Jenis-jenis pil perancang dan Bagaimana menggunakannya
Sekiranya anda seorang wanita yang aktif secara seksual, anda mungkin boleh mempertimbangkan pil kawalan kelahiran atau pil perancang.

Jenis kawalan kelahiran yang anda gunakan adalah satu keputusan peribadi, dan terdapat banyak pilihan untuk dipilih. Sekiranya anda seorang wanita yang aktif secara seksual, anda mungkin boleh mempertimbangkan pil kawalan kelahiran atau pil perancang.

Pil perancang, juga disebut kontraseptif oral adalah ubat yang anda ambil secara oral untuk mencegah kehamilan. Ini adalah kaedah kawalan kelahiran yang berkesan.

Apakah jenis pil perancang yang tersedia?

Pil gabungan

Pil gabungan mengandungi bentuk hormon sintetik (buatan manusia) dari estrogen dan progestin. Sebilangan besar pil dalam setiap kitaran ada;aj aktif, yang bermaksud ia mengandungi hormon. Pil lebihan yang tidak aktif, bermaksud ia tidak mengandungi hormon. Terdapat beberapa jenis pil gabungan seperti:

  • Pil ‘monophasic’: Ini digunakan dalam kitaran satu bulan dan setiap pil aktif memberi anda dos hormon yang sama. Dalam minggu terakhir kitaran, anda boleh mengambil pil yang tidak aktif dan mendapat haid.

  • Pil ‘multiphasic’: Ini digunakan dalam kitaran satu bulan dan memberikan tahap hormon yang berbeza semasa kitaran. Dalam minggu terakhir kitaran, anda boleh mengambil pil yang tidak aktif dan mendapat haid.

Contoh jenama pil gabungan termasuk:

  • Azurette
  • Beyaz
  • Enpresse
  • Estrostep Fe
  • Kariva
  • Levora
  • Loestrin
  • Natazia
  • Ocella
  • Low-Ogestrel
  • Ortho-Novum
  • Ortho Tri-Cyclen
  • Seasonale
  • Seasonique
  • Velivet
  • Yasmin
  • Yaz

Pil progestin sahaja

Pil progestin hanya mengandungi progestin tanpa estrogen. Ia juga disebut sebagai “pil mini”. Selain itu, pil jenis ini mungkin merupakan pilihan baik untuk wanita yang tidak boleh mengambil estrogen atas faktor kesihatan atau sebab lain. Dengan pil progestin sahaja, semua pil adalah dalam kitaran aktif. Tiada pil yang tidak aktif, jadi anda mungkin atau tidak mempunyai haid semasa mengambil pil jenis ini.

Contoh pil progestin sahaja termasuk:

  • Camila
  • Errin
  • Heather
  • Jencycla
  • Nor-QD
  • Ortho Micronor

Bagaimanakah ia berfungsi?

Pil perancang berfungsi dengan menghentikan sperma daripada bergabung dengan telur (yang disebut persenyawaan). Hormon dalam pil akan menghentikan ovulasi. Tanpa ovulasi, tiada telur berdekatan dengan sperma, jadi kehamilan tidak dapat terjadi. Hormon pil juga menebalkan lendir pada serviks untuk menyekat sperma agar tidak dapat berenang ke telur.

Seterusnya, pil gabungan terdapat dalam pelbagai jenis. Ini termasuklah pek bulanan, yang mengikut kitaran 21 hari, 24 hari, atau 28 hari. Rejimen lanjutan boleh mengikuti kitaran 91 hari. Untuk semua jenis ini, anda minum satu pil setiap hari pada waktu yang sama. Sebaliknya, pil progestin hanya terdapat dalam paket sebanyak 28 pil. Seperti pil kombinasi, anda minum satu pil pada masa yang sama setiap hari.

Bolehkah mana-mana wanita mengambilnya?

Pil perancang dapat diambil dengan selamat oleh kebanyakan wanita. Walau bagaimanapun, ia tidak digalakkan untuk wanita berusia lebih dari 35 tahun yang merokok. Sekiranya anda tidak merokok, anda boleh menggunakan kontraseptif hormon sehingga menopaus. Di samping itu, anda tidak boleh mengambilnya jika anda mempunyai:

Terdapat syarat-syarat lain yang boleh meningkatkan tahap risiko anda bersama pengambilan pil perancang ini. Sekiranya anda tidak pasti sama ada anda terkesan dengan mana-mana penyakit ini, bertanyakan kepada doktor anda. Juga, maklumkan kepada doktor jika anda mempunyai ahli keluarga (ibu bapa, saudara lelaki, saudara perempuan, anak) yang mempunyai darah beku di kaki atau paru-paru.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/birth-control-pills

https://www.plannedparenthood.org/learn/birth-control/birth-control-pill

https://www.webmd.com/sex/birth-control/birth-control-pills

Langgani buletin kami dan dapatkan berita terbaru mengenai kesihatan serta promosi-promosi rakan kami.

Summary
Jenis-jenis pil perancang dan Bagaimana menggunakannya
Article Name
Jenis-jenis pil perancang dan Bagaimana menggunakannya
Description
Pil perancang atau "kontraseptif oral" adalah ubat yang diambil secara oral untuk mencegah kehamilan. Ia adalah kaedah kawalan kelahiran yang berkesan.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *