & jawapan yang berkaitan rapat dengan diri anda untuk tujuan keselamatan
  11. Klik pada butang Submit untuk teruskan urusan seterusnya
  12. Pada halaman ini, anda diminta untuk mengesahkan butiran peribadi yang anda telah masukkan sebentar tadi. Jika telah betul kesemuanya, tekan pada butang Comfirm untuk teruskan
  13. “Congratulation, your internet banking registration is successful” akan terpapar di skrin anda sekiranya anda berjaya mendaftar dengan ikuti langkah yang betul
  14. Setelah itu, anda turut akan mendapat SMS pengesahan status “berjaya” daripada pihak bank tersebut
  15. Akhir sekali, pendaftaran anda telah selesai! Anda boleh terus cuba untuk login atau masuk ke akaun anda sendiri. Selamat mencuba !

bagi anda yang masih lagi belum mendaftar, boleh ikuti langkah diatas ini ya untuk mendaftar. Ini akan lebih memudahkan lagi urusan harian anda.

Muat turun aplikasi Go dari Bank Islam

Bank Islam (BI) telah melancarkan aplikasi telefon pintar yang diberi nama GO. Ia merupakan rangkaian kepada perbankan internet buat pengguna telefon bimbit. Melalui aplikasi mudah alih ini, anda dapat menggunakan perkhidmatan seperti: pembayaran bil, semakan baki, DuitNow, JomPay, Tabung haji dan juga perkhidmatan lain yang tersedia. Disini kami sertakan pautan untuk memudahkan anda memuat turun aplikasi GO ini:

  1. https://play.google.com/store/apps/details?id=com.iexceed.CBS (Google Playstore)
  2. https://apps.apple.com/my/app/bank-islam/id1483218923 (Apple AppStore)

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang masalah atau anda mahu mengetahui info yang lebih lanjut anda bolehlah menghubungi bahagian khidmat pelanggan menerusi telefon, e-mel, dan juga cawangan yang terdekat dengan anda. Berikut kami sediakan nombor untuk anda hubungi :

  1. General Line : +603 2088 8000
  2. Contact Centre : +603 26 900 900
  3. Facebook (FB) : https://www.facebook.com/BankIslamFB
  4. Emel : [email protected]
  5. Portal rasmi (Laman web)

Penutup

Sekian sudah info berkaitan cara-cara untuk mendaftar akaun Bank Islam secara online. Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua pengguna akaun dengan lebih meluas lagi.

SUMBER:

https://therohani.com/cara-daftar-bank-islam-online/

https://www.irujukan.my/bank-islam-online/

https://semakanstatus.com/login-bank-islam-online/

https://www.portalmalaysia.com/daftar-bank-islam-online/

Summary
Jom Mendaftar Dengan Bank Islam
Article Name
Jom Mendaftar Dengan Bank Islam
Description
Kini mudah sahaja untuk mendaftar dengan akaun bank pilihan anda terutama bank yang berlandaskan syariat islam. Apa lagi, Jom Mendaftar Dengan Bank Islam .
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: