jenis yis dan kegunaannya
Anda mungkin berfikir bahawa yis hanya digunakan untuk penghasilan roti dan yang berkaitan sahaja tetapi tidak, melalui pemilihan ‘strain’ dan perkembangan teknik penyebaran, lebih banyak penggunaan yis yang lebih spesifik kini dijumpai dalam banyak industri yang berbeza,

Yis adalah kulat dengan sel tunggal. Sebagai kulat, yis berkaitan dengan kulat lain yang lebih dikenali seperti cendawan yang boleh dimakan dan terdapat di pasar raya, yis bagi pembakaran roti yang biasa digunakan, kulat yang mematangkan keju biru, dan kulat yang menghasilkan antibiotik bagi tujuan perubatan dan veterinar.

Namun, disebabkan terdapat pelbagai jenis yis di pasaran, ia mungkin memeningkan individu. Anda mungkin berfikir bahawa yis hanya digunakan untuk penghasilan roti dan yang berkaitan sahaja tetapi tidak, melalui pemilihan ‘strain’ dan perkembangan teknik penyebaran, lebih banyak penggunaan yis yang lebih spesifik kini dijumpai dalam banyak industri yang berbeza, termasuk pembuatan bir, malting, penternakan (makanan haiwan), tujuan pharmaceuticals dan dietetics.

Sekarang, mari ketahui lebih lanjut mengenai jenis yis dan kegunaannya.

1. Penghasilan roti, kek dan sebagainya

Semasa membuat roti dan makanan bakar tertentu, yis bertindak sebagai salah satu agen semasa proses penapaian. “Baker’s yeast” adalah istilah umum yang diberikan untuk semua bentuk jenis yis Saccharomyces cerevisiae yang digunakan untuk membuat produk roti.

  • Jenis aktif kering (active dry yeast)

Sebelum ditambahkan resipi, yis jenis ini memerlukan larutan dalam cecair suam untuk mengaktifkannya. Ia bukanlah seperti yissegera yang ditambahkan terus ke dalam ramuan resipi. Selain itu, yis jenis ini tidak boleh terdedah kepada cecair yang lebih panas daripada 110 F (43°C) atau jika tidak, ia akan membunuh yis tersebut.

  • Jenis segar (fresh yeast)

Jenis yis ini juga disebut sebagai yis mampat atau yis kek, dan didpati dalam blok padat seperti tanah liat. Ia mungkin agak sukar untuk didapati di pasaraya berbanding jenis yis lain. Selain itu, yis jenis ini sangat mudah rosak, jadi ia mesti disimpan dalam peti sejuk dan digunakan dalam beberapa minggu selepas pembelian. Jika ingin menggunakan yis segar, ia perlu dilarutkan ke dalam cairan sebelum ditambahkan ke dalam resipi.

  • Jenis cecair (liquid yeast)

Ini adalah bentuk yis paling popular pada awal abad ke-19, sebelum penemuan yis kompres atau yis kek. Yis cair pada dasarnya adalah campuran separa cair bagi organisme yis hidup, tepung (atau karbohidrat lain), dan air yang serupa dengan ‘sourdough’ atau roti. Selagi karbohidrat segar ditambahkan secara berkala, organisma akan terus hidup dan berkembang.

  • Jenis segera (instant yeast)

Yis segera adalah bentuk paling aktif yang tersedia secara komersial. Ragi ini tidak memerlukan larutan ke dalam cecair sebelum menambah resipi dan selalunya hanya memerlukan satu kenaikan. Bentuk ragi ini sangat stabil dan boleh disimpan di dalam bekas kering dan kedap udara pada suhu bilik sehingga tarikh luput. Ragi segera juga disebut ragi naik cepat atau roti mesin.

2. Memasak

Yis berkhasiat dan ekstrak yis digunakan sebagai perasa dan memberi rangsangan sihat kepada resipi. Kedua-duanya juga tidak perlu dimasak. Walaupun ekstrak yis secara teknikal adalah sejenis yis pemakanan, ia digunakan dengan cara yang sangat berbeza. Oleh itu, mereka boleh dianggap sebagai dua produk yang berasingan.

  • Yis berkhasiat (nutritional yeast)

Yis bernutrien juga berasal dari saccharomyces cerevisiae, tetapi mengalami proses “penyahaktifan” di mana kultur yis hidup mati akibat suhu panas. Ia sering digunakan sebagai hiasan atas (topping) atau perasa untuk makanan serta sebagai suplemen kesihatan. Info yang mengatakan bahawa ia adalah yis yang dinyahaktifkan bermaksud ia dibolehkan untuk diambil dalam kuantiti banyak; memakan organisma yis hidup boleh menyebabkan percambahan di seluruh badan.

  • Ekstrak yis

Produk yis berkhasiat yang pekat ini sering ditemui dalam bentuk pes. Ekstrak yis digemari kerana rasa umami yang pedas. Malah, ia juga mempunyai pelbagai kegunaan dan disukai di seluruh dunia.

3.  Fermentasi

Yis fermentasi akan menaikkan roti anda, tetapi ia juga mempunyai rasa lebih pahit yang tidak diingini dalam makanan panggang yang manis secara tradisional. Malah, ia adalah ramuan yang digunakan dalam penghasilan bir dan roti. Yis fermentasi ini juga digunakan sebagai suplemen kerana kaya dengan sumber kromium, yang dapat membantu tubuh mengekalkan kadar gula darah yang normal. Ia juga merupakan sumber vitamin B yang baik.

  • Yis Fermentasi Atas (top-fermenting yeast)

Yis fermentasi atas atau ‘Ale’ adalah fermentasi bahagian atas. Bahagian ‘atas’ ini adalah rujukan bagaimana yis sebenarnya dapat dilihat di bahagian atas tangki pada hari-hari pertama penapaian. Ini menjadi lebih jelas apabila semua fermentasi dilakukan di dalam kawasan terbuka, di mana yis dapat dikaup dari atas.

  • Yis Fermentasi Bawah (bottom-fermenting yeast)

Yis fermentasi bawah juga dikenali sebagai ‘lager yeast’, dan harus digunakan pada suhu lebih sejuk iaitu antara 44 hingga 59 F (7°C hingga 15°C). Yis ini tumbuh lebih perlahan daripada jenis fermentasi atas, yang bermaksud ia memerlukan masa berminggu-minggu untuk berkembang, dan tidak menghasilkan begitu banyak buih. Ia juga mendap ke dasar tempat fermentasi ketika prosesnya berakhir.

SUMBER

https://www.asweetpeachef.com/differences-between-types-of-yeast/

https://www.thespruceeats.com/yeast-varieties-1328651

https://www.epicurious.com/ingredients/how-to-pick-the-right-yeast-for-the-job-article

https://www.beerwulf.com/en-gb/articles-about-craft-beer/yeast-fermentation

https://redstaryeast.com/science-yeast/what-is-yeast/

Summary
Jenis yis dan Kegunaannya
Article Name
Jenis yis dan Kegunaannya
Description
Namun, disebabkan terdapat pelbagai jenis yis di pasaran, ia mungkin memeningkan individu. Anda mungkin berfikir bahawa yis hanya digunakan
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: