makanan protein

Makanan protein ialah sejenis nutrien yang diperlukan oleh tubuh anda untuk berkembang dan membaiki sel-sel serta berfungsi dengan betul. Khasiatnya dapat ditemui dalam pelbagai jenis makanan. Mendapatkan khasiat protein yang cukup dalam diet anda setiap hari adalah penting.

Jumlah protein yang anda perlukan dalam diet anda berbeza kerana bergantung kepada berat badan, jantina, umur dan kesihatan anda. Dengan pengambilan pelbagai jenis makanan mampu memenuhi keperluan protein anda. Protein daripada makanan datang dari sumber tumbuhan dan haiwan seperti daging dan ikan, telur, produk tenusu, biji dan kacang, serta kekacang seperti kacang dan lentil.

Makanan Protein

  • Telur

Sebiji telur ialah salah satu makanan yang paling sihat dan paling berkhasiat. Telur membekalkan sumber vitamin, mineral, lemak sihat, antioksidan melindungi mata, dan nutrien otak yang anda perlukan. Sebiji telur tinggi dalam protein, malah telur putih mempunyai protein hampir tulen. Telur ataupun makanan yang mengandungi telur tidak sesuai untuk individu yang allergi kepada telur.

Kandungan protein: 33% kalori dalam sebiji telur. Satu telur besar mempunyai 6 gram protein dan 78 kalori.

  • Badam

Badam merupakan sejenis kacang berpokok yang popular. Badam kaya dengan nutrien penting, termasuk serat, vitamin E, mangan, dan magnesium. Badam tidak sesuai untuk orang yang allergi terhadap kacang.

Kandungan protein: 15% kalori. 6 gram dan 164 kalori bagi setiap auns (28 gram)

  • Daging ayam

Daging ayam merupakan salah satu makanan yang paling popular dengan protein yang kaya. Jika anda makannya tanpa kulit, kebanyakan kalorinya berasal dari protein. Daging ayam juga sangat mudah dimasak dan serba boleh. Ia berasa lazat dalam pelbagai jenis hidangan.

Kandungan protein: 75% kalori. Satu dada ayam panggang tanpa kulit mengandungi 53 gram dan hanya 284 kalori.

  • Paneer /Keju

Paneer merupakan sejenis keju yang rendah dalam lemak dan kalori. Ia kaya dengan kalsium, fosforus, selenium, vitamin B12, riboflavin (vitamin B2), dan pelbagai jenis nutrien yang lain.

Kandungan protein: 69% kalori. Satu cawan (226 gram) keju rendah dalam lemak dengan 1% lemak mengandungi 28 gram protein dan 163 kalori.

  • Brokoli

Brokoli merupakan sejenis sayur yang sihat dan membekalkan vitamin C, vitamin K, serat, dan kalium. Ia juga membekalkan nutrien bioaktif yang boleh membantu melindungi tubuh badan daripada kanser. Ia mengandungi protein yang tinggi berbanding dengan kebanyakan sayur-sayuran yang lain.

Kandungan protein: 33% kalori. Satu cawan (96 gram) brokoli dicincang mempunyai 3 gram protein dan hanya 31 kalori.

Semoga ianya bermanfaat!

SUMBER:

https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/HealthyLiving/protein

https://www.healthline.com/nutrition/20-delicious-high-protein-foods#TOC_TITLE_HDR_6

Summary
Jenis-jenis Makanan Protein Bagi Yang Sedang Diet
Article Name
Jenis-jenis Makanan Protein Bagi Yang Sedang Diet
Description
Makanan protein ialah sejenis nutrien yang diperlukan oleh tubuh anda untuk berkembang dan membaiki sel-sel serta berfungsi dengan betul.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: