Now Reading
Jom Cuba Resepi Aiskrim Homemade Mudah Dan Cepat

Jom Cuba Resepi Aiskrim Homemade Mudah Dan Cepat

Aiskrim homemade

Tengah mencari resepi nak buat aiskrim homemade ke tu? Jom cuba resepi aiskrim homemade di sini. Mudah saja, ikut saja semua cara-caranya ya.

Seronok kan kalau dapat buat sendiri resepi aiskrim homemade? Asyik beli saja, apa kata kalini cuba sendiri. Berbaloi-baloi kalau buat sendiri aiskrim homemade ni sebab boleh buat berapa banyak anda nak apatah boleh ikut citarasa sendiri lagi.

Sekarang ni ramai yang terkurung di rumah dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi, ada baiknya juga masa terluang tu cuba resepi aiskrim homemade ni. Selain boleh asah bakat memasak boleh jugak rapatkan hubungan satu keluarga kan?

Banyak sebenarnya resepi yang anda boleh tiruvasi. Lain orang lain lah tekaknya kan? ada pelbagai perisa boleh cuba. Ha, masa ni lah kan nak asah bakat anda tu. Silap-silap boleh buat untuk berniaga lagi. Eh bestkan, boleh tambah duit poket !

Apa yang menariknya lagi, bahan-bahan asas yang nak digunakan untuk buat aiskrim homemade ni sikit sahaja. Guna beberapa bahan sahaja dah mencukupi. Peralatan yang nak digunakan pun satu saja, iaitu blender. Campur semua bahan sekali dah pun siap.

Di bawah kami kongsikan beberapa jenis resepi aiskrim homemade yang anda boleh cuba di rumah. Bahan-bahan utama yang diperlukan sama sahaja, kemudian hanya tambah perisa apa yang anda mengidam nak makan tu.

Jom tunggu apa lagi, meh kita tengok dibawah ni, apa je resepi-resepi aiskrim homemade menarik yang kami nak kongsikan untuk anda cuba pula buat di rumah tu.

Resepi Aiskrim Vanilla

Bahan-bahan :

  1. 1 tin susu cair (Ikut kesukaan masing-masing)
  2. 1 atau 1/2 tin susu pekat (Boleh kurangkan atau lebihkan ikut tahap kemanisan)
  3. 1 sudu besar ovalette
  4. 1 sudu kecil tepung jagung
  5. 1 atau 2 penutup esen vanila (Kalau nak lebih sedap boleh cuba guna creamy vanila)

Cara-cara penyediaan

  1. Campur kesemua bahan di atas yang telah disukat ke dalam satu bekas atau boleh juga terus masukkan ke dalam blender/mixer. (Juga boleh menggunakan tangan untuk menggaul)
  2. Teruskan menggaul dari 10 ke 15 minit sehingga likat atau sebati untuk mendapatkan tekstur yang menarik
  3. Setelah siap gaul, anda boleh masukkan kesemua bahan yang telah di blend tadi ke dalam bekas yang bersih dan bertutup
  4. Akhir sekali, letakkan bekas yang bertutup itu tadi ke dalam peti ais semalaman untuk disejukkan sehingga keras kemudian dah siap untuk dihidang.

Nota tambahan: Untuk makluman, aiskrim vanila ini boleh dikatakan sebagai basic lah untuk apa-apa jenis aiskrim. Yang mana suka perisa milo atau coklat tu boleh lah tambah sahaja serbuk koko atau milo ke dalam acuan tadi, maka jadilah pula aiskirm milo. Mudahkan?

Amacam, mudah sahaja kan resepi di atas tu? Ha boleh terus buat ya. Cuma tambah ja lagi perisa apa anda nak, nak campurkan pelbagai perisa pun boleh. Olah sikit ja ya, terus menjadi. Jom kita cuba resepi aiskrim homemade jenis buah-buahan pula.

Resepi Aiskrim Mangga

Bahan-bahan:

  1. 1 biji buah mangga
  2. Susu pekat manis (Ikut sukatan tahap kemanisan)
  3. Cheddar chesse block (Dipotong dadu)
  4. Whipping cream

Cara penyediaan:

  1. Buah mangga tadi dibahagikan menjadi dua bahagian. 1/2 dikisar untuk dijadikan puri 1/2 lagi pula dipotong dadu. Asingkan dahulu ya.
  2. Dalam bekas yang baru pula, masukkan whiping cream kemudian pukul sehingga nampak gebu (Boleh gunakan mixer atau blender)
  3. Setelah itu, masukkan sekali susu pekat ke dalam whipping cream yang telah digaul tadi dan gaulkan sekali lagi keduanya sehingga sebati
  4. Kemudian, masukkan bahan utama kita iaitu puri mangga yang telah dikisar tadi dan gaulkan kesemua bahan sekali lagi sehingga betul-betul sebati.
  5. Setelah berpuas hati dengan adunan tadi bolehlah masukkan pula mangga dan keju yang telah dipotong dadu tadi. Kemudian, gaulkan kesemua bahan sekali lagi. Oh ya, simpankan sikit ya mangga dan keju yang dipotong dadu tadi untuk dijadikan topping nanti.
  6. Akhir sekali, pindahkan adunan tadi ke dalam bekas yang lain pula. Taburkan lebihan mangga dan keju di atasnya ya sebagai topping. Simpan serta biarkan bahan adunan ini di peti ais semalaman sehingga keras dan sedia untuk dimakan.

Resepi Aiskrim Durian

Bahan-bahan:

  1. 1 cawan isi durian (Ikut kuantiti yang anda mahu, lagi banyak lagi sedap)
  2. 1 atau 1/2 tin susu cair
  3. 3 sudu besar susu pekat (Kalau suka manis lebihkan, kalau tak boleh kurangkan)
  4. 1 sudu besar ovalette atau boleh juga digantikan dengan telur sebiji
  5. Sedikit sahaja pewarna kuning

Cara-cara penyediaan

  1. Bahan-bahan di atas tadi dicampurkan ke dalam bekas dan kemudian digaulkan sehingga sebati
  2. Bagi menjadikan ia kembang anda boleh menggunakan mixer ataupun blender dengan lebih lama sikit ya
  3. Setelah siap kesemua adunan tadi, boleh terus masukkan ke dalam bekas dan masukkan ke dalam peti ais untuk disejukkan.
  4. Akhir sekali, tunggu sampai ia betul-betul beku atau keras lepastu boleh lah terus makan.

Penutup

See Also

Mudah sahaja kan kesemua resepi yang kami tunjukkan ni? Balik-balik guna bahan yang sama sahaja. Boleh jadi chef dah tu!

Akhir kata, cukup sampai disini sahaja dulu perkongsian kami kali ini. Semoga perkongsian resepi aiskrim homemade ini dapat memberi panduan untuk anda mencubanya nanti.

Selamat mencuba ya, jangan lupa tunjukkan hasilnya nanti selepas dah buat.

Sumber

https://www.gilamasak.com/2021/03/resipi-aiskrim-mangga-lemak-berkrim.html?m=1

https://siraplimau.com/resepi-aiskrim-vanila-homemade-guna-blender/

https://siraplimau.com/resepi-aiskrim-durian-homemade-blender/

error: Content is protected !!