Jerebu? Ini Kaedah Berkesan Mengatasi Pencemaran Udara
Pencemaran udara biasanya berpunca dari pembakaran terbuka, asap rokok, asap kenderaan motor di jalan raya dan asap kilang.

Jerebu biasanya berpunca dari pembakaran terbuka, asap rokok, asap kenderaan motor di jalan raya dan asap kilang. Pencemaran udara boleh mengakibatkan banyak kesan buruk kepada kesihatan seseorang. Ia juga berisiko merosakkan alam sekitar dan hidupan lain. Sekiranya anda terperangkap dalam persekitaran yang mempunyai tahap pencemaran udara yang tinggi, jangan panik! Lakukan cara-cara yang kami kongsi dalam artikel ini bagi mengatasi jerebu dengan berkesan.  

Tapis, Tapis dan Tapis!

  • Beli pembersih udara. Gunakan pembersih udara, terutamanya dalam bilik kanak-kanak dan bilik ahli keluarga anda yang lebih tua. Mereka paling berisiko tinggi terhadap kesan buruk udara toksik ini.


Mi Air Purifier 3C Global Version

RM 549.00

Tarik nafas dengan mudah, pemurnian HEPA Sejati yang cekap
Inti penapis tiga lapisan yang sangat efisien dengan penapis HEPA Sejati terbina dalam dapat mencapai PMR PMR hingga 320m³ / jam. Bersama dengan sistem peredaran saluran udara 360 °, ia membersihkan dengan kelajuan tinggi untuk udara yang dibersihkan tahan lama.

  • ‘Hijaukan’ pangsapuri anda. Tumbuhan membantu membersihkan udara. Tanamlah tumbuhan pencuci udara di rumah dan pejabat anda seperti Aloe Vera, Ivy dan Spider Plant. Tumbuh-tumbuhan ini membantu membersihkan udara dalaman dan meminimumkan pencemaran dalaman.


Calathea Macoyana Indoor Plant Air Purifier IOB

RM 18.00

Calathea adalah tanaman rumah yang benar-benar membersihkan udara, jadi ini adalah penangkap mata sejati di setiap kawasan pedalaman yang juga memberikan sumbangan kepada iklim dalaman yang lebih baik dan sihat. Calathea juga istimewa untuk alasan lain: menutup daunnya pada waktu malam dan membukanya lagi pada waktu pagi!

.

  • Bersihkan udara kereta anda. Apabila anda menghidupkan enjin kereta – anda pada waktu pagi, turunkan tetingkap anda untuk membiarkan udara beredar. Seterusnya, buka AC kereta dalam mod peredaran tertutup yang akan mengurangkan tahap PM 2.5 dengan ketara.


Xiaomi Car Air Purifier Smart Air Fresher Double Fans PM 2.5 Ionizer Haze Air Cleaner Support MIjia APP control

RM 303.00

  • Ia dapat membersihkan udara kereta lebih kurang 3 – 7 minit.
  • Mod bisu: 60 meter persegi sejam.
  • Cara pemasangan yang unik: ikat di bahagian kepala kerusi kereta.
  • Alat kawalan pintar APP, mudah disesuaikan melalui telefon bimbit
  • Bunyi yang rendah dan selesa
  • Penapis berkualiti tinggi

Rumahku Syurgaku~

  • Ventilasikan rumah anda. Buka tingkap dan pintu antara pukul 3 petang-5 petang dan biarkan pengedaran udara keluar dan masuk. Pada hari yang cerah, ini merupakan slot masa apabila kepekatan PM 2.5 adalah paling rendah di udara.

  • Ventilasikan dapur anda, bilik mandi. Untuk mengelakkan pencemaran udara dalaman, pastikan ada cerobong di dapur dan ekzos di bilik mandi. Ini akan memastikan udara beredar. Tidak ramai yang tahu bahawa sebenarnya pencemaran dalaman mungkin lebih buruk daripada pencemaran luar.

  • Bersenam di dalam rumah. Pencemaran udara yang teruk boleh mengakibatkan kerosakan pada paru-paru seseorang dan mengehadkad aktiviti sihat seperti bersenam di luar. Lakukanlah senaman di dalam rumah dengan cara memadankan pembersih udara dengan basikal ‘stationary’, treadmill atau set pemberat anda apabila tahap pencemaran udara adalah terlalu teruk di luar.


Xiaomi Kingsmith Treadmill K15 Foldable Treadmill

RM 2899.00

Xiaomi Kingsmith Treadmill K15, Treadmill dengan Kelajuan Maksimum 15 km / j dan Tilt 4% Sesuai untuk berjalan dan berlari – 0,8 hingga 15 km / j – Kecenderungan 4% – Ukuran kecil – Mudah disimpan – Bar cengkaman dengan panel kawalan – Peredaman pergerakan Kingsmith Treadmill K15. Tetap sesuai dengan treadmill lipat yang hebat ini. Anda pasti menyukainya kerana enjinnya yang kuat, pembinaannya yang sempurna, setang lipatnya dengan panel kawalan, pelbagai lapisannya untuk melancarkan pergerakan dan banyak lagi.

  • Kurangkan penggunaan elektrik di rumah anda. Penjanaan elektrik dan sumber tenaga lain boleh mengakibatkan pencemaran udara. Dengan mengurangkan penggunaan elektrik, anda boleh membantu meningkatkan kualiti udara, membendung pelepasan gas rumah hijau, mengurangkan kebergantungan terhadap elektrik dan menjimatkan wang!

  • Mengesan pencemaran. Ramalan pencemaran berkod warna boleh memberitahu anda apabila terdapat udara yang tidak sihat dalam komuniti anda. Sumber tersedia yang boleh dirujuk termasuklah laporan cuaca radio dan TV tempatan, akhbar dan melalui atas talian atau aplikasi telefon pintar. Ini akan memberi anda gambaran keadaan yang selamat untuk bernafas semula dengan mudah.

  • Gunakan wap setiap hari. Cubalah untuk menggunakan wap dengan beberapa titis minyak kayu putih setiap hari di waktu petang untuk melegakan saluran udara anda dan membantu badan anda mengeluarkan zarah yang berbahaya.


MUJI Large Aroma Diffuser

RM 369.00

Peranti ini menggunakan gelombang ultrasonik untuk menghasilkan kabus yang menyebarkan aroma lembut.
Lampu LED mempunyai dua tetapan. Setiap tekan suis lampu mengitar cahaya melalui tetapan tinggi, rendah, dan mati. Ketika menggunakan dengan fungsi kabut, lampu LED akan mati pada akhir pemasa atau ketika tangki air menjadi kosong.

Keselamatan di luar rumah

  • Pakai topeng. Pastikan topeng yang dipakai mempunyai gred N95 atau lebih tinggi. Topeng sebegini bermaksud ia boleh ia menapis 95 peratus partikel tertentu bersaiz 0.3 mikron atau lebih besar (Anggaran: Sehelai rambut bersaiz 50 – 100 mikron). Topeng juga perlu sesuai dengan saiz muka anda.

  • Hadkan aktiviti luar untuk kanak-kanak. Jangan biarkan anak-anak anda (kurang daripada usia 8 tahun) untuk berseronok. Sekiranya boleh, minta pihak sekolah untuk menggendalakan aktiviti luar.

  • Berhenti berjalan kaki di waktu pagi. Senaman adalah penting tetapi tidak apabila anda bernafas udara toksik. Individu yang berjalan kaki, berlari / berjoging atau terlibat dalam aktiviti luar hendaklah menahan diri daripada berbuat demikian sehinggalah pencemaran udara reda.

  • Elakkan bersenam berhampiran kawasan lalu lintas yang sesak. Walaupun ramalan kualiti udara berwarna hijau, kenderaan di lebuh raya yang sibuk boleh menyebabkan tahap jerebu yang tinggi sehingga sejauh satu pertiga batu.

  • Jangan bakar kayu atau sampah. Pembakaran kayu dan sampah adalah antara sumber utama pencemaran partikel seperti jelaga di kebanyakan kawasan dalam negara.

Ubah pilihan makan anda

  • Diet kaya dengan vitamin C, asid lemak omega. Makan buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C, Magnesium dan makanan yang kaya dengan Asid Lemak Omega. Diet yang sihat akan membantu anda mengatasi kesan buruk pencemaran udara dengan cara mengekalkan imuniti anda.


ASPEN NUTRITION Omega 3 Fish Oil 1000mg 2 x 112s

RM 62.00

Minyak ikan adalah sumber asid lemak omega 3 yang baik, terutamanya EPA dan DHA. Aspen Omega 3 Fish Oil 1000mg diuji bebas dari merkuri, logam berat dan bahan cemar lain. Asid lemak omega 3 telah banyak dikaji mengenai manfaatnya untuk kesihatan jantung, sendi dan otak. Pengambilan omega 3 jangka panjang dikaitkan dengan risiko penyakit kardiovaskular dan gangguan keradangan yang lebih rendah.

  • Teh herba. Amalkan meminum teh herba seperti halia, pudina dan sebagainya. Meminum ramuan sihat ini sebanyak sekali atau dua kali sehari adalah sangat sihat bagi mengurangkan kesan pencemaran dan membantu tubuh badan anda untuk detoks.


21ST CENTURY Herbal Lipo Tea Honey Lemon 24s

RM 35.98

21ST CENTURY Herbal Lipo Tea Honey Lemon adalah campuran herba semula jadi, yang digunakan secara tradisional untuk mengurangkan berat badan, melegakan sembelit dan menguatkan badan. Anda tidak perlu lagi menjalani diet di mana anda kelaparan dan merasa lapar sepanjang masa. Diet sedemikian bukanlah penyelesaian jangka panjang. Herba pelincir ringan mendorong penghapusan sisa dan toksin berlebihan. Yang perlu anda lakukan ialah mengambil satu beg teh dalam secawan air mendidih pada waktu malam selepas makan malam.


NH Nutrient GlucoK Herbal Tea 4g x 23s

RM 39.80

NH Gluco-K adalah campuran teh hijau dari botani, tembikai pahit, daun Gymnema, dan botani lain yang bermanfaat. Campuran khas ini menawarkan khasiat herba dan dilengkapi dengan aroma dan rasa yang menyenangkan, menjadikannya teh yang enak untuk dinikmati setiap hari. Biarkan NH Gluco-K menjadi sebahagian daripada diet sihat anda hari ini! Diet moden dipenuhi dengan gula dan boleh memudaratkan kesihatan. Mulailah menjalani gaya hidup rendah gula hari ini dengan NH Gluco-K, teh lazat dan aromatik yang terdiri daripada Gymnema Leaf, Bitter Melon, Green Tea dan Stevia Leaf. Diilhamkan dari ubat-ubatan Ayurveda, NH Gluco-K membantu mengurangkan penyerapan gula secara semula jadi (2) dan merupakan angin yang sempurna selepas makan. Biarkan NH Gluco-K menjadi sebahagian daripada diet sihat anda hari ini!

  • Masak makanan di rumah. Seeloknya, hadkan kekerapan melakukan aktiviti di luar rumah. Anda juga boleh memilih untuk memasak makanan sendiri di rumah. Ia bukan sahaja mencegah jerebu tetapi menyihatkan badan anda juga.

Sumber

https://www.asiaone.com/health/6-ways-beat-haze

https://www.healthhub.sg/live-healthy/1079/how-to-protect-yourself-against-haze

https://www.everydayhealth.com/healthy-living/green-health/7-ways-reduce-air-pollution

https://en.wikipedia.org/wiki/Haze

Summary
Jerebu? Ini Kaedah Berkesan Mengatasi Pencemaran Udara
Article Name
Jerebu? Ini Kaedah Berkesan Mengatasi Pencemaran Udara
Description
Pencemaran udara biasanya berpunca dari pembakaran terbuka, asap rokok, asap kenderaan motor di jalan raya dan asap kilang.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: