kerusi roda
Terdapat pelbagai jenis dan pilihan kerusi roda, dari segi perbezaan penggunaan, mekanisme kawalan dan teknologi yang digunakan. Sesetengah kerusi roda direka untuk kegunaan harian

Terdapat pelbagai jenis dan pilihan kerusi roda, dari segi perbezaan penggunaan, mekanisme kawalan dan teknologi yang digunakan. Kerusi beroda adalah bantuan bergerak untuk membantu seseorang individu untuk bergerak.

Sesetengah kerusi beroda direka untuk kegunaan harian secara umumnya, manakala yang lain untuk aktiviti tertentu atau untuk membantu keperluan tertentu. Selalunya pengguna tersebut menggunakannya atas sebab masalah kesihatan, ketidakmampuan dan faktor usia.

Tiada walau satu pon model atau saiz yang boleh memenuhi keperluan semua orang dan pelbagai pengguna membawa kepada keperluan jenis yang berbeza.

Untuk memilih kerusi beroda perlulah berbincang dengan pengguna tersebut, di samping memahami keperluan fizikal yang diinginkan dan bagaimana mereka inginkan gunakan serta mengetahui sebab di sebalik perbezaan reka bentuk.

Jenis Kerusi Roda

Terdapat 3 jenis yang anda boleh dapati di pasaran :

– Boleh dikendali oleh pengguna

Jenis ini membolehkan pengguna berdikari. Untuk jenis kerusi beroda ini pengguna mestilah mempunyai kekuatan untuk menguruskannya dan memasangnya.

Pengguna yang berpotensi untuk pulih juga disarankan untuk menggunakan kerusi roda jenis ini. Jenis ini diperbuat daripada keluli yang lebih berat daripada aluminium.

Untuk penggunaan yang kerap, pengguna dinasihatkan untuk menggunakan kerusi roda daripada aluminium kerana ia lebih ringan, mudah dan menjimatkan tenaga. Namun begitu, kerusi roda aluminium lebih mahal daripada keluli.

– Memerlukan bantuan oleh orang lain untuk dikendalikan

Jenis kerusi beroda ini selalunya digunakan oleh kanak – kanak, pesakit yang terlantar dan warga emas yang tidak boleh menguruskan dan mengendalikannya dengan sendiri. Penyandar kerusi roda juga boleh digunakan dan diturunkan mengikut keperluan pengguna tersebut.

– Bermotor atau berkuasa elektrik

Jenis kerusi roda ini sesuai untuk kegunaan dalaman dan luaran. Kerusi roda berkuasa elektrik ini lebih mahal jika dibandingkan dengan jenis yang lain. Ia selalunya boleh didapati bersama dengan pengecas dan alat kawalan jauh.

Jenis ini sangat digalakkan oleh individu yang perlu bergerak pantas dengan sendiri ke tempat kerja, sekolah, kompleks membeli – belah dan tempat lain.

Semua jenis kerusi roda boleh ditemui dalam ukuran standard (14 inci, 16 inci, 18 inci dan 20 inci). Anda boleh membuatcustom made (tempahan khas), jika lebar kerusi terlalu sempit dan boleh menyebabkan ketidakselesaan dan tekanan pada otot peha.

Atau jika lebar kerusi terlalu besar dan boleh menyebabkan kecondongan pelviks dan scoliosis, postur duduk yang tidak sepatutnya dan menyukarkan anda untuk mencapai roda dan tempat menyandar lengan. Kerusi roda standard adalah lebih murah berbanding custom made. Pengguna boleh memilih yang mana satu berdasarkan kemampuan kewangan dan tujuan penggunaannya.

Tip Memilih Kerusi Roda

Sesetengah isu perlu dipertimbangkan sebelum membeli. Pengguna perlulah mengenal pasti sama ada penggunaannya hanya untuk sementara atau secara kekal.

Untuk penggunaan sementara atau jangka masa pendek, kerusi roda standard sudah mencukupi. Manakala jika tujuan membelinya adalah untuk penggunaan kekal, kerusi beroda yang telah diubahsuai adalah digalakkan.

Pengguna juga perlu menentukan tujuan penggunaan sama ada ia akan digunakan di luar atau di dalam bangunan seperti sekolah dan tempat kerja. Untuk kegunaan di dalam bangunan, kerusi roda keluli mencukupi.

Manakala untuk penggunaan di luar bangunan, kerusi roda aluminium disarankan. Hal ini kerana kerusi beroda aluminium lebih ringan, mudah digunakan dan menjimatkan tenaga berbanding keluli.

Untuk penggunaan di luar bangunan, pengguna perlulah berfikir sama ada ia akan jadi mudah untuk dibawa masuk dan keluar daripada bonet kereta.

Jika pengguna ingin membawa kerusi roda bersama ke dalam kereta, jenis kerusi beroda detachable lebih digalakkan. Ia membolehkan pengguna mencabut sesetengah aksesori sebelum memindahkannya ke dalam bonet kereta,

Pengguna juga perlu memikirkan sama ada ia akan diuruskan sendiri atau akan sentiasa ada seseorang untuk membantu. Kanak – kanak, individu yang mengalami kecederaan tulang belakang yang serius dan warga emas memerlukan pertolongan untuk mengendalikannya.

Selalunya kerusi roda yang memerlukan bantuan pengendalian mempunyai roda yang kecil. Kerusi beroda dengan roda belakang yang besar lebih mudah untuk dikendalikan oleh pengguna.

Membiasakan Diri Dengan Penggunaannya

1. Lihat dan ketahui jenis yang anda miliki atau gunakan. Kerusi roda boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan saiz. Jenis termasuklah boleh lipat, keras dan elektrik. Sebelum menukar kepada kerusi beroda yang baru, ketahui apa yang anda sedang gunakan. Perbezaan dari segi mempunyai kawalan dan aksesori berbeza untuk membantu anda bergerak ke sana ke sini.

2. Baca panduan penggunaan untuk mengetahui di mana terletakknya brek. Bahagian yang paling penting pada kerusi roda adalah brek. Brek membolehkan anda untuk berhenti apabila anda tiba di destinasi anda dan untuk memastikannya tidak bergerak apabila anda ingin bangun atau duduk daripada kerusi beroda tersebut. Selalunya terdapat tuas brek dan brek parking.

3. Cuba gunakan tempat duduk kerusi roda anda dan penyandar. Sebelum menggunakanya, anda perlulah memastikan ia akan memberikan keselesaan kepada anda. Ia selalunya boleh didapati dengan kusyen untuk meninggikan anda atau selimut untuk mengalas kerusi yang sejuk. Bahan yang selalunya digunakan untuk membuat tempat duduk kerusi boleh jadi fabrik fleksible atau kayu keras. Jika anda mengalami masalah untuk duduk dalam keadaan tegak, dapatkan bantal untuk diletakkan pada tempat duduk atau tempat menyandar supaya anda boleh duduk dalam posisi yang memboleh anda mencapai alat kawalan yang anda perlukan.

Duduk Di Atas Kerusi Roda

1. Pasang brek. Sebelum anda mula bergerak, anda mestilah perlu duduk di atas kerusi roda dahulu. Pertama sekali, pastikan brek telah dipasangkan dengan memeriksa sisi roda atau menekan pedal brek. Hal ini bagi memastikan kerusi anda tidak bergerak ketika anda ingin duduk di atas kerusi beroda.

2. Sebelum anda duduk di atasnya pastikan plat kaki dilipat atau dipusingkan ke sisi. Plat kaki boleh didapati di bawah kerusi roda. Ia adalah tempat di mana anda meletakkan kaki anda ketika anda duduk. Apabila anda melipat atau memusingkan ia ke sisi, memudahkan anda untuk duduk di atas kerusi tanpa halangan. Plat kaki akan terlipat atau terpusing bergantung pada reka bentuk. Jenis kerusi beroda tidak menentukan reka bentuk tertentu bagi plat kaki.

3. Letakkan tangan anda pada tempat meletakkan lengan. Sebelum anda duduk, anda boleh memegang tempat meletakkan lengan untuk membolehkan tubuh anda jatuh atau terduduk pada tempat duduk kerusi roda.

4. Lipat atau pusingkan kembali plat kaki. Selepas anda duduk dengan selesa anda mungkin mahu meletakkan kaki anda pada plat kaki. Apabila anda duduk anda mungkin mendapati plat kaki tidak berada pada ketinggian yang sesuai untuk anda. Anda boleh mengubahnya agar ketinggian plat pada ketinggian yang anda mahukan.

SUMBER

https://www.physio-pedia.com/Types_of_Wheelchair

http://www.myhealth.gov.my/en/choosing-suitable-wheelchair/

https://www.wikihow.com/Use-a-Wheelchair

Summary
Jenis-Jenis Kerusi Roda, Tip Memilih Dan Cara Penggunaan
Article Name
Jenis-Jenis Kerusi Roda, Tip Memilih Dan Cara Penggunaan
Description
Terdapat pelbagai jenis dan pilihan kerusi roda, dari segi perbezaan penggunaan, mekanisme kawalan dan teknologi yang digunakan. Sesetengah kerusi roda direka untuk kegunaan harian
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: