i-Suri

I-Suri merupakan sebuah produk dari KWSP yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk mewujudkan caruman KWSP kepada suri rumah.

Melalui skim i-Suri dari KWSP ini, suri rumah diberi peluang untuk turut menabung untuk masa depan secara caruman walaupun tidak bekerja secara rasmi. Skim ini bukan sahaja dapat memberi wang percuma tetapi turut dapat melegakan perasaan suri rumah yang risau akan masa depan yang tidak tentu. Ia juga dapat meringankan sedikit bebanan keluarga dalam masa hadapan.

Antara faedah yang suri rumah akan dapat peluang menabung secara percuma dan suri rumah juga turut dapat menikmati dividen tahunan melalui caruman ini.

Suri rumah tangga

Seorang suri rumah adalah wanita yang sudah berkahwin yang menjalankan atau mengurus rumah tangga keluarganya di rumah termasuk menjaga anak, mengajar anak, membeli barang keperluan, memasak untuk keluarga, dan menyimpan makanan untuk keluarga.Selain itu suri rumah juga bertanggungjawab membeli barang keperluan keluarga untuk kelangsungan kehidupan seharian dari segi barang dalam rumah, pembersihan rumah dan membeli atau menjahit pakaian untuk keluarga.

Manfaat i-Suri yang suri rumah bakal dapat

Banyak maanfaat-manfaat yang akan suri rumah dapat antaranya:

  • Anda bakal menerima sumbangan dari kerajaan sebanyak RM480 setiap tahun.
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan dan anda juga masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Anda layak untuk terima dividen tahunan KWSP.
  • Bantuan Kematian RM2500

Apakah syarat kelayakan untuk suri rumah membuat permohonan I-Suri ini

Ada beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk anda memohon, jika anda tidak mencukupi kriteria yang ditetapkan bermakna permohonan anda tidak akan diluluskan, berikut adalah syaratnya:

Syarat Kelayakan I-Suri KWSP

  • Berwarganegara Malaysia.
  • Suri rumah yang telah berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih).
  • Tidak mencapai umur 60 tahun lagi.
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5/sebulan atau RM60/setahun ke dalam akaun KWSP.
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR).
  • Suri rumah hanya dibolehkan untuk memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa.
  • Kalau anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlulah membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan ini.

Diri anda(isteri)  dan suami adalah layak untuk mencarum.

Macam mana nak daftar?

Kalau anda rasa anda layak mendaftar, anda boleh buat permohonan/pendaftaran ahli KWSP/i-Suri di mana-mana kaunter KWSP berdekatan dengan rumah/kawasan anda sekarang dengan membawa dokumen seperti berikut

¹. Untuk pendaftaran kali pertama sahaja.

². Diperlukan semasa proses pembayaran.

Had Bayaran jika anda daftar dalam Isuri adalah, untuk minimum tiada had manakala maksimum pula adalah RM60,000/setahun (untuk semua Caruman Sukarela, Caruman Pilihan Sendiri, iSaraan, iSuri, Caruman Simpanan Tambahan – yang berkuat kuasa pada Januari 2013).

Manfaat Caruman Sukarela

  • Mendapat dividen tahunan
  • Mendapat Bantuan Hilang Upaya
  • Mendapat Bantuan Kematian
  • Pengeluaran Simpanan
  • Insentif Kerajaan

Bayaran caruman di mana?

  • Perbankan Elektronik
  • Kaunter Ejen Bank :
  • Ejen Bank Berdaftar : Ejen Bank (EB) BSN
  • Kaunter KWSP : secara tunai (Maksimum RM500)

Maklumat lanjut sila layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan ditalian 03-89226000.

Jika anda surirumah yang berkelayakan untuk memohon caruman I-Suri KWSP ini jangan lah lepaskan peluang. Sebagai surirumah anda juga perlukan kehidupan akan datang yang cerah bukan? Oleh itu, ambillah peluang dan platform yang telah kerajaan usahakan ini.

Diharapkan perkongsian ini memberi anda ruang dan jalan untuk membuat tindakan yag seterusnya. Semoga bermanfaat!

SUMBER:

https://www.portalmalaysia.com/i-suri/

https://mypt3.com/pendaftaran-semakan-kwsp-i-suri

Summary
Jom Daftar I-Suri KWSP
Article Name
Jom Daftar I-Suri KWSP
Description
I-Suri merupakan sebuah produk dari KWSP yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk mewujudkan caruman KWSP kepada suri rumah.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: